Breaking

Thursday, May 22, 2014

Seriau Bila Mendengarnya!


Assalamualaikum!


Ya Allah berderau darah ibu bila dapat tahu apa yang kakak buat di sekolah semalam. Bila anak-anak takda depan mata, beginilah jadinya. Kalaulah ibu ada sepanjang masa untuk mengawasi pergerakan kamu wahai anak....



Anyway, ape benda ni yek? Kakak beli sampai 10 batang semalam bawa balik. Separuh dibaginya pada adiknya, separuh lagi dia punya. Tapi pastu, dia 'pau' sebatang lagi dari adiknya huhu.

Macam-macam barang makan budak-budak sekarang ni. Sama la macam aku dulu gak kan. Nyonya meniaga tu setia tercongok depan pagar sekolah dengan basikal tuanya, pastu beg plastik cikedis, gula-gula ngan cekelat penuh tersangkut di kiri kanan beskal dia.

Yang perabihkan duit, budak-budak macam kami ni la hehe. Ntahkan halal ntah tidak, main bedal je makan masa tu. Tengok nyonya tu macam sweet je muka, kira ok la tu hahahaha. 

Hampeh!

Tapi, batang gula-gula ni kakak beli di rumah orang Melayu depan sekolah je! Bila aku tanya masa bila dia gi beli? Dia jawab masa time rehat .... dia kuar ngan kawan lintas jalan pergi umah orang tu untuk gi beli benda alah tu.

What?????! @_@

Hmmmppphhh ....
Hmmmppphhh ...
Hmmmppphhh ...

Puas aku blebel kakak semalam dalam kete! Nak tak nak dia kena 'hadam' kasi kenyang! Pak Jelan pun tak berani nak mencelah. Mungkin bab kebenaran untuk kuar dari sekolah ni aku terlepas pandang gamaknya sebab aku ingatkan pihak sekolah takkan benarkan murid-murid kuar sekolah walaupun time rehat!!

"Kakakkkk please lepas ni jangan kuar dari pagar sekolah lagi faham? Walaupun awak ikut kawan atau pengawas benarkan awak kuar sekejap, ibu tetap tak benarkan! Kakak tahu kan bahaya lintas jalan macam tu, kalau apa-apa jadi pada awak, sekolah takkan bertanggungjawab! Beli sajalah makanan kantin sekolah, kenapa mesti nak beli di luar? 

Lepas ni ibu taknak kakak kuar dari pagar sekolah selagi belum habis kelas, faham? Awak nak eskrem, tunggu ibu datang kemudian kita pergi beli bersama. Awak beli saja apa yang ada time rehat, jangan geatal nak ikut kawan kuar sekolah! faham???"

"okey ....." 
*muka tunduk bawah sambil gigit-gigit batang gula-gula*

Haihhh ... lepas ni, aku kena pesan kat dia hari-hari la pasal kuar dari pagar sekolah.

#pray4MH370

16 comments:

  1. bahayanya..time rehat blh kluar pagar skolah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak nor, seriau bila dia cerita semalam. Tadi pun dok pesan lagi kat dia huhu

      Delete
  2. Bahaya tu Anim.. mmg kena terangkan baik2.. Dulu anak sy pun pernah ikut kawan dia balik masa time sekolah. Budak2 ni kdg2 dia tak sedar salah & bahaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la abg khir, dah terangkan plus membebel kat dia semalam. Tghari tadi pun dah rewind tape yang sama gak huhu

      Delete
  3. aiyark...
    berani betuil akak kuar time rehat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la shark, hati 'kering' ini budak hehe :D

      Delete
  4. Huhu, budak budak.. Tapi memang bahaya.. Pihak sekolah benarkan pula ya?? Risau juga saya dengar.

    ReplyDelete
  5. Huhuhu bahaya jugak tu camner leh kuar takder jaga ker kat pintu pagar sekolah pelik la pulak ,...Nasib la takder apa2 berlaku ...Sekarang ni macam2 kes takut Lya mendengarnya ..Kakak ingat tau pesanan ibu lepas ni jgn buat camtu lagi ..Kesian ibu bimbangkan Kakak.
    Anak2 Lya poin selalu jugak beli benda ni aduss sakit ati jer bila dia org bawak balik mula2 ingatkan apa cam gula2 la gitu cam debu gula2 yg mengeras huhuhuhu ..

    ReplyDelete
  6. Kakak rasa bukan anak Hanim aje macam ini. Anak kakak dulu pun macam itu. Kadang memang terlepas pandang dan kita tak sangka. Anak kakak pulak sibuk beli ais-blend juga rumah yg duduk depan sekolah... kena bebel juga baru dan ingatkan setiap hari. Takut kan...budak bukan tahu bahaya..

    ReplyDelete
  7. Betul tu Hanim kalau apa2 jadi kat luar bukan sekolah nak bertanggungjawab... Bahaya macam2 kat luar tu...

    ReplyDelete
  8. boleh bolos pagar sekolah ni mcm mana ?...mesyuarat PIBG kena hadir ; buat usul mintak bhg disiplin bertegas tetang keselamatan pelajar. cool nasihat jangan sampai anak tak suka ke sekolah pulak... sy cakap benda real terjadi..budak skrg ni sensitifnya lebih...am sorry !

    ReplyDelete
  9. Fuh bahaya. baru terlihat kes anak jatuh dari motosikal tatkala tertidur. kanak-kanak baru tadika tu duduk di belakang.

    Lintas jalan lagi bahaya. walaupun anak saya baru setahun. saya pun dah risau

    ReplyDelete
  10. Ya kan kak kalau lya pun akan bertindak macam tu juga..asing bahayanya siap melintas jln lgi

    ReplyDelete
  11. bahayanya.... macamana boleh terlepas tu.. boleh keluar pulak dari sekolah..

    ReplyDelete
  12. Semoga pengalaman itu akan mendewasakan ...,

    ReplyDelete
  13. Time sekolah takkan pihak sekolah bg murid2 kuar gate

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.