Assalamualaikum!
Banyak yang berlaku dalam dunia bloggers sejak akhir-akhir ini. Macam-macam cerita dan macam-macam isu yang dikaitkan dengan bloggers. Tak dapat aku nafikan perasaan ini, sebab nak tak nak aku juga adalah seorang blogger. Jadi, pahit manis, suka duka bloggers turut juga terpalit pada kita semua kan.
Minggu-minggu lepas, kita dikejutkan dengan berita blogger kak Syuhada Baharudin, yang koma setelah mengadu semput sebelum pengsan. Mungkin ramai yang mengenali blogger kak Syuhada Baharudin, empunya blog syuhadabaharudin.com, seorang wanita yang dikasihi dan dihormati terutamanya dalam komuniti blogger.
Personally, aku tak pernah jumpa kak Syuhada, walaupun kami pernah disatukan dalam majlis blogger SBB2014 yang lepas. Bila balik aku tulis entri tentang SBB2014 tu, barulah aku tahu yang kak Syuhada juga berada di majlis tu.
Kak Syuhada juga merupakan antara penaja T-Shirt untuk SBB2014 anjuran +Denaihati Network .
Walaupun, aku tidak berapa mengenali beliau personally, tapi ku akui sangat senang dengan kehadiran beliau di blog aku. Kak Syuhada sering juga meninggalkan komen di ruangan entri yang aku kongsikan. Dan, dari situ aku juga mula mengenali kak Syuhada.
Di kesempatan ini, aku berdoa agar kak Syuhada kembali sedar dan pulih sepenuhnya. Ternyata memang ramai yang merindukan kak Syuhada dan ingin kak kembali ke alam nyata dan alam maya. Semoga Allah s.w.t melindungi kak Syuhada selalu.
Aminnn..
Berita kedua yang aku dapat tahu ialah tentang pengunduran blogger Abang Ensem dari blog! Khabar yang aku dengari dari SINI, Abang Ensem nampaknya telah mempunyai prospek dan hala tuju baru untuk lebih maju dalam bidang yang dicintainya.
Fuh! semakin ramai blogger yang telah mencipta nama sejak akhir-akhir ini ye. Memang anda antara yang menjadi idaman dan ikutan para bloggers lain.
Berita pengunduran diri beliau turut dikongsikan di blog beliau, yang mana rata-rata rakan blogger merayu dan memohon agar hajatnya itu ditangguhkan seketika, kerana pada masa ini bukan kami (bloggers) sahaja malah masyarakat di luar sana juga masih memerlukan kepakaran dan tunjuk ajar beliau terutamanya tips dalam bidang hartanah.
Personally, aku pun tak berapa mengenali Abang Ensem tapi aku pernah join satu kontes yang dianjurkan oleh beliau maaaaa! Itu kita kenal jugak la tu kan! hehehehe.
Dari apa yang aku baca di SINI juga, Abang Ensem akan slowly menghadkan penganjuran 'seminar' kepada 'kelas' yang berskala kecil sebelum mengundurkan diri secara total penghujung tahun ini.
Hurmm ...
Dunia blogging pasti akan merindui entri-entri dan idea-idea baru dari Abang Ensem kan. Opkos, entri-entri lama beliau masih bernilai dan boleh dijadikan panduan kepada pencinta hartanah di luar sana. Apapun, keputusan yang beliau ambil ini harus kita hormati dan diiringi dengan sokongan agar beliau terus maju dalam platformnya yang tersendiri.
Eh, terlajak panjang pulak hehehe. Eh, tapi saya ikhlas menaip ni (^_^)
Buat blogger Abang Ensem, semoga anda terus maju dalam apa jua yang anda hasilkan dan terima kasih atas ilmu 'fardhu kifayah' yang anda kongsikan selama ini bersama kami. Semoga Abang Ensem dan keluarga sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t di dunia dan di akhirat.
Aminnn....
So, to all beloved bloggers keep on blogging and keep on praying for the best to both of them.
doa yang terbaik untuk bloggers abangensem..Buat syu,apa yang kita harap,agar dia bangkit dari tidur seketika itu..tiada perkhabaran lagi tentangya kan..
ReplyDeletebegitulah harapan dan doa kita, agar kak syu bangkit dan sedar dari koma. Dan.all the best to Abang Ensem :))
DeleteFarah pun tak kenal kak shuhada secara personally.. tapi kak shuhada kerap jugak tinggalkan komen kat blog farah..Semoga kak shuhada cepat sembuh.. amin..
ReplyDeleteAaminnn ... sama2 doakan yang terbaik buat beliau :)
DeleteAssalammualaikum... hanim,
ReplyDeletepasal blogger kak Syuhada Baharudin tu mselim3 tahu semalam kat blog cik nor, dan blogger abg ensem nak undur diri kat blog HH dan blog ariff.. takper sesama kita doakan agar blogger Syuhada Baharudin yang koma cepat sedar dan kejayaan buat blogger abg ensem..
mselim3
W'salam mselim,
Deleteye mselim, rakan blogger lain turut bersimpati dan sedih dengan apa yang menimpa kak syu, tapi doa kami agar kak syu cepat sembuh dan sedar dari koma.
Semoga keduanya dirahmati selalu... amin...
ReplyDeleteAminn aminn yarabbal alamin :))
Deletelya kurang mengenali blogger ni..lya pun terlalu masih baru dlm dunia blog.apa pun kita hanya mampu doakan yang terbaik buat mereka insyallah
ReplyDeleteInsyaAllah Asha, itulah yang sebaiknya :))
DeleteAmin....semoga syuhada sembuh seperti sediakala...buat abangensem....berhijrah mulakan satu perkara yang baik...
ReplyDeleteAaminn semoga Allah lindungi mereka berdua kan kak :))
DeleteSedih bila baca kisah blogger Syu..1st time 'kenal' sbb join giveaway dia...semoga Syu cepat sembuh..sama2 kita doakan..
ReplyDeletehttp://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/
ye kak, semoga beliau cepat sedar dari koma aaminn.
Deleteleen kurang mengenali blogger ni, tapi rasanya ada jugak terjah blognya secara tak sedar. kita doa kan syu cepat sembuh seperti sediakala .. in sha ALLAH .. amin
ReplyDeleteinsyaAllah cik misi :)
DeleteMoga Syuhada kembali pulih... Bagi Abg Ensem, moga berjaya dalam haluan barunya nanti:)
ReplyDeleteinsyaAllah zumal, doakan yang terbaik buat mereka berdua :)
DeleteDoakannyang terbaik buat Syuhada..
ReplyDeleteitulah yang sebaiknya AS, semoga beliau kembali bersama kita :)
DeleteDoakan yg terbaik buat Syuhada, Abg Ensem & juga kpd semua sahabat2 bloggers sekelian...
ReplyDelete