Assalamualaikum!
Macam-macam yang ada zaman sekarang ni, handphone canggih, jam tangan canggih, baju sekolah canggih! Eh ehhhhh tu canggih lainnnn hehehe.
Baru-baru ni, Pak Jelan ke Pudu lagi. Amboiiii pelanggan tegar nampaknya Pak Jelan ni ye hehehe. Dia sanggup la berhimpit-himpit masuk lorong-lorong sempit tu nak membeli gajet bagai. Aku?? Baik aku tengok kartun Dora kat umah ngan anak-anak lagi beshhh hehe.
So, dia gi beli monopod sebenarnya. Sebab aku kenen juga ke dia sebelum tu, kalau dapat monopod yang murah-murah belikan la.
Inilah rupa monopod yang Pak Jelan beli tu. Kami mampu yang ni je. Walaupun bukan brand GoPro atau yang setanding dengannya, tapi aku dah puas berselfie dengan monopod ni.
Harga asal RM38, tapi dapat RM30.
Monopod ni ada tiga laras tau. Ko nak panjang mana, ko boleh setting kat laras 1, 2 atau 3. So, tangan aku kan panjang, kalau aku nak selfie aku cuma buka laras 1 hingga 2 je. Tapi kalau Pak Jelan yang pegang monopod tu, kena bukak habis laras 3 hehehe.
Ni 'leher' monopod. Ko nak laras menegak, ke kiri, ke kanan semua boleh. Pak Jelan pandai adjust ni.
Ginila panjangnya bila aku buka ketiga-tiga laras monopod ni. Kira ok la, panjang gak la tambah ngan tangan aku kalau pegang, lagi nampak cam jauhhhhhh je hehehe.
So, bila dah dapat monopod masing-masing mulala nak menerai kemahiran berselfie hehehe. Amboiii anak beranak ni kemain lagi diaorg!
Eeeiiii apasal mata aku cam terjojol je tu??? hahaha :p
Selfie kat kedai makan. Tak peduli dah kat orang sekeliling, punye la kemaruk nak buat outdoor-selfie hahaha.
Mira pulak mood dia baik sangat malam tu, tu yang pakai tudung tu hehe.
Hahaha tangan aku cam 'cacat' je! Mira plak boleh terselih kat tepi tu, tak bagi chan langsung mak pak dia nak berselfie together gether aihhh! :p
Dah la tu, penat aku berselfie. Seronok gak aktiviti family-selfie ni ye hehehe.
Sekian.