Breaking

Friday, June 27, 2014

Giant Bubble Putrajaya - Part 2


Assalamualaikum!

Kesinambungan dari Part 1 menunjukkan betapa eksitednya seorang ayah melayan permainan yang biasa dimainkan oleh budak-budak kecil muahahaha. Takpela takpela, kita kasi chan la kat Pak Jelan yek, sekali sekala hati tu teringin jugak kan nak rasa permainan tu.

Kita dulu kecik-kecik pun main gak tiup buih sabun tu, tapi tu jenis tiup punye botol pun yang kecik je. Tak sama macam yang sekarang punye. Korang tak tau, ibunya ni pun boleh tahan jugak jakun menghayunkan buih sabun hari tu, cuma tak masukkan gambo je muahaha. Kalau masukkan, kantoi la den!! hahaha :p

Anyway, lepas budak-budak ni kasi perabih buih sabun tu, kitaorg gi masuk dalam sikit tengok pameran-pameran flora yang ada di situ. Masa ni memang tak berapa nak crowded sangat, tapi panasnya masyaAllah boleh tahan!

Eh sebelum tu kita cuci mata dulu tengok keindahan flora-flora yang sempat aku capture dengan iPad aku ni. Ini antara yang menarik perhatian aku .....

















Walaupun cuaca kering dan berjerebu, tapi ia tak menghalan orang ramai untuk memenuhi festival Flora 2014. Pun begitu, kami tak la pening atau merungut tak boleh berjalan atau tengok bunga sebab orang ramai. Semua ok je, nak berjalan tak perlu bersesak.

Kat dalam taman ni juga ada trak bergerak yang menjual pelbagai makanan seperti Pizza Hut, KFC, aiskrim, air sejuk dan macam-macam lagi. So, orang ramai tak perlu jalan jauh-jauh kuar ke jalan besar untuk beli makanan. Kat dalam ni pun ada.




Ooohhhh! budak-budak ni bila nampak benda alah ni mulalah terkinja-kinja nak main jugak. Okla sayang, ibu ngan ayah pun dah penat berjalan, lapar plak tu hehe. 

Kami kasi diaorg main puas-puas, benda pun free kan! Ni kalau main kat Tesco Ampang ni, satu kepala dia charge RM6!!!! Gila mahal tak berbaloi langsung!




Sementara budak-budak tu main sambil dijaga oleh Pak Jelan, aku melilau cari apa benda yang aku nak makan hehehe. Lapar weh! Tengok KFC cam tak puas je, tengok Pizza mahal la plak, saiz kecik je. Last-last Pak Jelan kasi 'signal' beli burger bakor ni je.




Dipendekkan citer, aku order buger bakor set A tu 2 set. Sekali aku tengok kat burger tu takde pun dia letak cheese! Aku tanyala naper tak letak cheese macam dalam gambo tu. Aku kan order set A. Dia cakap yang tu hanya gambo display je kak, bukan bebetul.

Amboiiiii! mana boleh begitu! Aku cakap eh eh boleh plak begitu??? GAMBO TAK SAMA DENGAN YANG DIJUAL?? rasa2 korang tu menipu ke dak tu? Tergelak dua orang brader (dalam gambar di atas) tu tengok respon aku huhu.

Opkos la aku hangin, oder lain yang dapatnya lain.



Hmmm ini budak memang tak reti diam sampai basah lencun rambut berpeluh-peluh main! Dah puas main benda lompat-lompat tu, diaorg bantai main yang di belakang tu pulak. Kakak cam biasa la, mengelak dari diambil gambo. Anak dara doh sorang tu .... maluuuuu katenye!




Next, we went to this Putra Rabbit Park! It was Pak Jelan's suggestions to let the kids to see and touch the rabbits and other animals for real! hehe. 

I remembered, we had to pay RM3 for the admission and RM1 for the carrots so that the children get to feed them.

Eh eh tetiba plak datang mood nak berspeaking hehe. 





So macam yang boleh dilihat dalam gambar di atas ni, those bunnies memang tak heran langsung carrots yang jatuh ke lantai tu hahaha. Kakak adik dok jolok-jolok carrots tu pun, bunnies tu buat dekkkk je! hehehe.

Ye la, bunnies tu kenyang dah la kot orang dok pulun kasi makan carrots ngan pelet dari pagi taman tu dibuka hahaha. Agaknya kalau bunnies tu boleh bercakap, mesti diaorg cakap 'sudoh-sudoh la tu jolok aku ngan carrot, naik cemuih aku la. Suap la char kuey tiow ke KFC ke Dominoes ke care gak!'

Muahahaha :p



Haaaa ini ular paling tidak mendapat sambutan kakak & adik haha. Walaupun duk dalam sangkar, takut tu tetap ada. Tapi, ular ni kita boleh pegang tau kalau kita minta ngan penjaga dia. Aku tengok orang lain tu selamba je usap badan ular tu ..... yekkkkkkk! >.<


Hamster ni pun tak layan kitaorg, duduk menyorok bawah pelepah-pelepah kering. Carrots bersepah-sepah atas lantai. 




Aku punye geram kat rabbit ni, aku tangkap sekor pastu suruh kakak adik pegang dan usap sama hehe. Aku pegang telinga bunny tu, adik menjerit, "Ehhh buuu jangan tarik telinga rabbit tu la" haha. Dah kalau tak pegang, melepas la dia lari dik! :p








Dah puas berkejaran sana sini tangkap arnab, kami pi memancing pulak hehe. Niat asal nak kasi budak-budak ni merasa pengalaman memancing, tapi akhirnya ibunya ni jugak yang kebas-kebas kaki menunggu ikan kecik tu masuk jaring hahaha.

Kalau tunggu budak-budak ni tangkap, ibu kuar uban cepat la jawabnya haha :p





Tak boleh sabar aku tengok cara diaorg tangkap ikan hehe. Dah la kertas penapis tu nipis, kalau sauk kuat-kuat memang confirm terkoyak! Last-last aku gak la yang tangkap ikan tu hehe. Murah sangat benda ni, kena bayar RM1 je, tapi once kertas penapis tu koyak kena bayar RM1 lagi hehe.

It was quite fun though .... or i thought it was hahaha. 10 minit pertama aku syok lagi, 10 minit kedua aku boleh senyum lagi, 10 minit ketiga aku dah kebas kaki hahaha.

Kalau aku dapat tangkap ikan gupi tu, aku boleh bawa balik FREE! Demi anak-anak, aku gigihkan juga mencangkung dokek 45 minit nak tangkap ikan!



Tak boleh gerak, tak boleh goyang-goyang penapis tu. Ko kene duk diam-diam tunggu ikan tu datang sendiri kat penapis ko hehe. Gila punye keje! Memang nak jadi pemancing ikan ni kena banyak bersabar la. 

Tapi, once ikan tu dah masuk dalam jaring, time tu memang muke ale senyummmmmmm haha :D

Dipendekkan cerita, aku dapat tangkap 3 ekor je la. 2 ekor untuk kakak, sekor untuk adik. Ko tengok la muka adik camne nanti hehehe :D




Kannn! muke berkerut tak puas hati sebab dia dapat sekor je hahaha. Yang Pak Jelan dah mengamuk kat bawah tunggu kami dekat 45 minit tak habis-habis lagi memancing hahaha. 

Akhirnya adik redho dapat sekor je.










Gitulah aktiviti kami sekeluarga di Floria 2014, Putrajaya. Kali pertama pergi dan memang suatu pengalaman baru dan menyeronokkan walaupun ada beberapa perkara yang penganjur kena ambil perhatian sebenarnya.

Contoh macam....

Parking untuk orang awam ...FAILED! Ikut suka hati laki tiri mak diaorg je parking kete senget ke kanan senget ke kiri pastu menyusahkan orang lain yang nak kuarkan kete. Ditambah pulak tempat parking kete yang disediakan berdebu dan berpasir. Dah tu, sorang penjaga parking pun tak kelihatan kat situ, tak heran lah pemandu-pemandu  buat rules sendiri ikut suka parking sehingga  menganggu orang lain nak kuar masuk.

Harap tahun depan masalah ini tidak berulang lagi. Penganjuran besar seperti Floria 2014 perlu menekankan aspek keselesaan dan keselamatan para pengunjung dan pengurusan tempat letak kereta yang sistematik perlu dipandang serius oleh pihak yang berwajib.

Apapun we had fun that day kat dalam taman tu. The kids loved it, we are happy for them. Minggu depan diaorg kata nak pergi lagi .... hehehe.


We had fun! :



5 comments:

  1. wah..banyak gambar nie..best2...sesekali melayan karenah anak kan...mak ngn ayah pun terikut sama

    ReplyDelete
  2. Rasanya last akak pegi beberapa tahun yg lepas..beberapa tu tk ingat dah..tndanya dah lama hihi..
    Best kan..bukan takad tenguk bunga..benda2 lain pun ada..

    ReplyDelete
  3. skali lagi shark miss nk kesini,
    plan haritu mmg nk kesini,
    tapi stuck pulak kt wedding kazen,
    last2 g main belon besar kt setia mall
    hehe

    ReplyDelete
  4. Melayan kerenah anak2 dlm suasana yg mcm ni mmg menyeronokkan.. mmg best.. :)

    ReplyDelete
  5. Kami pusing2 je... Tapi tak bawa ank main pun... Sbb kecik lagi kn..last sekali hirup angin tepi tasik je..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.