Breaking

Tuesday, August 05, 2014

Padah Cuti Lama Sangat!


Assalamualaikum!


Kuala Lumpur - Gara-gara cuti sekolah yang agak panjang dan faktor terlampau seronok berada di kampung sempena Aidilfitri baru-baru ini, seorang ibu terpaksa menenangkan anaknya yang merengek-rengek kerana tidak mahu ke sekolah. Anak kedua dari dua beradik itu mula menunjukkan perangai apabila dikejutkan ibunya pagi ini untuk bersiap ke sekolah.

Menurut aduan yang dibuat oleh ibunya, beliau telah pun mengingatkan anak keduanya itu bahawa dia perlu hadir ke sekolah pagi ini memandangkan hari Isninnya mereka telah pun bercuti. Namun, apabila si ibu mengejutkan anaknya dari tidur, dia mula menangis dan merayu tidak mahu ke sekolah.

Pada mulanya, si ibu bertindak tegas dengan menyatakan bahawa dia perlu pergi ke sekolah walaupun mengantuk kerana sudah terlalu lama cuti. Namun, tindakan si ibu memarahi anaknya itu hanya memburukkan lagi keadaan.

Lantaran itu, si ibu telah mendapat satu idea untuk memujuk anaknya. Mengikut laporan awal, si ibu telah menggunakan pendekatan 'food psychology' ke atas anaknya itu dan ianya berjaya!

"Memang kalau nak diikutkan, kita akan marah bila anak tak mahu ke sekolah. Tapi, sebenarnya ada cara lain yang boleh kita gunakan untuk memujuk mereka", kata si ibu.

"Sebagai ibubapa kita seharusnya perlu memahami keadaan mereka, kerana kita juga pernah melaluinya dulu," katanya lagi.




Apabila ditanya kepada anaknya, adakah dia akan menangis di sekolah nanti, ini jawapannya :

"tak nangis .... nanti petang ibu belikan eksrem goreng ngan air vitagen kaler ungu"


Sekian.

Hanim Hashim
Wartawan Majalah Aku Ibu


8 comments:

  1. hurmm biasa tue..kadang2 jd geram kan..

    ReplyDelete
  2. ragam setelah brcuti panjang..:)

    ReplyDelete
  3. salam raya
    "bagus juga idea macam tuh. saya juga pernah melakukanya" kata seorang bapa kepada guard yg jaga pagar sekolah itu

    ReplyDelete
  4. bila dah cuti lama sangat memang liat la nak pi sekolah..bukan budak2 je..kita yg tua nie pun liat nak pi kerja kan hanim..

    ReplyDelete
  5. Terbaek la pendekatan dan food psychology hanim tu...

    ReplyDelete
  6. Hehehe ini normal. Adik saya pun lebih kurang je.

    ReplyDelete
  7. hehehe.. bagus cara anim.. anak2 nie kena gula2 kan depa sikit.. =D

    ReplyDelete
  8. Haha.. Gaya wartawan tu dh de dah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.