Assalamualaikum!
Kalau dikenang balik insiden semalam, macam-macam yang aku rasa. Nak nangis ada, cuak ada, geli hati pun ada. Seronok bila bos bagi cuti half day dan terujanya anak2 nak balik kampung sambut raya ngan atok & wan. Dan, kemudian musibah itu berlaku huhu.
Semalam lepas amik anak-anak dari sekolah masing-masing, kami terus patah balik ke KL untuk masuk hiway PLUS menghala ke arah Johor. Sebelum tu singgah kejap kat ATM stesen minyak di Shell sebelum masuk tol Sg. Besi, konon nak senangkan keje kuarkan duit pastu terus masuk tol.
Masuk kad, masuk pin nombor, pilih yang berkenaan dan tunggu duit keluar. Tunggu punye tunggu, tetiba kat skrin kuar 'transaksi tidak berjaya'. Huk aloh.....
Pehal pulakkk? ada duit kot dalam tu? apasal tak boleh bawak kuar?? Takpe ar .. tarik kad, masuk dalam kete dan terus memecut laju di hiway. Hati tergerak nak check balance duit kat bank, tertanya2 naper takleh kuarkan ATM, padahal tu ATM CIMB yang ada MEPS??
Check kat balance tengok dok ada 'RM7.50'??!! Balance sebelum dok ada RM248.50! Aku nak kuar RM240+tolak RM1 caj perkhidmatan, tapi dia kata transaksi tidak berjaya?!! Asssudoh!!
Duit aku kena telannnnnnn1 >.<
Pak Jelan jenis selamba cool je, suruh aku call operator Bank Rakyat dan report masalah aku ni. Call punya call, mujur aku ada simpan resit ATM CIMB tadi, gunakan tu aje sebagai rujukan. Sedih memang sedih, banyak gak amaun tuuuuu. Tambah sedih bila operator tu cakap, report akan disiasat dan ambil masa 14 hari bekerja!
Huh!
Dalam hati, aku redho je la. Nak sedih , marah-marah pun bukan boleh dapat time tu jugak. Nak sumpah-sumpah seranah mesin atm tu bukan aku dapat apapun, dosa lagi ade! Duit tu adalah rezeki blogging job aku. Aku relakan kalau dia bukan milikku.....
Sampai Melaka, aku citerkan pada mak. Mak kata nak buat cemana, tunggu je la 14 hari bekerja, kalau ade rezeki aku ngan duit tu.
Petang tu aku try check lagi balance dalam akaun, kot2 ada duit masuk dari blogging job yang lain ke. Subhanallah! terpana aku melihat baki dalam akaun ....
RM241 aku kembali menjadi milikku! Allahuakbar .... ! :)
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan Sekelian Alam yang Maha Mendengar Doa hamba-hambaNya yang lemah.
Terima kasih pada rakan-rakan yang mendoakan aku semalam, sungguh doa kalian dimakbulkan Allah :). Hanya Allah dapat membalas segala kebaikan yang korang hulurkan.
Sungguh ... jika kita redho dengan musibah yang menimpa ke atas diri kita dan terima segala ketentuanNya, maka Allah akan gantikannya dengan yang lebih baik!
Maha Suci Allah ....
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat Anim sekeluarga. Maaf zahir & batin.
ReplyDeleteSalam ceria Aidilfitri dari saya... :)
Syukur ada duit lgi. hehe ;)
ReplyDeletealhamdulillah...rezeki anak-anak hanim...
ReplyDelete