Assalamualaikum!
Bila tiba 1 Ramadhan, bukan saja mak pak yang kena puasa tapi anak-anak pun sama eksited nak puasa. Tahun ni, kakak sedikit lewat datang semangatnya nak puasa hehehe. Takpe takpe, kita jalan slow-slow ok asalkan sampai, betoi dak?
Ramadhan ke-2, kakak request untuk bangun sahur bersama-sama ngan kami. Hari pertama dia 'tumbang' kul 9 lebih sebab tak bangun sahur langsung hehe. Tengok adik selamba buka dan makan roti strawberri terus dia cakap kat aku perut tak tahan nak makan huhu.
So, malam kelmarin dia tekad nak puasa di sekolah. Suruh aku kejutkan pagi dan ini je la yang dia nak makan pun. Actually, bukan makan pun .... just minum milo je! Itu pun pakai sudu, ade la 5-6 kali suap dalam mulut dia tu. Pastu, dia sambung zzzzzzzzzzzz.....
Balik sekolah semalam, aku tanyakan padanya samada dia puasa ke tak. Kat sekolah dia puasa katanya, sampai kat transit, pengasuh suruh makan nasi.
Punggaaaaa! haha.
Pastu dia kata dia sambung puasa balik sampai petang sebab duit belanja yang ayah bagi tertinggal dalam poket baju yang satu lagi ...
Dua kali punggaaaa! hahaha.
So, malam semalam adik pulak request nak bangun sahur dan berpuasa hari ini. Dua-dua aku kejutkan pagi tadi dan kali ni diaorg makan berat sikit ... nasi ngan kicap. Itu je la yang boleh masuk pun dengan mata tertutup hahaha.
Tak pasti samada adik & kakak mampu bertahan, dan aku juga tidak memaksa jika mereka tak tahan. Kita masa kecik dulu pun tak suka dipaksakan. Jangan sesekali anak kecil dipaksa, sebaliknya ENCOURAGE mereka. Bila mereka dipaksa, mereka akan rasa benda (puasa) tu susah. Tapi, bila kita tunjukkan happy-face dan ke-excited-an kita berpuasa maka mereka juga akan ikut enjoy sama insyaAllah.
yey. suka cara akak. kasi diorang rasa enjoy kan kak. islam tak suruh paksa pun..
ReplyDeletebuat mana yang termampu, asalkan diaorg suka nak buat benda (puasa) tu :))
Deletetak apa didik slow kan kak..nnt lama2 akan terbiasa..lya menabung cne :)
ReplyDeleteinsyaAllah ...:))
Deletehihihi..mesti lucu kan
ReplyDeletemau tak lawak, boleh plak pas makan nasi puasa semula hehe :D
Deletebiarlah mereka rasa enjoy berpuasa kan..nak paksa2 pun kesian kat kakak ngan adik...
ReplyDeletetu la kak, dari hari pertama lagi saya katakan nak puasa pun boleh tak puasa pun boleh. Tapi, anak yang baik akan cuba puasa takat mana yang dia mampu :))
DeleteSelamat berpuasa Kakak! jgn x puasa tau x dapat duit raya nanti haha. ckp camtu kat dia !
ReplyDeletetak leh jalan gak, mak pak dia cepat 'cair' dengan pujukan rayu budak kecil hehehe :D
Deletehahah..
ReplyDeleteterbaek ler cara kakak berpuasa,
mesti lagi bnyak cerita lepas nie.
Hahaha entah la ... ni pun dah fenin dah ni hehe :D
Deletehahaha kesian budak budak berpuasa. ramai tak mampu menahan lapar. its ok.
ReplyDeletetu la, musim panas la ni. Tapi takpe, yang penting semangat tu kena ada walaupun turun naik kan hehehe :))
DeleteBetul la cara kenit nie..kena slow2 didik anak utk berpuasa.. =D
ReplyDeleteinsyaAllah dear, harap diaorg boleh terima cara ni. Kalau takleh kita buat kot cara lain pulak :D
DeleteHehehe comelnyaaa depa.
ReplyDelete**SALE SEHINGGA 4 JULAI 2014!!!
http://nadyabubble.blogspot.com/2014/06/sale-jualan-penghabisan-stok.html
Alhamdulillah... tak pe slow2.. yg penting bagi mereka serasi dulu kan.. :) :)
ReplyDeletetakpe2 latihan utk mereka...sy dulu pn start puasa penuh pun dah lewat sgt masa darjah 4...hehe...
ReplyDeleteEntri terkini MINDAKABUR : Muat-Turun Video Youtube Dengan Cara Edit Pada URL Video
yang penting dorang belajar dari awal kan kak :)
ReplyDeleteselamat berpuasa! comel anak hang.
ReplyDeleteTak pe.. Bljaq pelan-pelan.
ReplyDelete