Assalamualaikum!
Memang dah jadi kebiasaan, tiap kali balik kampung mak pasti akan masakkan lauk berasaskan ayam kampung untuk anak-anak & cucu-cucu tersayang. Dan, tiap kali nak balik KL mesti dibekalkannya ayam sekor sorang untuk dibawa balik dan masak di rumah masing-masing.
Kari ayam kampung yang aku masak ni biasa-biasa je. Takda masuk rempah special pun tapi diakui syiokkk! hehe. Ni testimoni dari anak-anak aku sendiri, biasa kalau dengar "kari", oohh tak mo la! Pedas! Tapi, bila aku suapkan diaorg nasi ngan kari ayam kampung ni, baru diaorg tau langit tu tinggi ke rendah! hahaha :p
Kari Ayam Kampung
Oleh : Hanim Hashim
Bahan-Bahan :
- 10 ketul ayam kampung
- Bahan menumis 4 serangkai (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga)
- 1 biji kelapa parut (kalau nak guna santan ready-made pun boleh)
- 5 biji bawang kecil (dihiris halus)
- 5 biji bawang putih (dihiris halus)
- 1 asam keping
- 1 peket kari ayam Adabi (Faiza pun boleh)
- 1 batang daun kari (petik belakang umah mak je)
- Air masak (untuk kasi empuk daging ayam pasal ayam kampung kan liat sikit)
- Garam pelengkap rasa
Cara-caranya:
Panaskan minyak dalam periuk, cam biasa tumis dulu bahan 4 serangkai. Bila dah terbit bau wangi, masukkan hirisan bawang kecil dan bawang putih pulak. Tumis sampai kuar bau wangi dan cobek sikit daun kari masukkan sekali nak kasi wangi bau daun kari meresap dalam bawang. Api sederhana weh!
Rempah kari ayam Adabi tadi aku campur air sikit, kasi kacau sampai jadi pes gitu. Agak-agak dah sebati aku masukkan dalam periuk dan kacau lagi. Kacau kasi rata serbuk kari tu dengan bahan2 yang ada dalam periuk tu tadi. Api takleh kuat, kang serbuk kari berkerak kat dasar periuk dah tak sedap rasa! Kacau sampai naik minyak tau.
Bila semua bahan tadi dah sebati dan rempah pun dah kuar minyak, aku masukkan ketulan ayam kampung tadi dan kacau sehingga rempah-rempah tu sebati ngan ayam.
Pastu aku masukkan air masak pulak. Paras tu agak-agakla nak masuk banyak mana, macam aku buat ni aku masukkan air paras atas sikit dari ayam tu. Disebabkan aku guna ayam kampung, maka nak kena kasi empuk dulu daging ayam tu, so nanti senang nak makan kan. Biarkan menggelegak seketika.
Bila dah menggelegak, aku masukkan pulak santan yang diperah tadi. Aku perah sekali je santan ni malas nak buat dua kali perahan hehe. Lagipun, aku dah masukkan air masak tadi, jadi tak perlulah nak masukkan santan cair lagi. Terus masukkan santan pekat ke dalam periuk dan kacau hingga sebati. Masa ni, aku letak lagi daun kari untuk menambah wangi dalam masakan. Penat mak aku petik, takkan taknak guna kan hehe.
Masa ni, api aku perlahankan. Aku biarkan ia menggelegak dan sambil-sambil tu aku masukkan asam keping dan kacau lagi.
Lastly, baru aku letakkan garam dan biarkan ia masak seketika lagi. Sedia untuk dihidang! ^^
Ikut suka nak letak kentang atau tidak, masing-masing punya selera. Kari ayam kampung yang aku buat ni tak pedas walaupun letak sepeket kari ayam hehe.
Ada orang suka makan ayam kampung, ada orang tak berapa suka. Aku dulu pun tak berapa berahi ke ayam kampung. Pasal dagingnya liat pastu kecik bebenor rasa macam tak puas makan kan hehehe. Lagipun, tengok daging ayam kampung cam lebam lebam sikit gitu kan.
Tapi, bila baca macam-macam kes pasal ayam ni kat media, aku jadi fobia plak! Ayam mati kena renjatan letrik la, ayam mati kena tebuk la, ayam mati dalam air panas la pastu gi jual kat orang ramai! Aku pun dah tak berani nak gi beli ayam semberono gitu, aku lagi rela mengejar ayam mak pastu abah sendiri sembelih dan proses ayam tu sampai jadi lauk. Baru lega masuk dalam tekak ni hehe.
Selamat Mencuba! ^^
sedap nyerrr....
ReplyDeletesedap tu...lagi2 ayam kampung...nyum nyum
ReplyDeletelama dah tak makan ayam kampung...adik2 akak nie kurang minat dgn ayam kampung..akak pun tak tau kenapa..nak je pedajal adik2 masak ayam kampung..hehe
ReplyDeletefarah pn tak berapa suka ayam kampung sebab liat la..hehehe.. thanks anim share resepi nie.. nanti boleh try..=D
ReplyDeleteAkak, ada beza ye rasa ayam kampung dengan ayam biasa?? Tak pernah buat experiment ayam kampung dengan ayam biasa... main ngap je selama ni XD
ReplyDeleteada beza ena, tapi takda la sampai nak buat eksperimen sayangggg! wakakaka :p Ayam kampung lebih manis rasanya berbanding ayam daging, tapi liat sikit dagingnya hehe. Saiz pun tak sama, ayam kampung lebih kecil berbanding ayam daging biasa.
DeleteKecur lidah nengoknye hah :D
ReplyDeletehttp://santanmanis.blogspot.com/2014/08/resepi-kek-batik-yang-senang-mudah.html
Sdp resepi kari ini terasa rasa
ReplyDeleteDah lama tak makan kari ayam kampung nie ^_^
ReplyDeleteLama x mkn kari ayam kg..
ReplyDeleteayam kampung baik untuk kesihatan :)
ReplyDelete