Breaking

Friday, May 23, 2014

5 Tips Diet Untuk Kurus


Assalamualaikum!

Kurus? Gemuk? semua orang tidak kira peringkat umur mahu jadi kurus kan? samada dengan makan ubat tertentu, bersenam siang dan malam, berlapar dan sebagainya. 

Ada orang boleh kurus sekadar mengambil supplemen atau makan ubat tertentu tanpa memberi kesan kepada sistem tubuh mereka. Tapi, ada orang mungkin sistem tubuhnya tidak boleh bertindak balas dengan pengambilan ubat malah mungkin akan memudaratkan pula diri sendiri. 

Maka, cara yang paling selamat ialah berdiet dengan makanan dan bentuk cara hidup yang sihat.

Well, disini aku kongsikan 5 tips mudah sebagai amalan korang ;)



5 Tips Diet Untuk Kurus

1. Elak 'tapau' makanan
  • Kalau makan di kedai, kadang-kadang kita tak habis makanan tu, kita 'tapau' bawa balik dan sambung makan di rumah kan. Seandainya anda ingin kurus, jangan buat begini! Cuba pesan hidangan kecil setiap kali keluar makan atau berkongsi dengan pasangan daripada anda membungkus makanan untuk dibawa pulang.

2. Amalkan produk tenusu
  • Amalkan produk tenusu seperti susu rendah lemak, keju dan yogurt. Ia kaya dengan kalsium dan vitamin D bagi mengukuhkan komposisi tubuh. Kajian mendapati mereka yang mengambil 1200 hingga 1300mg kalsium sehari berupaya menguruskan badan dua kali ganda lebih berkesan.

3. Bakar lemak sebelum haid
  • Specially untuk wanita, mungkin ramai yang tak tahu ni atau anggap leceh perkara ni. Menurut Nicki Waterman, seorang pakar kecerdasan di United Kingdom, kitaran haid wanita akan memberi kesan terhadap lemak yang dibakar.
  • Jadi, seminggu sebelum haid, bakar 30% lemak anda. Sebaiknya anda melakukan senaman berintensiti tinggi seperti berbasikal. Seminggu selepas haid pula, tahap estrogen anda akan rendah dan menyebabkan pembakaran lemak tidak begitu memberangsangkan.

4. Luncur ais bakar kalori
  • Since negara kita tidak mempunyai cuaca musim sejuk, its ok! anda mesti tahu di mana untuk meluncur ais bukan? :). Melakukan aktiviti meluncur air selama satu jam dapat membakar sehingga 600 kalori bersamaan anda berlari sejauh 1.6km. 
  • Seandainya, anda seorang yang hebat meluncur air dan boleh melakukan pelbagai teknik, anda boleh membakar 800 sehingga 900 kalori!
  • Anyways, kalau susah sangat nak cari tempat meluncur bolehlah gantikan dengan aktiviti swimming ye.

5. Dahulukan dengan sayur
  • Anda mahu kurus? apa kata lepas ni cuba latih diri dengan memakan sayur sebelum mengambil makanan berat. Secara tak langsung anda sebenarnya melatih perut untuk memproses makanan dengan bersabar dan berdisplin.
  • Selain itu, proses ini juga membantu memudahkan proses penghadaman protein.

There you go, 5 healthy diet tips untuk merubah diri anda menjadi kurus. bukan sekadar kurus, tapi kurus dan sihat. Yang penting sihat, betul tak? (^_^)

Dan, kalau nak capai berat badan yang diidamkan maka dua benda ni tak boleh lari, iaitu NIAT NAK KURUS & DISPLIN! hehe.


Selamat berdiet!
(^_^)

kredit info : majalah isihat

#pray4MH370


15 comments:

  1. kalau anim yang bagi tips bab2 kurus ni boleh percaya...ha ha ha... sebab anim pun kecik jer orangnya...

    ReplyDelete
  2. nice tips. tapi kalau datang selera yg berlebihan tu,hahah terlupa amalan diet ni, anyway tq u so much atas tips ni. salam jumaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha biasala tu ija, sebab tu kita kena pasang niat betul2 nak kurus, kalau tak susah jugak nak kurusnya :D.

      Salam jumaat to you too dear :)

      Delete
  3. Replies
    1. Salam faizal, terima kasih sudi singgah dan baca, semoga bermanfaat :)

      Delete
  4. Zumal pun dalam proses diet...Insha Allah zumal praktikkan lepas ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berdiet zumal, moga dapat capai berat badan ideal yang diidamkan :))

      Delete
  5. yeah, yg pntg sihat !
    Tips ni berguna !!!! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga bermanfaat buat cik anis kita :))

      Delete
  6. thanks sharing this tip ya dear

    ReplyDelete
  7. lya tak boleh nak die2 bab dah kurus hehehe

    ReplyDelete
  8. nak try..tapi boleh ikut ke...tepuk dada tanya selera ni hah...asyik berselera je anim'

    ReplyDelete
  9. Yang penting semangat nak kurus tu...

    ReplyDelete
  10. boleh cuba ni...harap bole cuba la...hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.