Breaking

Sunday, May 04, 2014

Tumbang Sebab Batuk!


Assalamualaikum!

Dari petang Jumaat aku dah rasa sesak nafas. Nak tarik nafas tersekat-sekat dan rasa penat sangat. Bernafas ikut mulut pun tak boleh gak.

Malam tu makin teruk! Bila aku tarik nafas rasa macam berat sangat dada ni. Letak vicks pun tak jalan. Pak Jelan siap urut-urut depan belakang nak bagi lega.

Nak duduk tak senang, nak tido melentang pun tak boleh. Lagi aku takleh nak tarik nafas. Rasa macam saluran pernafasan tu jadi sempit! 

Ya Allah, jujur aku katakan aku takut kalau ditakdirkan malam tu aku putus nafas! Allah ....

Posisi paling elok  ialah bersujud. Aku perasan bila aku sujud dalam solat, aku boleh bernafas tanpa masalah. Nak tarik nafas pun tak rasa berat. Tahu tak, malam tu aku tido posisi bersujud tau hahaha.

Tapi, tak berapa nak lena jugak. Tengah2 malam aku terjaga dari tido gara-gara susah nak tarik nafas. 

Bila aku batuk, rasa lega sikit. Tapi, pastu dia sesak balik. 

Haiihhh...

Dah la esoknya aku dan anak2 kena gi Putrajaya untuk satu worksyop bersama parenting blogger. Kalau malam tu aku tak leh tido, memang tak bertenaga la aku kat sana nanti.

Mujurla masa worksyop tu Allah pelihara aku, tak batuk dan tak rasa sesak nafas. Tapi, bila nak jalan balik ke kereta aku dah mula sesak nafas balik. Mencungap2 rasa macam nak putus nafas!

Tak tahan dah, aku singgah farmasi beli ubat batuk. Memula akak tu nak bagi Bena Expectorant, tapi bila aku cakap bila aku tarik dan hembus nafas ada bunyi macam wheezing sound (bunyi orang lelah), dia terus bagi aku Salmodil ni.

Kena 2 sudu Salmodil, aku 'pengsan' sampai ke petang semalam hehe. Alhamdulillah, dengan izin Allah aku dah boleh bernafas macam biasa sekarang. 

*Nanti aku citer pasal worksyop untuk parenting bloggers tu ye (^_^)

#pray4MH370


8 comments:

  1. Alhamdulillah kenit dah sihat...

    ReplyDelete
  2. Beberapa hari ni sy pun asyik batuk je

    ReplyDelete
  3. Tuari seminggu batuk, makan ubat batuk pun tak hilang sampai sakit dada..last2 akak amik ubat sengseh

    ReplyDelete
  4. moga cepat sembuh...aamiin

    ReplyDelete
  5. Ubat batuk pesakit asma tu... Moga cepat baik ea kenit..

    ReplyDelete
  6. Semoga cepat sembuh yer kenit.. =D

    ReplyDelete
  7. Mudah2an cepat sembuh sepenuhnya ye.. klu batuk mmg tak best especially klu terbatuk2 & tersedar dari tidur diwaktu malam.. aduhh.. tak best betul.. sakit dada...

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.