Assalamualaikum!
Sebelum tu, Anim ingin berterima kasih kepada Kak Roshidayu yang sudi memberikan Anim peluang untuk bersama dalam majlis pelancaran yang serba meriah dan penuh bermakna. Terima kasih kak! (^_^)
Jenama Planta sudah sebati dalam masyarakat Malaysia yang kaya dengan makanan dan kuih muih tradisional. Kini, Planta bukan sekadar suatu jenama hebat dalam bidang masakan, tetapi peranannya dalam sumbangan komuniti dan kebajikan telah diperluaskan lagi dengan tercetusnya idea kempen amal ini.
Dan, sempena kedatangan bulan Ramadhan yang bakal menjelang ini Planta tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama membuat amal kebajikan dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Semestinya, usaha murni Planta ini dipandang serius oleh semua pihak dan sama-sama berganding bahu menjayakannya.

Majlis pagi itu diserikan lagi dengan kehadiran Serina O'Luanaigh, seorang aktres yang tidak asing lagi sebagai pengacara. Sesungguhnya, kepetahan beliau mengacarakan majlis tersebut turut menceriakan suasana dan tetamu yang hadir.
Majlis pelancaran kempen amal ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Unilever Malaysia & Singapore, En. Rakesh Mohan. Dalam ucapannya beliau turut menekankan bahawa masakan dari air tangan seorang ibu mampu membangkitkan perasaan kasih sayang dalam diri anak-anak.
"Planta sudah lama menjadi kegemaran kaum ibu dan anak-anaknya. Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada kaum ibu hari ini untuk meneruskan tradisi dan berkongsi air tangan mereka melalui pembuatan biksut yang ceria dan berwarna warni. Anak-anak pasti menggemarinya. Lagipun, tiada apa yang dapat menandingi kualiti masakan air tangan ibu yang dibuat dengan penuh kasih sayang"
Maka, untuk kempen amal Seceria Air Tangan Ibu ini Planta ingin bekerjasama dengan kaum ibu khususnya untuk menghasilkan 50,000 keping biskut buatan air tangan sendiri untuk diedarkan kepada rumah anak-anak yatim terpilih di Malaysia.
Seterusnya, pada majlis pelancaran tersebut turut dijemput untuk memeriahkan suasana ialah dua aktres popular yang juga merupakan ibu, iaitu Sharifah Shahirah & Sheila Rosly serta dua orang usahawanita berjaya yang sudi berkongsi pengalaman serta cerita-cerita lucu zaman kanak-kanak masing-masing.
Bagi anda yang berkesempatan menonton teaser segmen Seceria Air Tangan Ibu di kaca tv, pastinya anda akan teruja menyaksikan Sharifah Shahirah sebagai hos utama dan bakal mengongsikan resepi biskut yang mudah, sedap dan berwarna warni sempena Syawal ini.
Rancangan ini akan mula ditayangkan pada 11hb Jun 2014 selama tujuh minggu, menerusi segmen Wanita Hari Ini di TV3.
Dalam segmen ini, Sharifah Shahirah akan turut bersama ahli keluarga beliau, bersama-sama menyiapkan juadah biskut raya serta berkongsi cerita-cerita lucu yang pastinya membuatkan anda tersenyum di depan kaca tv.
Pada majlis pelancaran kempen Seceria Air Tangan Ibu ini juga, Sharifah Shahirah bersama Chef Rose Weiss turut menunjukkan dan mengajar kami membuat biskut Red Velvet sebagai menyahut cabaran sasaran menghasilkan 50,000 keping biskut.
Semestinya, pengalaman baru ini menjadi kenangan terindah buat kami sekeluarga. Anak-anak juga turut seronok dengan aktiviti membuat biskut raya ini.
Menerusi Beramal Bersama Planta, ibu-ibu boleh menghasilkan biskut dengan Planta buatan air tangan sendiri dan menghantar biskut berkenaan ke pasar raya Mydin dan Giant terpilih mulai 16hb sehingga 20 Julai 2014. Seterusnya, Planta akan menyalurkan sumbangan biskut tersebut ke rumah anak-anak yatim terpilih di Malaysia.
Orang ramai juga boleh turut serta untuk menyumbangkan dan Beramal Bersama Planta apabila mereka membeli Planta dan menghasilkan biksut di pameran bergerak yang disediakan di Mydin dan Giant terpilih.
Maklumat lanjut mengenai lokasi pasar raya Mydin dan Giant yang terpilih dan cara-cara menyertai boleh didapati di saluran YouTube Planta di www.youtube.com/resepiplanta.
Anda juga boleh mendapatkan resepi-resepi biskut dan kuih raya yang menarik untuk dijadikan juadah raya Syawal ini di saluran Youtube Planta.
Justeru, marilah kita bersama-sama berganding bahu menjayakan kempen amal Seceria Air Tangan Ibu bersama Planta ini dengan menghasilkan sasaran 50,000 keping biskut raya dalam tempoh yang ditetapkan.
Di kesempatan ini juga, Anim ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis pelancaran kempen amal Seceria Air Tangan Ibu ini, juga kepada Planta yang sudi menerima kehadiran kami sekeluarga.
Tak lupa juga, terima kasih kepada Planta dan The Saddle Coffee House yang sudi menjamu kami dengan hidangan sarapan dan hidangan tengah hari yang cukup lazat pada hari tersebut.
Layanan yang diberikan amat memuaskan.
Semoga kempen murni ini dapat menceriakan Syawal anak-anak yatim dan merasai kebahagian serta kelazatan masakan dari air tangan seorang ibu.

jenama planta nie dari kecik dulu dah guna...memang terbaik...
ReplyDeletewah...seronok budak berdua tu buat kuih kan..
bestnya kak anim. eh, terasa panggil diri sendiri pula.
ReplyDeletewah..seronoknyaaaaaaaaa
ReplyDeletewaaaaa seronok nyerrrrr
ReplyDeleteMmg suka msk guna planta suami dan dan anak sy suka mkn...
ReplyDeleteWah bestnya hanim.. =D
ReplyDeletePlanta mmg jenama yg dipercayai.. mmg sedap. Pilihan kami sekeluarga.. :)
ReplyDelete