Breaking

Monday, May 05, 2014

Tips Memujuk Anak Yang Merajuk


Assalamualaikum!

Tahukan betapa susahnya nak memujuk budak kecil yang kuat merajuk

Ya Allah.... kalau korang ada anak perempuan/lelaki berumur 10 tahun ke bawah, ketahuilah inilah salah satu benda yang harus korang tempuhi nanti hehehe.


Aku punya dua orang anak perempuan. Kedua-duanya kuat merajuk

Ikut perangai aku? 

Barangkali ....

Tapi, yang paling kuat merajuk ialah Mira. 

Probably, mungkin sebab title 'adik' masih dia pegang 5 tahun berturut-turut! muehehe.

Tu pasal la dia 'kebal' tiap kali bergaduh ngan kakaknya. Modal dia tak lain tak bukan .... air mata! ekekeke.

Dalam kete, kat umah, kat kedai kat mana aje bila dia rasa tak puas hati ngan orang, memang dapat la tengok 'drama' my cikenit ni. 

Sampai kadang-kadang aku rasa fed-up dengan perangai Mira yang suka merajuk. Ada masanya, kalau aku dah tak tahan memang aku marah dia.

Tapi, bila difikirkan balik memang tak patut aku marah Mira. Dia baru berumur 5 tahun. Apa la yang budak2 besar ni tahu kan. Emosi yang ditunjukkan pada aku adalah ekspresi dari dalam hatinya, maka kalau aku tak cuba nak faham apa yang dia rasa macam mana dia nak percaya pada aku ... ibunya??

Tak mudah nak memahami hati seorang anak kecil. Perasaan mereka sentiasa berubah dan cepat berubah! Kalau kita tak boleh 'catch-up' dengan perasaan mereka, memang susahlah nak jernihkan keadaan. 

Dan, akhirnya ibubapa tu bukan memujuk tapi sebaliknya memarahi sebagai tanda bantahan terhadap emosi anak tu.

Ini biasa yang aku buat bila Mira merajuk. Basically, memang mujarabla kaedah ni bagi aku hehe tapi kena ada rasa beralah yang ekstra ekstra ekstra bila berhadapan dengan anak yang merajuk camni. 

  • Berlembut dengan dia - Kalau Mira marah atau mengadu ngan aku perihal kakak dia yang dia tak puas hati, aku tanyakan padanya baik-baik lembut-lembut. Kalau dia marah, aku pun marah sama emosi kami takkan tenang dan masalah takkan selesai. Sebolehnya, tenangkan perasaan marah dia dulu.

  • Dengar apa yang dia nak cakap - Beri perhatian apa yang anak kita nak cakapkan pada kita. Budak kecil memang kuat mengadu, jadi ada masanya kita rasa 'penat' nak layan aduan mereka, tapi aku tak boleh lari kalau Mira mengadu haha. Nak tak nak tadahkan aje la telinga ni hehe :D

  • Berbincang elok-elok - Biasa kalau dia ada masalah ngan kakaknya, which is everyday pun ada masalah sebenarnya! haha aku akan panggil DUA-DUA dudung mengadap ke bawah duli (aku la tu) dan cakap elok-elok. Budak-budak ni kalau ada masalah antara mereka, diaorg nak kita (ibubapa) yang selesaikan untuk mereka. Yang menentukan salah atau tidak adalah aku. Kalau betul salah aku akan suruh diaorg minta maaf.

  • Minta maaf dan bersalaman - Aku jadikan ini sebagai satu habit untuk diaorg. Tiap kali nak berbaik, yang sorang akan salam dan yang sorang lagi akan sambut salam sambil cakap "minta maaf" dibalas dengan "kakak/adik maafkan". Walaupun ini bukan sesuatu yang aku biasa buat waktu kecil dulu, tapi untuk anak2 aku, benda ni kena praktikkan dari sekarang. Even, kalau aku yang bersalah dengan anak-anak sekali pun aku kena minta maaf dan salam dengan diaorg. Part ni kena beralah sikit la ye, jangan pentingkan ego diri. Kena tunjuk contoh yang baik depan anak.

  • Peluk & ucapkan "sayang" - Nak meredakan marah anak-anak senang je. Kita peluk dia dan ucapkan yang kita sayang dia dan kita buat macam tu sebab kita nak dia jadi yang terbaik. Mungkin dia takkan faham sekarang, tapi sentuhan dari kulit ke kulit tu pun dah dapat memberikan dia gambaran bahawa kita sayang kat dia. Tapi, yang paling emo adalah kakaknya la. Kalau peluk dia, mesti menjejeh-jejeh air mata dia hehe.

Macam mana senang dan mudahnya mereka merajuk, maka senang jugakla nak memujuknya. Cuma kaedah yang digunakan perlu sesuai dan kena dengan caranya. 

Aku tak biasakan memujuk anak dengan menyogok barang yang diaorg suka. 

Kalau terbiasa ... kopak aku! hehe.

Kakak & adik kalau kena peluk, cakap elok-elok insyaAllah diaorg 'sejuk' balik. Tapi, kalau dia marah kita pun marah memang takkan menjadila!

Proud to be a mother! (^_^)


#pray4MH370


13 comments:

  1. Petua ni amat berguna untuk para ibu bapa...

    ReplyDelete
  2. Tips yang bagus! walaupun ena masih tak ada anak, tapi boleh digunakan untuk anak anak buah ena... ekekekek terima kasih share

    ReplyDelete
    Replies
    1. my pleasure dear, semoga bermanfaat untuk masa hadapan hehe :D

      Delete
  3. peluk cium ~ tips paling efektif utk anak-anak dara aida...
    utk izzat ~ sebab masih less than 2 years, dukung!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha dukung pun boleh jadi ubat untuk budak merajuk ni :D

      Delete
  4. Nice tips kenit... Si anak dara srang tu pun dh pndai ngajuk dh...

    ReplyDelete
  5. Petua yg sangat berguna dear.. =D

    ReplyDelete
  6. Sama la ngan anak2 Lya ..mmg kalau ada yg tak kena kuat sgt merajuknyerr terutama anak sulung..maklumla dia sorg jer pompuan yang adik2 lelaki ..Satu tips yg baik untuk kita sama2 praktikkan ..

    ReplyDelete
  7. Mmg petua yg bagus.. anak2 merajuk jngn kita bosan utk memujuk.. tp mmg kena ada cara.. thanks sharing kenit.. :)

    ReplyDelete
  8. 2 org anak pompuan saya pun kuat merajuk jugak..mmg perlukan cara utk memujuk dorg..terima kasih atas tips ini.

    ReplyDelete
  9. Budak2 mmg begini...anak bongsu akak pun mcm nie gak

    ReplyDelete
  10. Anak sy boy umur 5 tahun mmg suka merajuk kalau kita xbg apa yg dia nak. Kdg2 naik fedup sy biar je dia merajuk... Hiee

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.