Breaking

Friday, September 19, 2014

Menghadiri Majlis Jamuan Bersama JAKOA


Assalamualaikum!




Minggu lepas kami dijemput oleh JAKOA dalam satu majlis jamuan penghargaan yang diadakan di pejabat JAKOA di Gombak.


Ini merupakan pengalaman pertama aku menghadiri majlis jamuan anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli atau singkatannya JAKOA. Selalu kalau balik Pahang, aku lalu hiway atas tu boleh nampak perkampungan orang asli kat bawah ni. 




Redup je kawasan kat sini ....

Kami sampai sana dekat kul 1 tengahari, cun cun time waktu makan hehe. 




Selain dari jabatan aku, jabatan-jabatan lain turut datang meraikan jamuan penghargaan ini. Antara bomba dan polis yang bekerjasama rapat dengan JAKOA. Kata penganjur majlis, mulanya cadang nak buat jamuan raya bulan lepas tapi disebabkan ada hal-hal tertentu yang tak boleh dielakkan, maka digantikan dengan jamuan penghargaan.

Time ni dah menusuk-nusuk bau harum ayam bako haha :p







Antara yang terhidang di atas meja buffet!



Round 1!

Dari awal lagi, hidung aku dah terpikat ngan bau ayam bako madu ni! Amik nasi putih ngan dua ketul ayam bako pastu ternampak pulak kari kambing ... perghh! Mujur seketul je aku amik hehehe. Sayur dan buah-buahan wajib ada.

Anggur?? biasa aku tengok orang jamu tembikai je , diaorg jamu anggur .... ko mampu?? hehehe.



Round 2!

Feveret aku selain char kuey tiow! 3 kaler pulak tu heeiiiii geram aku nengok hehe. Sedap kari daging dia huhu. 



Round 3!

Terasa macam hari raya pulak ada kuih-kuih raya ni hehe. Tapi, masyaAllah sedapnya kuih-kuih raya ni ... perghh! Aku cuma mampu amik dua setiap satu jenis sebab takut tak boleh sumbat yang lain nanti hahaha :P



Round 4!

Sup tulang! boleh makan ngan mihun, mee dan nasi impit. Tapi, aku amik sup je pasal nak ratah macam tu je hehe.



Round 5!

Pengat durian ni ...masyaAllah sedapppp! Kalah semua pengat durian yang pernah aku rasa sebelum ni hehe. Sedap cicah ngan roti jala ...!


Ko dah kenapa faiz?? macam nak terbeyyyyyyyyy je! haha :p


Time nak balik ...

Semua pakat-pakat berdiri rapat-rapat sebab nak cover perut masing-masing haha. Maklumla, makanan sedap, takleh tahan-tahan woooo! 




Terima kasih pada pihak penganjur yakni JAKOA kerana menjemput kami meraikan jamuan penghargaan ini. MasyaAllah sedap sungguh makanan-makanan yang ada pada hari tu. Kalah jamuan open house kat Kay Ell uolss! hehe.

6 comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.