Breaking

Friday, August 08, 2014

Aktiviti Wajib Bila Balik Kampung!


Assalamualaikum!

Aktiviti wajib aku setiap kali balik kampung. Tangan ni mesti nak berkebun! Eh, syok la berkebun, terasa klimaksnya bila ko berjaya bersihkan semak-semak kat kebun atok tu wahahaha :p

Balik raya minggu lepas pun aku tak lepaskan peluang memeluhkan diri dengan aktiviti membersihkan kebun abah dan belakang umah. Boring giler asyik duk dalam umah layan citer kat astro yang dah berapa kali punyer ulang ntah sambil kunyah kuih tart mak sampai habis sebalang! hehe.

Tak boleh jadiiii.... kene eksais!



Pokok pisang ni la target utama aku hari tu. Sakit mata nengok daun pisang yang mati terjuntai-juntai terjelai-jelai hehe. Bikin serabut paler otak je! Aku cakap kat mak, petang ni aku nak caras segala daun-daun pisang yang dah mati tu. 




Pastu mak suruh aku petik sekali cili padi kat belakang umah. Hidup segar cili padi mak ni hehe. Abah cukup suka makan pedas-pedas ni dan kalau mak masak lauk mesti ada side dish cili padi yang pedas medas ni. Takyah susah payah beli di kedai, yang ni segar dari pokok petik, basuh dan terus ngapp!





Haaa ni yang aku malas nak wat keje ni, asal aku wat keje je dua budak kenit ni mengekor.

"nak tolong buuu..nak tolong petik cili. Boleh la buuuuuu"

Tak bagi kang, dia mencebik mulut pastu mata mula berair. Hurmm sambil dia nolong, aku tengok-tengokkan. Mak tak bagi petik ngan tangan takut rosakkan pokok cili tu. Sebaiknya gunakan gunti dan gunting bahagian tangkai cili tu je, barulah senang sikit keje hehe.





Yang kenit no.2 ni pun nak tolong jugakkkkkk. 

Hurmm....



Cer tengok style rambut Mira, ni pak dia punyer keje la ni. Kiter suruh potong rambut depan je sebab jambul tu dah nak masuk dalam mata dah tapi hasilnya jadi macam ni pulak! Habis tobek rambut orang tu ditrimnya! 

Dah rupa macam anak kemboja dah hehe :p



Hasil tuaian kami hari tu. Ada orang panggil cili kampung, ada yang panggil cili burung. Ini kalau makan telur mata letak kicap hadap ngan nasi panas-panas perghhhh! Mau berasap telinga masing-masing! hehehe :p. 




Haaaa baru nampak kemas sikit kebun pisang abah aku ni, sedap mata memandang Barulah nampak cam kebun pisang kan! Sebenarnya, bukan ni je pokok pisang yang abah tanam, ada lagi kat belakang umah ngan dalam kawasan reban ayam tapi malas nak amik gambo sumer hehe. Yang ni je target utama aku pun.

Puas rasa dapat bersihkan kebun abah. Tak perlulah abah nak hadap kebun dia sangat pasni. Pak jelan pulak dah tolong mesinkan rumput minggu lepas, so ringan sikit keje abah di situ. 

Aku teringin nak memiliki sebuah rumah macam ni satu hari nanti InsyaAllah. Rumah kayu pun takpe, asalkan sebiji gitu macam rumah kampung. Tak suke la duk rumah bertingkat-tingkat ni, nak bergerak sana sini pun payah apatah lagi nak berkebun lagi tak puas kan! Bila la aku dapat balik kampung lagi yek ....



18 comments:

  1. bila balik kampung ,mak akan kerah cucu2 dia kemas belakang rumah...ada je aktiviti nenek nak bagi kat cucu dia..memang seronok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan kak..ni pun rindu dah nak balik kg semula hehe :D

      Delete
  2. wah seronok tu..dapat juga keluarkan peluh,tapi yang lagi seronok sebab ramai ramai turun kebun kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ramai seronok gak, tapi kalau tak ramai pun takpe sebab privacy sikit nak wat keje hehe :D

      Delete
  3. Duk kampung mmg best.. Mcm2 ada.. Byk aktiviti nk buat petang2.. Berkebun, sapu daun2 kering pastu bakar.. Bg ayam makan.. Mcm2lah kan? Tp duk bandar ni, nk2 umah tingkat2 cam sarang burung ni, xdela nk merasa nk buat tu semua.. Main duk pusing2 dlm umah jela.. Boring.. Huhu..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Rosmiza duduk rumah bertingkat2 ni memang tak puas rasanya. Space terhad plak tu huhu.

      Delete
  4. aik sama je hobi kite ni ek bila balik kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama eh cik lily hehe gimme hi 5 skit! hehe :D

      Delete
  5. kat belakang rumah ena ni pun banyak tanaman yang ayah ena tanam.. cili la, mengkudu la... tak payah susah2 beli kat kedai dah.. petik je kat belakang rumah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. untungla ena, senang nak berkebun kan. Nak makan segar2 petik saja dari ladang ... eh eh kebun hehehe.

      Delete
  6. Alhamdulillah hazmin, dengan adanya kebun ni bolehla nak tanam apa yang patut. Rasa2 nak makan cili, petik je! hehehe :D

    ReplyDelete
  7. Power tu cili padi bunting tu. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cili bunting?? haaaa rare betul nama tu haha :D

      Delete
  8. Wah rajin berkebun time2 raya yer ^_^

    ReplyDelete
  9. bestnya ada kg boleh jugak berkebun yer.. lagi best kalau berkebun dgn anak2.. tak la terasa sangat penat berkebun tue kan..=D

    ReplyDelete
  10. Seronoknya.. Berkebun terapi stress..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.