Assalamualaikum!
gambar hiasan |
Kebenaran Islam mengenai kucing sejak 1500 tahun dahulu.
Nabi s.a.w menekankan dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah dibolehkan untuk berwuduk menggunakan ai bekas minuman kucing.
Kenapa Rasulullah s.a.w berani mengatakan kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya bagaimana Nabi s.a.w tahu badan kucing tidak mempunyai najis?
Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi berbagai2 benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok menguncup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis air pun yang jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing itu sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Bukti Dari Kajian Sains
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir dan ekor. Pada bahagian2 tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan di bahagian2 tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah;
- Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, walaupun diambil berulang kali.
- Tempat yang sengaja kuman diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman, jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
- Cairan yang diambil dari permukaan lidahnya juga tidak mempunyai kuman.
- Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman biasa seperti yang terdapat dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti, enterobacter, streptococcus, staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak sekitar 50 000 pertumbuhan.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang berkaitan, Dr George Maqshud ketua laborotarium di klinik haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Selain itu, Dr Gen Gustafsiri menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klink haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang diberi nama Lysozyme.
Kucing tidak menyukai kerana air merupakan tempat yang subur untuk pertumbuhan bakteria. Tujuannya, agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadikan faktor mengapa kuman tiada pada tubuh kucing. Kucing juga sangat suka menjaga kestabilan suhu badannya.
Hadith-hadith Mengenai Kucing
- Kabsyah binti Kab Bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wuduk. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.
"Perhatikanlah", Abu Qatadah berkata, "Apakah kamu hairan?." Kabsyah menjawab, "Ya". Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Kucing yang suka berkeliling rumah (binatang rumahan)."
(HR At-Tarmidzi, An-Nasai, Abu Dawud dan Ibnu Majah)
- Diriwayatkan Ali bin Al Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi s.a.w pergi ke Bathhan, satu daerah di Madinah. Lalu Baginda s.a.w berkata, "Ya Anas, tuangkan air wuduk untukku ke dalam bekas." Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai Nabi menuju bejana. Namun, terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian tersebut, Nabi s.a.w berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwuduk.
"Ya Anas, kucing termasuk di dalam perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu malah tidak ada najis."
- Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Ai'syah ternyata Ai'syah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Ai'syah selesai bersolat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Ai'syah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Ai'syah lalu memberikan bahagian yang disentuh kucing dan Ai'syah memakannya.
"Ia tidak ada najis, ia binatang yang berkeliling." Ai'syah pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk dari sisa bekas jilatan kucing.
(HR Al-Baihaqi, Abd Al-Razzaq dan Al-Daruquthuni)
Kalaulah bukan dari wahyu Allah sudah tentulah Rasulullah s.a.w tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang ditemui oleh para ilmuwan zaman moden ini telah diketahui ilmunya oleh Rasul kesayangan kita Nabi Muhammad s.a.w sejak 1500 tahun lalu.
Wallahualam.
SubhanaAllah, inilah fakta tentang diri kucing sebenarnya... Ena memang pecinta kucing!!! Gerammm tengok kucing, comel sangat!
ReplyDeletedah la kucg-kucg comel jerrrrrrr...hehe
ReplyDeleteFiza suka kucing..seronok bela kucing ni :)
ReplyDeleteNice sharing dear.. tertiba rasa mcm nak bela kucing balik.. :(
ReplyDeleteSubhanallah... bagusnya artikel ni. Thanks sharing ilmu yg bermanfaat ini Anim.
ReplyDeleteNice sharing entry nie
ReplyDelete