- Wanita yang sakit nak beranak, WAJIB solat selagi belum beranak. Walaupun keluar berjurai-jurai darah macam air paip dan walaupun sakit contraction yang bukan kepalang, wajib solat sekadar mampu, samada berdiri (kalau tak boleh tunduk/sakit - rukuk dan sujud dengan menundukkan kepala sahaja), duduk, baring, menelentang, isyarat mata, ikut kemampuan anda masa tu.
- Jika di saat-saat akhir sebelum beranak, wanita itu keluar darah secara berterusan, wanita itu dikira dalam da-imul hadas, yakni orang yang sentiasa dalam hadas (kecil) sehingga tiada ruang baginya berlepas dari hadas dalam tempoh waktu solat itu, maka dimaafkan dan sah solatnya, walaupun keluar darah dari kemaluan membatalkan wuduk dan walau basah kain dengan darah sekalipun sepanjang solat.
- Ini adalah rukhsah bagi golongan da-imul hadas, sepertimana mereka yang berpenyakit kencing tidak lawas yang sentiasa menitik kencingnya sangat kerap, atau golongan yang sentiasa kentut, kejap-kejap kentut, tak sampai 3 minit, kentut.
- Bagi wanita yang tidak dalam da-imul hadas, punyai ruang suci dari hadas (darah kadang-kadang berhenti keluar dalam tempoh yang dia sempat bersolat tanpa hadas) tapi tak boleh nak jangka bila masa sucinya tu, maka wanita tu boleh solat hormat waktu dalam mana-mana keadaan, dan qadha selepas tamat nifas. Adapun cara bagi da-imul hadas tu, adalah bonus bagi wanita tu supaya tak perlu qadha lagi solatnya, namun kena pastikan betul-betul samada dia berada dalam keadaan da-imul hadas atau tidak.
** Ustaz Khairul Nizam adalah seorang penuntut Universiti Al-Azhar, Mesir, dalam bidang Usul Fiqh sejak 1999 hingga kini. Guru-guru beliau antaranya ialah Sheikh Usamah Al-Azhari, Sheikh Nuruddin Al-Banjari, dan ramai lagi ilmuan di sana. Ilmu beliau amat mantap dalam bidang fiqh dan hadis. Berasal dari Malaysia dan tinggal di Gombak Setia, kini beliau berada di Malaysia sementara krisis Mesir, sehingga bulan 11 sebelum pulang ke Al-Azhar
sumber : fb sahabat
sumber : fb sahabat
thanks sharing hanim,ada yang kita terlepas pandang tentang solat nie..
ReplyDeletesy masuk bilik beranak dr petang hr smpai ke pg hari..x beranak2.. mintak allah ampun kan dosa sy.
ReplyDeleteteringat pulak masa sakit nak melahirkan dulu..thanks
ReplyDeleteMoga bermanfaat buat semua... Salam Jumaat :)
ReplyDeletethanks untuk info..ecah pon bakal bersalin tak lama lagi..info berguna untuk ecah..thanks =)
ReplyDeleteRindunya nk berbadan dua...tp tu la...kena la kawen semula...tjanks for sharing dear...
ReplyDeleteNice sharing kenit..=D
ReplyDeleteSalam.. Jalan2 sini sambil baca entry.. Jemput singgah blog saya www.sayeshukepik.com.
ReplyDelete