Breaking

Friday, July 04, 2014

OmarSeries WAJIB Tonton!


Assalamualaikum!



Wallahi, aku dah jatuh cinta dengan Telefilem #OmarSeries ni! Saat aku menontonnya di halaman FB seorang sahabat, aku terus terpaut untuk menonton episod demi episod. Jalan ceritanya sungguh kemas dan padat. 

Sebelum tu, izinkan aku perkenalkan pada korang telefilem yang dibawakan khas oleh MBC (Middle East Broadcasting Center) Group, iaitu OmarSeries.

Rentetan peristiwa di awal kehadiran Islam di kalangan masyarakat jahiliyah Quraisy, dengan permulaan dakwah Baginda s.a.w di kalangan ahli keluarga dan sahabat rapat. Kemudian, ia berkembang sedikit demi sedikit dengan pengislaman para sahabat baginda s.a.w yang kita kenali seperti Hamzah Abd. Mutalib, Umar Ibn Al-Khattab, Bilal Ibn Rabah dan ramai lagi.



'Pembesar Quraisy' berkumpul dan membincangkan sesuatu

Aku terpegun melihat barisan pelakon dengan karakter masing-masing, menampakkan ia seolah-olah benar-benar berlaku di hadapan mata! Cerita ini benar-benar 'hidup'! Tak pernah ada filem yang sebegini yang pernah menyentuh hati dan perasaan aku...

Di sekolah, kita sudah didedahkan cerita dan sejarahnya. Tapi filem ini membuatkan pemahaman aku lebih jelas tentang zaman kegemilangan Islam di zaman Rasulullah s.a.w. 


Saat Umar al Khattab mendapat perkhabaran kewafatan Nabi s.a.w

Mungkin aku bukan pengulas filem yang pandai mengulas review tentang sesuatu filem, tapi untuk telefilem ini aku sangat syorkan pada korang semua untuk menontonnya. 


Wallahi, korang akan suka dengan jalan ceritanya, dan akan sentiasa ingin menontonnya sehingga habis!



Barisan pelakon dengan karakter masing-masing.
Dari kiri:'Hamzah Abd. Mutalib, 'Umar Al Khattab',
'Ali Bin Abi Talib' & 'Abu Bakr as Siddiq'


Juga diselitkan cerita bagaimana datuk Baginda s.a.w, Abu Talib yang setia mempertahankan baginda s.a.w dan agama Islam hingga ke akhir nyawanya, juga pengkhianatan yang dilakukan oleh bapa saudara baginda s.a.w, Abu Jahal atau dalam cerita ni, dia dipanggil Abu Al-Hakam. Tak kurang juga, onar yang dilakukan oleh Abu Lahab dan isterinya sehingga Allah menurunkan surah Al-Masad. 

Tak lupa juga bagaimana taatnya keluarga Sumayyah yang menempuhi seksaan dari tuan mereka iaitu Abu Jahal yang akhirnya menyebabkan Sumayyah dan suaminya syahid. Kemudian, kehidupan Bilal Ibn Rabah yang menjadi hamba kepada tuannya, Umaiyah Bin Khalaf sehinggalah tuannya mendapati Bilal memeluk Islam, lalu diseksanya di tengah padang pasir bersama dengan yang lain. Namun, akhirnya Bilal Ibn Rabah diselamatkan oleh Abu Bakr as Siddiq r.a.


Saat 'Umar Al Khattab' dibukakan hidayah memeluk agama Islam

Aku sangat tertarik dengan karakter yang dimainkan pelakon ini yang memegang watak Umar Al-Khattab, yang pada awal ceritanya dia menentang Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. Namun begitu, sifat tegas, adil, berani dan lantang menyuarakan kebenaran akhirnya dapat melembutkan hati Umar Al-Khattab r.a untuk memeluk Islam. 

Seriously, korang takkan bosan menontonnya. Malah, mungkin korang akan menitiskan air mata pada episod-episod tertentu terutama ketika Masjid Quba yang pertama didirikan di Madinah dan Bilal Ibn Rabah r.a  melaungkan azan di atas bumbung masjid dan saat Hamzah Abd. Mutalib gugur syahid diserang dengan lembing oleh seorang hamba bernama Wahshi. 

Wahshi dijanjikan kebebasan dan harta benda oleh Hind seandainya dia dapat membunuh Hamzah Abd. Mutalib. Korang tau kan apa yang Hind ingin lakukan pada Hamzah Abd. Mutalib?



'Hamzah Abd, Mutalib'

Betapa hebatnya jalan cerita ini, tidak pernah mendatangkan sekelumit kemusykilan dalam hati malah aku hanya ingin menontonnya lagi dan lagi! Peristiwa perang Badr, perang pertama bagi orang Muslim menentang jahiliyah Quraisy juga dapat dilihat dalam filem ini. Dalam Perang Badr, seperti yang kita maklum tentera Islam meraih kemenangan besar dengan hanya berbekalkan seramai 300 orang tentera fisabilillah berbanding 3000 tentera Quraisy. 




Kemudian, tibanya Perang Uhud yang menyaksikan kekalahan tentera-tentera Islam kerana tidak mendengar arahan Rasulullah s.a.w yang mahu tentera Islam kekal di kedudukan masing-masing (di atas bukit), namun apabila melihat ghanimah (harta rampasan) perang , tentera Islam alpa dan disitulah tentera musyrikin Quraisy mengambil kesempatan menyerang dari atas bukit. 


Kat mana nak tonton?

Tak perlu pergi jauh, just search kat 'OmarSeries' di YouTube dan korang akan jumpa. Ada 30 episod keseluruhannya lengkap dengan subtitle English. Jadi, takda masalah dan alasan untuk tidak menontonnya.





Jujurnya, terlalu banyak yang aku nak kongsikan di sini dengan korang tapi aku yakin korang tentu dah tahu jalan cerita seterusnya kan? Justeru, aku mohon korang tontonlah filem ini dari awal hingga habis, kerana demi Allah korang takkan rugi sedikit pun. Ini sejarah kita .... sejarah umat Islam di zaman kegemilangannya. Zaman Nabi s.a.w bersama para sahabat berjuang menegakkan syiar Islam dengan cara yang terbaik dan terhebat. 

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, aku ingin menyeru kepada korang jika ada kelapangan sudi-sudikanlah menonton telefilem tentang sejarah kebangkitan Islam di zaman Nabi s.a.w ini. At least, jika anak bertanya pada korang tentang Nabi s.a.w dan para sahabat, korang ada jawapan yang tepat untuk mereka.

Cerita yang kita dengar zaman budak-budak dulu, atau yang kita dengar sekarang dari ustaz/ustazah tidak dapat dibandingkan kehebatannya dengan kita menonton filem ini dari awal hingga habis. Dialognya hebat, karakter yang dimainkan sungguh halus dan mantap. WAJIB tonton!



14 comments:

  1. Nice sharing kenit.. kena tengok kat umah nie..baru best nak layan..=D

    ReplyDelete
  2. ika suka cerita mcm ni, lebih-2 lg klau vesi kartun, hehe sbab scara tak langsung dpt ilmu jgak kan, bgus la klau jnis org mls nk baca, bleh trus tonton, mcm sya la..hihi

    ReplyDelete
  3. impressive! insyaAllah saya akan tengok.. :D

    ReplyDelete
  4. akak tak pernah pulak tengok cerita nie..nak layan jugak la..

    ReplyDelete
  5. Pernah tgk... Mmg tersentuh.. Sirah Nabi s.a.w yg mengagumkan..

    ReplyDelete
  6. terima kasih kongsi pasal ni. Sgt2 menantikan kisah2 baginda dan sahabat dapat difilemkan. Kalau dulu hanya melalui penceritaan dari mulut dan secara lisan, sekarang dah dpt lihat dgn mata. Papepun terima kasih. Boleh download bg tengok kat sape2 ni..

    ReplyDelete
  7. Saya dah download kesemua episod.. nak download senang? install je utorrent dan download kat torrentz.eu... Memang best..ada part2 tu y buat kita rasa "owh..camni rupanya" Jom lawat dan komen sket laman baru saya - stanzaku :)

    ReplyDelete
  8. Bagus ni. Boleh menonton sekeluarga juga. Thanks sharing Anim.

    ReplyDelete
  9. Salam Ramadhan & Salam Perkenalan..
    Nanti jemput join GA saya ye :)
    http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html

    ReplyDelete
  10. wow...bagus...tontonan yang sesuai untuk seisi keluarga....

    ReplyDelete
  11. bagus ni, nak tengok jugak

    ReplyDelete
  12. Kalau dulu masa tggu time berbuka..telemovie Arablah jadi tontonan di rtm..dan skrang mcm bnyak hiburan lain yg menenggelamkan minat kpd cerita2 sirah nabi saw... Bagus hanim share di sin..boleh merujuk di Utube. Tq.

    ReplyDelete
  13. Entri yg bagus!!

    - www.aominecchi.blogspot.com -

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.