Assalamualaikum!
KLIK SINI DAN JOIN |
Otai buat segmen! haha. Harussss join pasal dah lama Aben tak buat segmen begini. Peluang untuk blogger-blogger newbie di luar sana, jangan lepaskan untuk join sekali! Kami ... eh eh .. aku dulu pun bila masih newbie dok gigih join segmen-segmen begini. Untuk cari kenalan baru dan bertukar-tukar pendapat kekdahnya hehe.
So, jom start! ^^
Latar belakang
Aku mulakan segmen ni dengan pengenalan tentang latar belakang aku. Pada yang dah pernah jumpa aku, mungkin korang tahu sikit-sikit tentang aku kan. Pada yang belum, inilah aku nak citer!
Aku bernama Hanim bt Hashim, anak bongsu dari 3 beradik, umur dah masuk 3 series, sudah berkahwin dan beranak dua. Aku paling tinggi dalam keluarga, 5'7" jadi aku takleh pakai high heels ...pfftt!
Apa bestnye blog aku ni dan pasaipa korang kena datang baca?
Blog personal aku ni banyak cerita pasal kehidupan peribadi sebenarnya. Memula aku dok nyibuk cerita pasal artis tapi pastu aku rasa macam bengong je nak masuk campur hal orang kemudian canang satu dunia! haha.
Really not me ...
So, aku lebih banyak bercerita pasal anak-anak sebenarnya. Dari citer zaman mengandungkan diaorg, dalam pantang dan sampai mereka dah besar sekarang. So, officially aku ni parenting blogger hehe. Kemudian, aku dapat offer pergi event berkaitan parenting dan aku kongsikannya dalam blog ni.
Kini, aku bukan saja parenting blogger, aku juga berkongsi cerita dan pengalaman tentang bab kecantikan/kesihatan, food review, event, hiburan dan product review. Semua ni adalah bonus bagi aku, sebab aku dapat cuba pelbagai cabang dalam dunia blog ni. Nak tahu lebih, kenala baca entri-entri aku ye hehe :)
Impian Ku, Seorang Blogger!
Yessss, dengan rasa syukurnya aku kini bergelar seorang blogger! Walaupun bukan full time, tapi apa yang aku ada kini sudah cukup membahagiakan aku. Impian aku? Aku berdoa agar aku terus dibekalkan semangat untuk menjadi seorang blogger! Tak mo separuh jalan atau main-main!
Aku suka menulis (i mean menaip). Dan, aku suka berkongsi benda baik ngan pembaca di luar sana. Dan, lagi satu aku suka baca balik apa yang aku tulis hahaha. Alhamdulillah, ada entri-entri aku yang mendapat maklum balas positif dari pembaca di luar sana. Bila diaorg hantar emel dan mengucapkan terima kasih atas perkongsian ni, aku jadi lebih bersemangat nak blogging! Korang pernah rasa? ohsem kan! ^^
Kalau ada kelebihan lain-lain yang aku dapat sebagai seorang blogger, aku anggap ia adalah rezeki. Asalkan aku pandai jaga diri dan jaga jari (dari bercerita tentang benda yang tak sepatutnya).
So, siapa nak bawa aku gi Paris?? (wakakakaka)
Haaa! korang yang belum join cepat join sekarang. Tarikh tutup sampai malam ni kul 8 malam je! Jangan biarkan blog korang bersawang, isikannya dengan segmen Aben ni, nanti ramai yang datang terjah dan kita boleh kenal-kenal gitu hehehe.
Selamat berblogging , Chaiyok!!!
ReplyDeletebestkan kongsi pengalaman ngan blogger lain ^^
ReplyDeleteBerkongsi pengalaman sesama pembaca mmg best!
ReplyDeleteHye. balas kunjungan. Terima kasih sudi lawat blog saya. Bawah segmen yang sama. Done follow :)
ReplyDeletehttp://ceritaejoy.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari.html
waa,, nak ikut gi Paris :) hihi
ReplyDeleteRos singgah sini dari segmen yg sama :)
http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html
salam kenal :)
ReplyDeleteall the best akak! =)
ReplyDeleteSuka suka suka ..nak g Paris jugak boleh ???
ReplyDeleteLya singgah sini baca entry ...Jom singgah ..
Moga impian akak tercapai
ReplyDeletesalam kenal.. happy blogging :)
ReplyDeletehttp://www.adnan-daughter.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html
As-Salam... kita perlukan ramai lagi blogger yang cerita bab pendidikan ni ... teruskan usaha... in Sha Allah .. ada kejayaan walaupun kita tak sedari.
ReplyDeleteselamat maju jaya.
ReplyDeletesemoga apa yang diimpikan menjadi realiti..
ReplyDeletewww.mamaniza.com
Datang singgah dari segmen tokey yang sama..selamat berkenalan.
ReplyDeletehttp://acikwatie.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html
selamat bersegmen..:)
ReplyDeletejalan jalan...
ReplyDeletewww.dayangdeno.com
All the best..
ReplyDeleteSalam ukhwah fillah
ReplyDeleteAde Singgah.....
http://bimbinganbelajar29.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html
Salam perkenalan ...
ReplyDeleteByk infi kt cni..kn terjah bila free nt..
Gud luck ye!
sy dh follow sini, jemput ke blog saya..
tellingstory11.blogspot.com
cerita kat hanim semua best-best..
ReplyDelete