Assalamualaikum!
Cikgu adalah insan paling bahagia bila tiba Hari Guru hehe. Time aku sekolah rendah dulu, bila tiba sambutan Hari Guru, nyonya jual bunga dah standby depan pagar sekolah dengan 5-6 baldi berisi bunga pelbagai jenis dan warna. Paling laris, bunga ros warna merah la hehe.
Sebatang cuma RM2. Nyonya tu kemain suka bunga ros dia laris. Budak-budak memang kerumun habis nak dapatkan bunga ros paling cantik dan paling mekar buat cikgu tersayang mereka.
Disebabkan kakak & adik dah ada pengalaman sambut Hari Guru masa di tadika, jadi persiapan Hari Guru untuk tahun ni takdala kelam kabut sangat.
Cuma, untuk kakak kami sediakan dua hadiah. Satu untuk cikgu sekolah rendah, satu untuk cikgu sekolah agama.
Hari Isnin haritu, kami bawa kakak & adik ke kedai Meei Mei, salah satu kedai kesukaan kami hehe. Kemain rambang mata nak memilih hadiah untuk cikgu masing-masing hehe.
Tugas aku dan ayahnya, berikan idea hadiah apa yang sesuai untuk diberikan pada cikgu masing-masing. Barang-barang kaca dah tentu tak boleh. Siap bagi tips lagi kat diaorg, pilih hadiah yang senang dibawa dan sesuai untuk dibawa cikgu kemana saja.
Hadiah dah ada, kita pilih pembalut hadiah pulak.
Satu benda yang aku nak tergelak kalau diingatkan balik, kakak request aku masakkan nasi lemak untuk cikgu dia! hahaha.
"Nape kakak nak bagi cikgu makan nasi lemak?"
"Takpela, kakak nak hadiahkan cikgu nasi lemak ibu .... "
Alolololo so sweettttttt sangat kakak!
Tapi, akhirnya aku pujuk kakak belikan aja hadiah untuk cikgu instead of masak nasi lemak hahaha.
Tak pernah dibuek orang! Eh, ponah ko?
Dah selesai membayar, kita minta tolong kakak yang baik hati ni balutkan hadiah kakak & adik hehe. Tu yang kami suka pi sini, takyah susah nak balut hadiah kat umah. Balut kat sini terus!
Hou yeaaaa! kakak & adik bersama hadiah-hadiah untuk cikgu masing-masing. Tak sabar katanya nak sambut Hari Guru di sekolah bersama cikgu & kawan-kawan.
Dan, sejak seminggu lepas kakak dok menyanyi lagi 'Terima Kasih Cikgu' by Upin Ipin. Katanya nak nyanyi untuk persembahan Hari Guru nanti. Seronok pulak dengar ... jom dengar sekali! (^_^)
Semoga kakak & adik have fun hari ni bersama cikgu-cikgu di sekolah.
Dan, sejak seminggu lepas kakak dok menyanyi lagi 'Terima Kasih Cikgu' by Upin Ipin. Katanya nak nyanyi untuk persembahan Hari Guru nanti. Seronok pulak dengar ... jom dengar sekali! (^_^)
Semoga kakak & adik have fun hari ni bersama cikgu-cikgu di sekolah.
SELAMAT HARI GURU!
(^_^)
#pray4MH370
comel je nak akak hehe..lya suka tengok yang bongsu tu cute :D..bertuahnya cikgunya dpt hadiah adari kakak & adik
ReplyDeleteBagus la gitu didik mereka dari kecil untuk hargai guru mereka :))
ReplyDeleteWah
ReplyDeleteKenapa kedai tu macam kedai Lovely Choice kat Tg Malim ni ye.. Heheheheh Teringat ena zaman sekolah dulu, semangat beli hadiah untuk cikgu cikgu.
ReplyDeleteApapun, selamat hari guru!
ape dlm hadiah tu hehe
ReplyDeleteWahh.. baguslah... Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik... :)
ReplyDeletesekali sekala beri hadiah kat cikgu tuk hargai ilmu yang diberi
ReplyDeleteHehe... Bebudak kn.. Mmg suka nk bg hadiahkt ckgu...
ReplyDeleteso sweet....anak akak bagi kad jer....
ReplyDelete