Breaking

Monday, May 12, 2014

Ghibah & Kesannya


Assalamualaikum!

gambar hiasan

Allah telah berfirman, maksudnya;


"Dan jangan pula setengah dari kamu mengumpat yang lain, sukakah salah seroang kamu, bahawa dia memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)? Maka, tentu kamu tidak suka memakannya."
 (Surah al-Hujarat:12)

Apa itu GHIBAH?

Rasulullah s.a.w menerangkan erti ghibah dalam sepotong hadis yang bermaksud;


"Engkau menyebut tentang saudaramu apa yang tidak disukainya. Sekiranya apa yang kamu sebut itu ada padanya, maka sesungguhnya engkau telah mengghibahnya (mengumpatnya). Dan sekiranya apa yang engkau sebut itu tidak ada padanya, maka sesungguhnya engkau telah mereka-reka cerita tentangnya (fitnah)."

Dari Jabir bin Abi Said, mereka berkata Rasulullah s.a.w telah bersabda;


"Takutlah akan ghibah (mengumpat), sesungguhnya ghibah lebih berat dari zina. Seorang lelaki yang berzina lalu bertaubat, Allah menerima taubatnya. Sedang Allah tidak mengampuni orang yang ghibah (mengumpat)sebelum orang yang dighibah itu memaafkannya."

Ghibah tidak hanya terbatas pada lidah, tetapi isyarat, anggukan, bisikan, tulisan, gerakan dan semua hal yang memberi pemahaman tentang apa yang dimaksudkan, maka ia termasuk ke dalam ghibah dan diharamkan. 

Misalnya, Ai'syah r.a berkata;


"Seorang wanita masuk menemui kami. Ketika wanita itu kembali aku mengisyaratkan tanganku bahawa ia pendek, lalu Nabi s.a.w telah bersabda;
"Kamu telah mengghibahnya." 

(HR Ibnu Abu Dunya & Ibnu Mirdawaih, hadis ini hasan di sisi Ibnu Hibban)


Perkara-perkara yang mendorong kepada GHIBAH:

a. Melepaskan kemarahan, ketidakpuasan hati terhadap orang lain.
b. Ingin menyesuaikan diri dengan kawan-kawan/kumpulan tertentu.
c. Ingin mendahalui membuka aib orang lain kerana takut orang berkenaan akan membuka aibnya terlebih dahulu.
d. Ingin membanggakan diri
e. Dengki/Hasad/Cemburu
f. Bermain-main, senda gurau dan mengisi waktu kosong.
g. Merendahkan dan melecehkan orang lain dengan niat untuk menghinanya.

Kesan GHIBAH:

a. Boleh memutuskan sillaturrahim sesama manusia sehingga menimbulkan perbalahan & permusuhan.
b. Nilai moral masyarakat akan sentiasa dipandang rendah.
c. Mendapat penghinaan di sisi Allah, kerana Allah tidak suka orang memakan daging saudaranya sendiri.
d. Menyebabkan berlakunya penganiyaan terhadap orang yang dighibah kerana setiap cerita 
yang dibawa tidak diperiksa kebenarannya dahulu.


Sesungguhnya, semua akhlak yang buruk dapat dicegah dengan 2 perkara, iaitu ilmu dan amal;

a. Sentiasa membasahkan lidah dengan berzikir dan membaca al-Quran kerana ia dapat memelihara lidah dan pertuturan kita.
b. Menjauhkan diri dari orang yang suka berghibah (mengumpat) kerana tidak mahu bersubahat mendapat dosa berghibah.
c. Sentiasa bermuhasabah diri dan memperbaiki kelemahan diri dan bukan membuka aib orang lain.
d. Ketahuilah bahawa orang yang suka berghibah, Allah tidak akan mengampuni dosanya selagi orang yang dighibahnya tidak memaafkannya.

Namun, terdapat beberapa alasan yang memberikan rukhsoh (kelonggaran) dalam berghibah;

a. Melaporkan kezaliman.
b. Menjadi saranan untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang membuat maksiat ke jalan yang benar.
c. Memperingatkan orang muslim dari keburukan perlakuan yang dilakukan oleh manusia.
d. Jika orang yang disebut itu melakukan kefasikan secara terang-terangan.

Wallahualam bisawwab.


    Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang ragu-ragu menerima kebenarannya.


8 comments:

  1. Ooopppss..kekadang terghibah jugak...thanks sharing kenit...muhasabah diri..

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni ghibbah macam dah biasa je. Terang-terangan orang buat, sikit pun tak rasa bersalah.

    ReplyDelete
  3. BAHAYA NI..KENA MUHASABAH DIRI :) TQ

    ReplyDelete
  4. semoga kita sentiasa dilindungi Allah..

    ReplyDelete
  5. Semoga kita semua dijauhi dari tergolong dikalangan org2 yg gemarkan ghibah ini.. Nauzubillah...

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian, hampir tersama pulak entri ini dengan entri mama semalam..

    ReplyDelete
  7. selalu beringat pada diri sendiri gak......

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.