Breaking

Thursday, August 28, 2014

6 Perkara Yang Patut Diketahui Bila Anak Berusia 7 Tahun


Assalamualaikum!


Membentuk sahsiah dan keperibadian anak-anak seawal usia mereka 7 tahun antara tugas paling mencabar bagi kita yang bergelar ibu dan ayah. Bukan mudah nak melentur dan mencorak karakter anak di awal usia yang baru nak memahami erti dan hakikat kehidupan yang sebenar. 

Sebagai ibubapa, kita pasti ingin anak-anak kita menjadi insan yang terbaik samada dalam pelajaran mahupun kehidupan. Sebab itu, didikan awal dalam keluarga penting sebagai permulaan untuk menjadi insan yang hebat luaran dan dalamannya.


1. Belajar tentang adab & Sunnatullah
  • Segala jenis adab dari bab makan sampai keluar jamban. Jadikan Nabi s.a.w sebagai role model dalam membentuk jiwa anak-anak kita supaya berakhlak mulia seperti baginda. Bagaimana duduk ketika makan, masuk/keluar masjid langkah kaki mana, perlukah menyampuk ketika orang tua sedang bercakap dan sebagainya. Kalau time ni kita nak bawak anak-anak gi solat di masjid, molek dah. Tapi, terangkan pada dia tentang adab-adab ketika berada di masjid.

  • Belajar adab bukan setakat untuk dilihat oleh orang lain, tapi sebagai perisai kepada akhlak yang tidak bermoral. Sekecil-kecil adab yang baik kita ajarkan pada anak, insyaAllah sedikit-sedikit ia akan mencorakkan watak dan karakter yang baik dalam diri anak itu tadi.

2. Ajarkan doa-doa harian
  • Kebiasaannya, ibu bapa sudah mengajarkan anak-anak doa-doa harian yang mudah seawal usia mereka 1 tahun. Mulakan dengan doa-doa pendek dan mudah seperti doa sebelum makan, doa sebelum tidur, doa masuk tandas dan doa sebelum belajar. 

  • Jika kita nak anak-anak fasih dan hafal semua doa, jadikan doa-doa tadi sebagai amalan dalam kehidupan seharian. Tiap kali nak masuk/keluar tandas, sebelum makan dan sebelum tidur. Jangan pula kita suruh anak hafal semua doa, tapi kita sendiri tidak pernah membaca doa di hadapan mereka. 

3. Amalan zikir 
  • Mungkin ramai ibu bapa yang terlepas pandang amalan berzikir ni. Aku juga begitu dulu. Kita mahu anak-anak kita celik al-Quran, fasih baca-surah lazim, pandai hafal doa tapi kita terlupa untuk mengajarkan mereka zikir. Di peringkat umur 5 tahun, kita dah boleh mula ajarkan zikir-zikir mudah seperti 'Subhanallah','Alhamdulillah','Allahuakbar' atau 'Lailahaillallah' yang disebut berulang-ulang.

  • Tidak seperti hafalan doa dan bacaan surah-surah lazim, berzikir ada iringan lagu jadi anak-anak seawal umur 5 tahun dah boleh ikut sikit-sikit kerana pada peringkat ini, penerimaan muzik sangat mudah meresap masuk ke dalam jiwa mereka.

  • Dan, disebabkan kakak sudah berumur 7 tahun aku tambahkan satu lagi amalan iaitu Asmaul Husna. Pertama kali kakak dengar di Youtube, dia jatuh cinta dengan nasyid Asmaul Husna tu. Mula-mula memang susah sikit sebutannya, tapi bila dah biasa disebut dan diamalkan ia akan jadi mudah insyaAllah.

4. Bercakap benar & bohong
  • Percakapan yang benar atau bohong akan menjadi titik permulaan kepada pembentukan karakter sebenar seseorang anak itu. Pada peringkat ini, anak-anak mungkin akan mula bercakap tidak benar dan menyembunyikan perkara-perkara yang difikirkan mungkin akan mejadi kesalahan di mata ibubapanya.

  • Ketika inilah kita perlu mengajarkan mereka tentang perlunya kita bercakap benar dan faedahnya kepada diri kita dan orang lain. Jika tidak ditegur atau diperbetulkan, takut ia akan menjadi sebati dalam jiwa anak-anak dan akan terus berbohong. 

5. Dosa & Pahala
  • Penerangan mudah tentang konsep dosa & pahala. Percayalah, mereka pasti akan bertanyakan anda banyak soalan mengenainya, tapi inilah laluan proses yang perlu mereka lalui untuk lebih memahami tentang perkara yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

  • Sebagai ibu bapa, bantu mereka untuk mengenali Allah s.w.t, syurga & neraka serta membezakan perbuatan yang boleh mendatangkan dosa dan amalan yang boleh memberikan pahala. Ia mungkin akan jadi sukar (believe me it will get harder!) dengan 1001 soalan yang anda mungkin tidak pernah dengar sebelumnya, tapi kesanggupan anda untuk melayan setiap pertanyaan mereka akan mendorong mereka untuk melakukan perkara yang baik dan menjauhi laranganNya.

6. Berkelakuan baik 
  • Termasuk mengalah dengan adik yang lebih kecil. Konflik adik beradik ni memang wujud sejak dari kecil terutama jika jarak umur antara mereka rapat. Dedahkan mereka dengan konsep berkongsi dan sentiasa berusrah dengan mereka selepas solat. Jika terdapat pertelingkahan antara mereka, leraikan dengan baik dan tegur/nasihat kakak di tempat yang tidak didengari oleh adiknya.

  • Ibubapa juga perlu menerangkan anak-anak tentang kaedah pergaulan yang baik dengan rakan-rakan sebaya. Tidak sesekali mengasari kawan-kawan dan tidak pula mengikut perangai mereka yang tidak baik. 

Proses di atas memang tidak semudah yang kita sangka. Tapi, itulah usaha yang boleh kita mulakan di peringkat awal usia anak-anak. Banyak lagi perkara yang kita perlu terang dan fahamkan mereka, tetapi semuanya perlu dilakukan secara berperingkat dan mengikut keadaan.

Sebaiknya, kita terapkan amalan murni dalam kehidupan kita sebagai orang dewasa, agar anak-anak dapat mengikuti contoh yang baik dari ibubapanya. Semoga perkongsian ilmu yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat barang sedikit dalam diri kita semua insyaAllah.


p/s: Malam tadi aku kena tarbiyah dengan kakak sebab masuk jamban tak tutup kepala hehe. Walaupun kita lebih tua dari mereka, tidak bererti mereka tidak boleh menegur kesalahan kita. Aku say sorry dan senyum kat dia, sambil cakap lepas ni ibu tutup kepala hehe.


5 comments:

  1. Lya setuju pndpt yg akak utarakn ni..nak mndidik Ank biarla sejak dri kecil lma2 akan trbiasa.lya takenote

    ReplyDelete
  2. anak umur 7 tahun,
    shark ntah umur berapa ketika itu,
    hehe.
    harap2 sempat ler ajar diorg nnti.

    ReplyDelete
  3. Tq hanim! Point yang menarik. Insya Allah nak cuba buat kat anak-anak saya.

    ReplyDelete
  4. Nice entry... Pnduan utk syjuga..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.