Assalamualaikum!
Pada hari Sabtu lepas, 24hb Mei 2014 telah berlangsungnya Ephyra Treasure Hunt 2014 yang melibatkan seramai 27 orang blogger telah berkumpul di Puspanitapuri Presint 10.
Ini merupakan kali pertama aku join event seumpama ini bersama rakan blogger lain. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga merasa kemeriahan suasana bertreasure hunt bersama mereka, walaupun baru jumpa dan kenal hehe.
Ini merupakan kali pertama aku join event seumpama ini bersama rakan blogger lain. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga merasa kemeriahan suasana bertreasure hunt bersama mereka, walaupun baru jumpa dan kenal hehe.
Walaupun pendaftaran bermula pada jam 9 pagi, tapi aku lihat kebanyakan rakan blogger ada yang dah sampai awal lagi, menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi untuk menjayakan treasure hunt julung-julung kalinya dianjurkan oleh Ephyra.
Sebelum memulakan cabaran, kami telah diberikan taklimat ringkas dan ucapan alu-aluan oleh Pengasas Ephyra sendiri, iaitu Pn. Amiza Amiruddin, yang sendiri turun padang pada pagi itu untuk memberikan penghargaan & kata-kata semangat kepada semua rakan blogger yang terlibat.
Mungkin ramai rakan blogger yang telah maklum bahawa Pn Amiza telah pun mengenakan hijab. Pada mulanya, bila Pn. Amiza menegur dan memberi salam kepada aku & Emi, kami tak berapa nak cam. Pas 2 minit merenung, baru aku jerit, "Pn. Amiza"! hahaha. Sorry sangat-sangat, Puan memang nampak berbeza! Berbeza yang cantik!
Team Acerolla |
Inilah team aku pada hari tersebut. Semuanya gegurl! GurlPower giteww! ahahaha :).
Walaupun hanya kami bertiga dalam satu kumpulan, tapi ia tidak sesekali mematahkan semangat kami untuk mencabar pasukan lain. Ketua pasukan merangkap ratu racing kami pada hari tu ialah Deqnoor hehe. Mujurlah Deqnoor tahu jugak selok belok sekitar kawasan Putrajaya. Aku ngan Emi dah 'surrender' awal-awal dah hehehe.
Tugasan 1 - Instavideo Dengan Ephyra
Sebagai memulakan cabaran, kami diminta menghasilkan sebuah instavideo secara individu dengan gaya tersendiri mengikut kreativiti masing-masing dan kongsikannya di akaun instagram & FB.
Walaupun hanya kami bertiga dalam satu kumpulan, tapi ia tidak sesekali mematahkan semangat kami untuk mencabar pasukan lain. Ketua pasukan merangkap ratu racing kami pada hari tu ialah Deqnoor hehe. Mujurlah Deqnoor tahu jugak selok belok sekitar kawasan Putrajaya. Aku ngan Emi dah 'surrender' awal-awal dah hehehe.
Tugasan 1 - Instavideo Dengan Ephyra
Sebagai memulakan cabaran, kami diminta menghasilkan sebuah instavideo secara individu dengan gaya tersendiri mengikut kreativiti masing-masing dan kongsikannya di akaun instagram & FB.
Taman Botani, Putrajaya. Kredit foto : Hisyamudin Fadzil (Shakiddo.com) |
Kredit foto : Hisyamudin Fadzil (Shakiddo.com) |
Untung jadi orang tinggi muahahaha! :)
Jom gi makan! Kredit foto : Hisyamudin Fadzil (Shakiddo.com) |
Tugasan terakhir kami adalah main bola sepak tutup mata muehehehe. Dua ahli dari setiap pasukan dikehendaki menutup mata dengan kain, dan ahli yang lain akan memberi arahan ketika bola disepak.
Tempat pertama : Kumpulan Glutathion
(RM2000 + Gift Produk Ephyra )
Tempat kedua: Kumpulan Acai Beri
(RM1200 + Gift Produk Ephyra )
Tempat ketiga : Kumpulan Tomato
(RM800 + Gift Produk Ephyra )
Tak lupa juga kepada pemenang hadiah saguhati :
Walaupun kumpulan kami 'short' seorang, tapi kami berjaya memberikan cabaran dan tekanan kepada kumpulan lain.
Namun, kami redha dan berpuas hati dengan mendapat tempat ke 5 secara keseluruhan. Pun begitu, kami benar-benar seronok dengan aktiviti treasure hunt kali ini.
Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada team Denaihati & team Ephyra kerana penganjuran treasure hunt yang berjaya menyatukan ukhwah antara blogger-blogger dalam satu aktiviti yang menarik dan best macam ni!
Semoga Team Denaihati & Team Ephyra semakin sukses dan aktiviti treasure hunt seperti ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang! (^_^)
I love you guyssss!! Havoc!! Kredit foto : Hisyamudin Fadzil (Shakiddo.com) |
Habis senget benget dah tudung aku masa ni muehehe. Tak kuendahkan, nak jugak bergambar! :p
Alhamdulillah berbaloi rasanya join treasure hunt kali ini. Bagi orang yang pemalu macam aku ni, aktiviti sebegini boleh membuka peluang untuk aku berkenalan dengan rakan blogger lain dan menjadikan aku lebih berani untuk berhadapan dengan orang ramai.
Korang juga boleh membaca pengalaman adventure rakan blogger lain dalam Ephyra Treasure Hunt 2014, jangan lupa terjah mereka :
- Ainaa Roseberry
- Fendy Ahmad
- Hazman Fadzil
- Ejam Othman
- Eyzamiel
- Sue Izza
- Norfanil
- Emily Tang
- Eizil
- Nur Ain
- Dyana Nor
- Khairul Anuar
- Fiza Fantagiro
- Emi Bearyblossom
- Nadia Johari
- Cik Lily Putih
- Qaseh Dalia
- LadfeAmir
- Nurramizah
- Azfar
- Deqnoor
Bagi anda yang masih belum merasakan perubahan Ephyra, bolehlah mencubanya hari ini dengan tawaran harga yang cukup berpatutan untuk kesihatan yang optimum.
Apa itu Ephyra?
- EPHYRA adalah minuman supplemen yang didatangkan dalam kombinasi hebat yang mengandungi 9 bahan dari alam semulajadi yang berkualiti dan bergred super AAA. Gabungan mantap seperti kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat dirumuskan dalam satu rumusan terunggul menjadikan Ephyra berpotensi tinggi menyerlahkan lagi kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran kita.
- EPHYRA bukan sekadar menjaga kesihatan kulit kita, malah ia turut membantu dalam mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Selain itu, ia juga meningkatkan sistem imunisasi badan dan melegakan artritis dan sakit-sakit sendi.
Kelebihan EPHYRA
- Memperbaiki keanjalan kulit, melembutkan dan menyinarkan
- Memperbaiki keadaan kulit yang berjeragat dan bintik-bintik hitam
- Mencegah kedutan dan mengurangkan kesan garisan di kulit
- Memperbaiki kualiti rambut supaya lebih sihat, lembut dan bersinar
- Memperbaiki sistem penghadaman
- Membantu mengurangkan kadar kolestrol
- Meningkatkan tenaga dan konsentrasi
- Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
- Mengawal berat badan dan membantu meningkatkan kadar metabolisme tubuh
- Melegakan artritis dan sakit-sakit sendi
Siapa Yang Memerlukan EPHYRA?
- Berumur 25 tahun dan keatas
- Mempunyai kulit yang kering dan kusam
- Mempunyai kulit yang pucat dan kendur
- Pigmentasi dan masalah jerawat
- Mengalami proses penyembuhan yang perlahan
- Mudah berasa letih
- Sukar mengingati sesuatu
- Sakit-sakit badan/ sendi
- Kadar metabolisme tubuh yang rendah
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan set Ephyra, bolehlah mendapatkannya dengan harga promosi RM180/1 premium pack (30 sachets).
Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkan di :
Official Website : www.oceanlife2u.com
Fanpage : www.facebook.com/oceanlife2u
Twitter : https://twitter.com/Ephyra2u
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com
meriah!!!
ReplyDeletehavoc!! hehe :)
Deletebestnya..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah best sangat sangat sangat :))
Deletememang happening dan menarik...
ReplyDeleteyesss dear, masih terngiang-ngiang saat2 di KLIA 2 hehe :D
DeleteMeriahnya treasure hunt tu Hanim... Teringin juga nak join nenanti kalau ada :)
ReplyDeletememang meriah sangat zumal, semuanya sporting dan berikan kerjasama yang baik. Berbaloi join kali ni :))
Deletemeriah sesangat tu! :D
ReplyDeletehttp://santanmanis.blogspot.com/2014/05/perghh-terbaik-karipap-telur-ah-wani.html
memang meriah hehe :D
DeletePerhhh terbaik la kak
ReplyDeletemereka semua terbaik! ;)
Deletetorbaikkk
ReplyDeleteseronok sakan selfie tepi highway tu,hehe
hahaha part selfie tu memang agak janggal tapi seronok gak wat sekali sekala kan bro :D:D:D:D:D
DeleteMemang kental sungguh la team nie.... yang penting semuanya sonok dengan pengalaman menarik kan
ReplyDeleteAlhamdulillah, memang pengalaman yang menarik buat kami. Seronok dapat bersama hazman dan yang lain...memang sporting gitu hehehe :D
DeleteHehehe.. happy sangat dapt jumpa you alls. Dapat jumpa dengan akk kenit ni buat pertama kalinya. Best2!! hehehe
ReplyDeletehappy dapat jumpa ainaa juga, tapi tak dapat nak mesra lelebih pasal bizi nak bertreasure hunt kan hehe.
DeleteWahh menarik.. Kenangan yg sungguh menghiburkan.. Tahniah Anim.. :D :D
ReplyDeleteKenangan berharga but Anim hehe. Terima kasih Abg Khir :))
Deleteni saat terbest sekali..tapi masih malu-malu lagi..hehee
ReplyDeleteA'ahla Nadia, malu2 tu memang ada tp last nk balik tu tk malu day hahaha :D
Deletehai hanim,nanti kalau ada lagi jom ramai2 kita masuk lagi nak,seronok kan..tak sempat nak borak2 panjang,salam kenal.
ReplyDeleteWalaupun team kta x menang, tapi takpe la..yg penting pengalaman tu yg tak ternilai...kan? :)
ReplyDeleteseronoknya ber treasure hunt bersama ephyra..tahniah kak!
ReplyDeletebest kan! rindu plak nak ber 'treasure hunt' lagi... :)
ReplyDelete