Assalamualaikum!
Dari awal lagi ibu dah cakap yang ibu takkan paksa anak-anak ibu berpuasa. Time ni anak-anak ibu berumur 7 tahun & 5 tahun. Kakak nak puasa berapa lama, ikut suka kakak. Adik nak puasa berapa lama ikut suka adik, taknak puasa langsung pun no hal!
Awal bulan haritu, kakak je yang bersemangat nak puasa. Sanggup bangun sahur walaupun dengan mata tertutup hehe. Tapi, dia bukan betul2 sahur pun, aku kejutkan dia bangun kul 6 pagi lepas azan subuh. Tak sampai hati plak nak kejutkan dia awal-awal huhu.
Mira buat duckface hehe :D |
Ntah kenapa, di hujung-hujung Ramadhan ni semangat bertukar plak ke adik! Awal Ramadhan, kakak cakap kakak hanya tahan puasa hingga tengahari. Fine... ibu tak larang as long as kakak sendiri yang nak puasa. Dapat sampai tengahari pun dah cukup bagus kak.
Yang adik pulak, tetiba request ngan ibu nak puasa sampai petang! hehe. Pergh! boleh ke dik? tak haus ke? biasanya adik selalu merungut ngan ibu haus dan lapar, tak tahan tengok kawan2 lain makan.
Masuk semalam, dah 3 hari adik berpuasa sampai petang. Adik boleh bertahan dari Subuh sampai petang pukul 6 lebih. Alhamdulillah! ibu macam tak percaya je adik boleh tahan selama tu! Memula ibu ingatkan adik main-main je cakap nak puasa sampai petang.
Sampaikan ibu pesan pada cikgu adik, kalau adik tak tahan boleh buka puasa tengahari. Tapi, adik mampu tahan sampai petang huhu.
Sebagai ganjaran kerana adik berjaya puasa hampir penuh 2 hari berturut-turut, ibu belikan mihun sup kegemaran adik untuk berbuka puasa kelmarin. Orang kata sebagai encouragement gitu hikhik. Tak pelahap pulak tu ibu tengok hehehe. Control je masuk mihun dalam mulut :p
Haaaa ini citer pagi semalam hehe. Kakak plan nak puasa sampai tengahari dan adik masih nak teruskan misi puasa hampir penuhnya hari ini. So, dua-dua ibu kejutkan bagun sahur paginya. Makan senang je, kakak minta nasi kicap dan adik nak roti Planta.
Biasalah mata mengantuk sedap tido pagi-pagi kan, walaupun dengan mata tertutup kakak masih mampu menyuap nasi kicap ke dalam mulut. Sampai terlentok-lentok kepala atas sofa wahahaha :p. Ibu peratiiiiiiikan aje pe'el kakak ni, nak tergelak pun ada!
Yang adik plak memang 'hantu' roti. Tapi dia memang boleh tahan lapar dengan hanya sekeping roti hehe. Dapat makan sekeping pagi tadi, dah cukup baik untuk dia. Haihhh terharu plak rasa .... semangat kakak dan adik nak puasa memang buat ibu sebak dan happy dalam masa yg sama.
Gitulah pesen anak-anak ibu dalam bulan puasa. Dulu zaman ibu, puasa ni tak best. Penat, lapar dan tak boleh main lebih-lebih sebab haus. Tapi, anak-anak sekarang especially kakak dan adik cukup bersemangat nak turut sama ibu & ayah berpuasa walaupun kami tak pernah paksa.
Semoga amalan berpuasa ini menjadi amalan buat kakak & adik bila dah besar nanti ye.
sikit2 dulu lama2 insyllah lekat la puasanyer..yg penting solat 5waktu kena tahu dulu..
ReplyDeleteInsyaAllah, apapun solat yang paling utama diajar kan. Galakan berpuasa tetap dialu2kan :))
Deletesemangat diorang tu bagus lah hanim,kesian pulak tengok anak2 berpuasa kan..at least taklah memaksa,biar secara sukarela...:)selamat menyambut hari raya hanim
ReplyDeletememang kesian tengok diaorg makan terlentok2 gitu hehe. Selamat hari raya kak ida :))
Deleteterbaek ler adik.
ReplyDeletesahur sampai kul 6 tu dh lama dh tue.
kiut miut duckface mira.
tu la shark, lain macam angin dia kali ni hahaha. Yang penting semangat tu kan :D
DeleteBtul tu...puasa xyah nk paksa2...yang kne paksa adalah solat...semoga jadi ank yang solehah yer...
ReplyDeletewah bagus, semangat mcm ni la yg kita nak. hehehe.. teruskan berpuasa dan jadi anak yg solehah ya, in shaa Allah :)
ReplyDeletehttp://blurplediary.blogspot.dk/2014/07/in-out-salam-perantauan-2014-drp-kami.html
sungguh bersemangat
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin yer Anim.. =D
ReplyDeletememang gigih adik dan kaka berpuasa..
ReplyDelete