Assalamualaikum!
Hidup dan ujian takkan dapat dipisahkan. Selagi mana kita bergelar seorang insan, dugaan pasti akan menerjah dalam kehidupan setiap masa setiap waktu.
Ada orang diuji dengan perpisahan, penceraian dan putus sahabat.
Yang lain diuji dengan keuzuran, kemalangan dan kesengsaraan.
Selebihnya diuji dengan peperangan, pertelingkahan dan tiada jalan perdamaian.
Namun, satu hakikat yang kita semua kena terima dan ia merupakan ujian terbesar dalam kehidupan kita ialah apabila berlaku kematian. Kematian orang yang tersayang, samada keluarga, anak, saudara mahupun sahabat.
Semalam aku menerima satu lagi berita pemergian seorang insan yang aku anggap sebagai bos dan sahabat. Wallahi aku terkejut, terkesima, terdiam sebentar bila membaca emel tu.
Gambar di atas ni adalah kenangan kami ketika beriadah bersama rakan sekerja ketika aku masih berkhidmat di Kuantan, Pahang. Wallahi, di saat ini aku tersangat rindukan momen-momen bersama pokcik-pokcik yang sangat sporting dan baik hati.
Terlalu banyak nak diceritakan di sini, betapa indahnya kenangan bekerja bersama mereka. Merekalah ayah, merekalah ketua, merekalah rakan sekerja, merekalah juga teman bergurau dan tempat meminta nasihat.
Yang terindah hanyalah sementara. Selepas pemergian En. Tapa (arwah Mustoffa) pada tahun 2010, diikuti En. Zahari pada tahun 2013, En. Rahman (tiada dalam gambar) pada awal bulan ini dan yang terbaru En. Kamsan pada hari Sabtu lepas, terasa pilu sangat diri ini bila mengenangkan kembali kenangan bersama mereka yang telah pergi.
Namun, kita tiada daya menghalang ketentuan dan takdir Allah s.w.t, hanya mampu berserah dan berdoa agar roh-roh mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama dengan para solihin...aminn.
Dalam kenangan .....
Al- Fatihah....
al fatihah,
ReplyDeleteAl Fatihah... Semoga roh mereka dicucuri rahmatNya
ReplyDeleteal-fatihah,moda ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh..Insyallah
ReplyDeleteAl-fatihah..
ReplyDeleteAl Fatihah .. semoga mereka semua diletak kan bersama golongan solehin..
ReplyDeleteal fatihah..
ReplyDeleteAl fatihah.....
ReplyDeletealfatihah...
ReplyDeleteAl fatihah..
ReplyDeleteAl fatihah....
ReplyDeleteAl-Fatihah. Dunia hanya pinjaman. Teringat arwah ayah, nenek, mak saudara dan anak saudara.
ReplyDeleteAl Fatihah... aamiin..
ReplyDelete