Breaking

Tuesday, June 24, 2014

Bila Nampak Benda Tu!


Assalamualaikum!

Minggu lepas kemain lagi diaorg melepas gian bermain kat taman permainan tu. Nak pergi Taman Tasik, cuaca pulak tak menentu sekarang ni. Dah la panas berdengung, tak berangin pulak. Kita yang tua ni pun tak tahan, inikan pulak budak-budak kan. Lagipun, aku taknak diaorg demam bila start sekolah, so kita gi yang dekat-dekat je la ye hehehe.



Diaorg ni kalau datang mood baik dia, memang boleh jadi kamceng berdua! Tapi, kalau angin timur barat dia datang, memang takkan aman dunia ni sekejap! Aku la yang selalu jadi 'mangsa' dan tempat mengadu.




Hari tu, kita kasi lepas kejap ini dua orang anak dara hahaha. Kebetulan time tu dah petang tapi budak-budak ramai yang main kejar-kejar. Budak lelaki pulak main bola, so anak-anak dara aku ni la yang conquer itu playground.




Budak-budak ni kata boring duk rumah. Memang boring pun! Asyik tengok tv citer kartun yang entah apa-apa entah. Nak tunggu Upin Upin kegemaran diaorg lambat lagi. So, aku bawa diaorg keluarkan peluh kat sini. 

Amazingly, budak-budak ni boleh tahan pulak ngan kepanasan petang tu. Aku yang duduk saje ni pun mencurah-curah dah peluh hahaha. Yang adik & kakak selamba badak je berlari ke hulu hilir, panjat sana sini, ketawa berdekah-dekah. 





Ko tengok! ko tengok! berani betul anak dara aku yang sulung tu memanjat gelungsur! Nampak je sopan santun ayu muslimah, tapi tahan lasak ini budak woooo hehehe. 

Tau mana dia belajar memanjat gitu? dari kakak-kakak dan budak-budak lelaki yang sebelum ni pun dok panjat camtu. Habis satu padang tu aku jerit suruh dia turun, tak mo gak! 

Seronok seronok gak, pun begitu kena pantau anak-anak hatta di tempat bermain. Kes kakak ni, dah puas aku suruh dia turun, tak mo gak kan. Akhirnya, aku gi kat dia standby kat bawah gelungsur hahaha. 



Dah puas main kat padang, ingat diaorg penat ke?? takde maknenye ok! Aku tak tahu la diaorg ni minum air apa, tenaga tu ada sokmo! Aku yang semput gak malam sat gi hehe.



Malam yang sama, aku bawa diaorg gi dengar Majlis Tahlil & Tazkirah sempena menyambut bulan Ramadhan. Kena involvekan anak-anak dalam majlis-majlis ilmu sebegini. Takkan nak bawa gi main memanjang!

Ada masa kita berseronok, kita seronok. Ada masa kita kena dengar ceramah, kita dengar dan hayati apa orang nak cakap. Lagi pun yang bercakap tu Imam Besar Masjid Ar-Rahimah. Aku pun nak kenal jugak, acaner rupa tom imam kita hehehe.



Alhamdulillah sambutan malam amatlah menggalakkan. Time ni ceramah belum start lagi, tapi kaum-kaum ibu dah mula memenuhkan kerusi di hadapan sampai ke belakang. 

Kat belah lelaki je lambat nak penuh, sebab pokcik-pokcik dok berborak  ngan geng masing-masing sambil menunggu tok imam datang.




Hat baju ijau tu la tok imam kami. Namanya aku dah lupa plak hahaha. Sebelum majlis tahlil bermula dia kasi tazkirah sikit kat kami.




Baru nak semangat dengar ceramah, diaorg panggil makan pulak hahaha. Boleh tahan lauk malam tu. Ada ayam goreng rempah, daging masak lomak cili api, sayur campur, ulam-ulaman dan sambal belacan juga buah tembikai.

Syukur alhamdulillah aku tak nampak orang berebut capai pinggan atau amik lauk banyak dari yang sepatutnya. Kiranya, malam tu berlebih sungguh lauk-pauk tu. 




Sapa budak  pempuan ni? aku pun tak kenal hehe. Dia dok tengok aku pegang iPad dok amik gambo orang beratur amik makanan, dia pusing kat aku dan senyum. Suruh aku amik gambo dia la tu hahaha. Last-last, aku cakap, "ha cepat la dik, pandang sini acik amik gambo". 

Wah, terus musing siap senyum lagi tu hehehe. Kawan depan dia tu langsung malu kalih kepala kot depan hahahaha. Bagus adik ni (^_^)




Aku amik lauk ni je malam tu. Kakak dan adik taknak makan, pasal aku dah suap kenyang-kenyang kat umah sebelum tu. So, diaorg minum air sirap je. Tu pun aku paksa gak diaorg ratah ayam goreng tu. 


Majlis habis dalam kul 10 malam. Pastu kami balik membongkang!


ZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......


PESANAN : Korang nak menang 2 keping voucher makan free kat Restoran Bangi Golf Resort? Terjah SINI dan tinggalkan komen kat bawah entri tu tau. 5 jawapan terbaik akan terima 2 keping voucher setiap seorang! Join jangan tak join! :)


9 comments:

  1. pndai betul la si kakak tu pnjat ye, tngok pun tkut jatuh..:) memang skarang pans trasa sngt.. setuju dgn akak lbatkan bdk-2 dlm mjlis ilmu lbih-lbih lg time kcik-2..:)

    ReplyDelete
  2. bagus join program macam ni..

    ReplyDelete
  3. seronok diorang dapat lepas...bagi sesiapa yang boleh pergi je join contest tu...hehehe

    ReplyDelete
  4. heheh budak budak kecil memang tak reti erti penat. Kita yang menengok mereka main pun jadi penat. Hahahahah comel lahai anak anak akk.

    ReplyDelete
  5. seronok tgk budak2 klo main, part gaduh tu semestinya. pasti mesti nak kena report kat kita. bagi kita pusing sikit.
    lauk tu ermmm telan air liur dibuatnya..nampak sedap!
    tag akak: http://umikasum.blogspot.com/2014/06/first-mini-giveaway-topup-by-mrsyatie.html

    ReplyDelete
  6. Mmg bagus join program2 mcm ni... selain dpt ilmu, dpt juga menjalin silaturrahim kenal2 org & pengalaman bermasyarakat.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.