Breaking

Friday, May 30, 2014

Asas Wanita - Haidh & Istihadah


Assalamualaikum!


Permasalahan haidh dan istihadah bagi kaum wanita sering menimbulkan rasa was-was terutama bilakah sepatutnya kita perlu mandi wajib dan mula menjalani ibadah solat dan puasa.

Tambahan pula, ada yang kitaran haidhnya tidak teratur dan ini menimbulkan keraguan samada darah yang keluar itu adalah darah haidh atau istihadah.

Di sini, aku kongsikan nota dari seorang sahabat yang diperolehinya melalui perbualannya dengan Ustaz Khairul Nizam.


sumber : google

[Bab Haidh dan Istihadah]

Wanita yang haidh, digugurkan kewajipan solat dan puasa Ramadhan, dan tidak harus melakukannya. Solat tidak perlu diqadha namun perlu mengqadha puasanya. Adapun kiraan haidh, amat mudah, iaitu maksimum 15 hari, dan minimum keluar haidh adalah sekurang-kurangnya sehari semalam berterusan. Tempoh minimum suci dari haidh ialah 15 hari sebelum kitaran seterusnya.

Manakala apabila keluarnya darah istihadah, mewajibkan si wanita itu solat dan puasa Ramadhan. Jika darah keluar lebih 15 hari, hari ke 16 dan seterusnya ialah istihadah. Jika keluar tak sampai sehari semalam 24 jam, dikira istihadah.

Nak mudah paham, kita buat analogi:

1) Keluar darah 8 hari = haidh semua 8 hari*(mandi selepas darah berhenti. Adalah terlebih baik jika darah di-check setiap kali masuk waktu solat)

2) Keluar darah 17 hari = haidh 15 hari, 2 hari istihadah*(lepas je cukup 15 hari 15 malam, mandi dan wajib solat walau darah masih keluar, dikira istihadah)

3) Keluar darah pagi tadi sekejap, siang tadi sekejap, lepas tu tak keluar langsung sampai 29 hari = istihadah*(darah tu dikira istihadah sebab keluar sekejap je, tak memenuhi syarat sehari semalam)

4) Keluar darah 8 hari, berhenti 5 hari, keluar semula 4 hari = 8+5+4 = 17

maka 2 hari terakhir darah keluar tu istihadah, sedang 5 hari suci tu masih dikira hari haidh*(bagi yang dah mandi dan TERsolat & TERpuasa pada 5 hari yang tiada darah tu, dimaafkan kerana zahirnya darah keluar ikut adat kebiasaan masa 8 hari pertama tu)

5) Keluar darah 3 hari, berhenti 2 hari, keluar semula 4 hari bermula hari ke-6 = semua hari dikira haidh*(namun, bagi wanita yang adat kebiasaannya keluar haidh lebih lama dari 3 hari (biasanya 7-8 hari), tetibe kali ni keluar 3 hari je, maka dia tak wajib mandi lagi dan solat/puasa selepas 3 hari pertama tu, sehingga berlalunya tempoh tiada keluar darah selama 24 jam. maka, sepanjang hari ke-4 dia tak wajib mandi lagi, hari ke-5 barulah dia kena mandi jika merasakan darah tak akan keluar lagi dah. Jika dah solat dan puasa, tiba-tiba keluar darah pada hari ke-6, maka dimaafkan perbuatan solat dan puasa pada hari ke-5 semalam tu. Jika tak keluar darah selepas 3 hari tersebut, maka wajib qadha solat yang ditinggalkan pada hari ke-4)

6) Keluar darah berterusan tak henti-henti sampai 2 bulan, 3 bulan, 8 bulan, 2 tahun etc. =Dua situasi bagi menentukannya:

6a) Adakah dia wanita yang baru mula period? Jika ya, maka kena lihat pada warna darahnya pula.

6a)i) Jika darahnya sama sepanjang keluar berbulan-bulan tu, maka ada dua kaedah:-

  • Guna kaedah ikut adat setempat, jika wanita di kawasan dia tinggal biasanya period 8 hari, maka dia kena ikut 8 hari haidh, 22 hari suci, setiap bulan. 
  • Guna kaedah 15 hari haidh maksimum, suci 15 hari. Maka, wajib dia solat 15 hari (walau darah keluar) dan tidak harus solat 15 hari, dalam setiap bulan.

6a)ii) Jika darahnya berlainan warna atau kepekatan:- 

  • Hari yang keluar darah yang menyamai darah haidh adalah hari haidh, hari darah yang berbeza banyak sifatnya dari pandangan mata sederhana (warna lain sikit atau darah kurang pekat menyamai darah biasa) maka dikira istihadah, setiap kitaran bulan.

6b) Jika wanita itu bukan pertama kali keluar darah, lihat pada tempoh adat kebiasaan dia selalunya period sebelum ni. Kalau sebelum ni biasanya keluar 7 hari, maka dalam tempoh darah keluar berterusan ni, ikut adat 7 hari haidh, dan 23 hari suci. Jika kurang yakin dengan darah yang hampir sama macam haidh, guna kaedah 15 hari maksimum.

Ini baru bab haidh & istihadah. Cuba fahamkan nota di atas, dan harap ia dapat membantu kita memahami kitaran semulajadi yang berlaku pada tubuh kita (wanita), sekali gus memudahkan kita melakukan ibadah kepada Allah s.w.t

Wallahualam.


#pray4MH370


6 comments:

  1. Ena selama ni kurang faham macam mana nak tahu darah haid dan darah istihadah. Bila dah baca entri akk yang ni, baru cerah sedikit kefahaman ena. hehehe

    ReplyDelete
  2. Panduan.utk semua wanita... Nice sharing...

    ReplyDelete
  3. as salam. info ini juga berguna utk kaum lelaki mcm sy yg ada 4 anak perempuan ni. Thanks for sharing...sy follow sini.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih ye Hanim....info yang bagus. Malam tadi baru lepas menonton program 30 minit bersama Ustaz Don, bincangkan bab mandi wajib untuk org perempuan yang keluar haid, nifas dan wiladah.......pagi ni terbaca plak di entri ni...lebih jelas...tq so much!

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.