Breaking

Wednesday, June 25, 2014

Giant Bubble Putrayajaya - Part 1


Assalamualaikum!

Memang nak jadi rezeki sungguh, benda yang kita tak rancang selalunya itu la yang terjadi kan! Alkisahnya, hari Sabtu lepas budak-budak ni dok tengok kartun tv9, tetiba keluar slot Bananana Squad tu dok tunjuk budak-budak main Giant Bubble di Putrajaya.

Kakak tercengang tengok buih-buih besar dalam tv tu, terus dia kalih kepala kat aku yang duduk kat sofa. Mulut sepatah apa pun tak kata, takut aku marah atau tak bagi pergi gamaknya hahaha. Tapi, dari ekspresi muka dia aku tahu dia nakkkkkkkkkk sangat gi sana. 

Kesian kakak ....

Malam tu, dalam bilik aku terus bagi cadangan kat Pak Jelan untuk bawak kakak & adik gi Putrajaya dan main benda alah tu. Maklumla, kakak minta nak gi Kidzania sampai sekarang kami tak dapek nak tunaikan. At least, kalau gi Putrajaya tu dan bagi dia main apa yang dia suka, terubat la sikit hati tu kan mihmihmih :p


Pas solat Subuh, kami takleh tido dah. Siapkan budak-budak pastu kami pi breakfast roti canai dulu kat kedai Mamak Bistro, Kg Pandan. Time ni walaupun waktu awal pagi lagi, tapi jerebu memang jelas menganggu penglihatan.

Kami ikut MEX, jadi sepanjang jalan dari KL-PUTRAJAYA, memang terbatas penglihatan dek jerebu ni. Keadaan pulak tak berapa nak berangin.




See! habis kabur tak nampak bangunan apa dah. Tapi, disebabkan kami dah janji nak bawak kakak & adik pi sana, maka kami teruskan perjalanan.




Dah parking kete, turun berjalan ke tepi jalan besar tu, ada pulak orang jual topi-topi cantik. Adik macam biasa la, muka selamba amik satu pi letak atas kepala. Ayahnya dengan wajah pasrah ikutkan aje kehendak anak keciknya tu hehehe.

Tanya kakak, dia taknak pasal dia cakap dia dah ada tudung. Tapi, bila nak balik dia pun minta topi yang sama gak hahaha. Tu la kakak tak tahan godaan tengok topi adik yang cantik tu kannnn.



Time ni, dia kontrol lagi senyum tak nampak gigi tu hahaha.




Well, inilah dia tempat persinggahan kami hari tu. Rupanya, kat Putrajaya ada FLORIA PUTRAJAYA 2014. Sungguh aku tak tahu menahu pasal ni. Tengok kat Bananana Squad baru tau muahahaha.

Mujurlah sempat pergi sana, itu pun last day! :p




Sebelum masuk kena bayar dulu la, itu stendet la. Tapi, tiket dia murah-murah. Aku tak ingatla dewasa berapa kanak-kanak berapa tapi bawah RM3 la. 




Benda alah ni la tempat pertama yang kami singgah. Alaaa turun je tangga tu belah kiri dah boleh nampak booth Giant Bubble ni. Diaorg punye eksited laaaaaaaa! Ko tengok muka diaorg sat gi hehehe.




Memang berbaloi main benda alah Giant Bubble ni. Murah nak mampos! Lagi murah dari main kad yang tabur serbuk glitter tu! Pastu ko boleh pilih pulak nak buat bubble besar mana. Ada RM2, RM3, RM6 kalau tak silap aku. 

Kakak & adik pilih yang RM3 tu. Pastu  budak pempuan yang rambut panjang mengurai tu bagi besen kecik (kaler merah) setiap sorang ngan sabun di dalamnya.

Haa korang main la puas-puas nak, senang hati ibu dapat tunaikan permintaan korang.



Mari kita saksikan wajah riang kanak-kanak ribena ketika bermain Giant Bubble di Putrajaya! muehehehe :p




Aku peratiiiiikan je Pak Jelan tu, tangan tu dah menggeletar nak pegang jugak la benda alah tu hahaha :p




See! dia tenungggg je bekas sabun tu dari tadi hahahaha :p




Sikit-sikit Pak Jelan berdiri dekat ngan budak-budak hahaha. Aku takleh la gini ... tau sangat dah tak tahan gelora dah tu! :p








Ahhaaaa! tudiaaaaaa!

'Akhirnyaaaaa ini benda aku yang punyaaaaa!' hahaha. 

Kesian adik miahahaha :p


Dah la tu bangggg. Sian ke anak ... (wakakaka)

Mira pun membawa diri ....





Mira tahu ayahnya pun teringin nak main bubble ni, takpelah Mira redho. Mira main kejar-kejar kasi letup itu bubble pun dah happy dah.

Tengok tu! kan nampak gigi depannya tu muahahahaha :p





Kat sini juga ada booth-booth pameran flora yang dihasilkan oleh pelajar dari pelbagai institusi pendidikan. Cantik-cantik hiasan bunga dan bahan-bahan yang telah dikitar semula dijadikan sebahagian dari landskap yang menarik! 



Aku cukup tak puas hati la! Tiap kali pun, gambar aku mesti yang paling sikit hehehe. Gambar kat atas ni je satu gambar yang aku ada dalam iPad & dalam handphone!!

Menci tau! menci! :p














Tak habis explore lagi ni.



Nantikan Part 2! (^_^)


22 comments:

  1. giant bubble tu memang nampak best sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mau tak best, sampaikan ayahnya pun selamba je main sama hehe :)

      Delete
  2. wahhh..seronoknyee..bapaknye mula2 tengok2 geram je..last2 da dapat xlepas terus..mira wat2 redha je la smbil lari2 pecahkan belon..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la ecah, kecik besar kecik besar je kita tengok perangai ayah diaorg ni hehehe :D

      Delete
  3. Eyza hari tu pg malam... nampak jugak ada budak2 main kat situ... tapi x singgah pun sbb ramai orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam memang ramai eyza, tapi lagi cantikla sebab ada lighting sume kan. Tapi orang ramai tu yg tak tahan tu :)

      Pergi siang pun okla best jugak :)

      Delete
  4. Tak sempat pun pergi hari tu. Ade planning nak pergi tapi tak kesampaian

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun memang tak rancang fadzi, tapi nak jadi rezeki budak2 ni sampai jugak ke sana :)

      Delete
  5. Wahh.. bnyknya gambar... mmg sgt2 best.. menyeronokkan.. :)

    ReplyDelete
  6. perghhh bestnyaaa.. tak pernah main giant Bubble ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best gak layan bubble ni ena, mak pak diaorg lagi jakun melayan haha :D

      Delete
  7. Seronok kakak ngan adik ibu tunaikan permintaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok la kot, tu pun minta nak pergi lagi minggu depannya hahaha.

      Delete
    2. Dh abih dh floria tu anak oi....if tiap2 minggu ada mmg aunty pun nak pi....

      Delete
  8. Wah bestnya...sesekali bawa anak2 beriadah tempat2 mcmni pn bagus jugak kan.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok gakla, Tp jauh kalau tuk penduduk putrajaya Okla. Tapi budak2 memang suka :)

      Delete
  9. ish selalu sgt saya terlepas event2 yg ada kat putrajaya ni...melopeh laie la den...

    ReplyDelete
  10. Teringat dulu2... Zumal buat bubble sendiri je taw :)

    ReplyDelete
  11. Wah bestnyer main giant bubble..Yg tak bestnyer sabun dia tu cikit sangatt kan hanim.bab pak jelan tu adoiii ..kecian Mira hehe..takpe la mira kasi peluang bapak layan bubble huhu.wah cantikw2 gambar..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.