Assalamualaikum!
Tengah dok blogwalking ke blog rakan-rakan, aku terjumpa entri terbaru ni di blog Abg Ben, bertajuk 'Letters For The Future'. Ia adalah inisiatif dari AIA untuk membantu kanak-kanak yang mengalami cleft (sumbing) dan masalah jantung kongenital, di mana kita boleh membantu dengan cara menulis surat kepada anak-anak kita di ruangan yang disediakan. Setiap surat yang kita hantar, AIA akan sumbangkan RM1 ke AIA Touching Lives Funds untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah di atas.
Tetiba aku teringatkan anak-anak ... especially kakak. Kakak selalu tulis surat untuk aku. Surat, kad cinta, kad minta maaf, kad hari lahir ibu, kad hari ibu, kad kasih sayang dan bermacam lagi.
Sebak .... hishhh!
Kali ni aku nak tulis sesuatu untuk dia. Mungkin dia takkan terima mesejku ini, tapi ini cumalah luahan hati seorang ibu terhadap anaknya. Inilah peluang aku untuk nyatakan apa yang aku tak mampu nyatakan di depan dia ....
Macam Abg Ben cakap, senang je nak join Letters For The Future ni. Di samping kita ingin menyampaikan mesej kasih sayang untuk anak-anak, kita juga boleh turut sama menyumbang untuk golongan yang kurang bernasib baik.
Selalu kakak je yang bagi ibu surat. Apa yang kakak rasa ... kakak akan tulis di atas sekeping kertas A4 kan. Kemudian, kakak akan bagi surat tu pada ibu dengan pelbagai cara ... letak dalam beg duit, selit bawah kain sejadah, lekatkan di peti sejuk ... T__T
Dan tiap kali kakak lakukan, kakak lakukannya dengan penuh keikhlasan ... semata-mata nak pujuk hati ibu yang sedang marah.
Allah .... T__T
Kali ni, ibu juga ingin tulis sesuatu untuk kakak. Ini luahan hati ibu untuk anak yang ibu sayang ....
Nmpk mnarik ni
ReplyDeletemenarik nie...
ReplyDeletenice..
ReplyDeleteKena bantu kanak-kanak ini jadi normal balik.
ReplyDeletemenarik menarik menarik, iolss nak join gak ni...
ReplyDeleteNice sharing..
ReplyDeleteMenarik...
ReplyDeleteNice..
ReplyDelete