Breaking

Monday, October 27, 2014

Bertemu George Calombaris!


Assalamualaikum!



Baru-baru ini aku mendapat jemputan untuk bertemu dengan salah seorang hakim dalam rancangan realiti memasak, MasterChef Australia, iaitu George Calombaris! Yesssss .... George Calombaris berada di KL semalam dan lebih tepat lagi di Mid Valley Megamall!

Siapa George Calombaris? Kalau korang suka tengok MasterChef Australia Channel 709 di Astro mesti korang kenal beliau. Beliau merupakan salah seorang hakim dalam rancangan realiti tersebut, dan beliau datang ke Malaysia sempena mempromosi MasterChef Australia Season 6! Wow! dah masuk season ke 6 rupanya ..!

Canggung rasanya berjalan seorang diri dalam Mid Valley tu! Maklumla dah lama benor aku tak datang sini. Kali terakhir aku datang shopping di sini ialah .... masa Form 5 kot! Giler ...! Aku rasa macam budak sesat berjalan seorang diri dalam tu! hahaha.




Siap register, aku diberi tag ekslusif untuk masuk. Takda tag ni, takleh masuk dalam dan takleh bergambar dengan George! huhu.




Walaupun aku sampai awal, tapi ada lagi yang sampai lebih awal dari aku! Memang ramai la yang dah siap berdiri di barisan hadapan dan masing-masing tak mau berganjak sebab nak dapat spot terbaik untuk capture gambar George. Aku pulak, kena cilok sana sini sikit untuk memboloskan diri untuk at least dapat tengok dengan terang jelas hehehe.

Mujurlah ketinggian dan kekurusan aku sangat membantu di saat-saat ini ... wahahaha! :p




Saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Kemain hebat sorakan peminat-peminat bila George naik pentas! George Calombaris melawat Malaysia dalam rangka kerja mempromosikan MasterChef Australia yang telah pun memasukan musim ke 6 dan telah pun bermula di saluran 709 Astro.

George kata, dia eksaited menjejakkan kaki ke Malaysia dan suka dengan keramahan dan keharmonian masyarakat Malaysia. Kemudian aku dengar George sebut 'belachen' ....! hahaha. Rupanya dia tahu kita suka makan belacan hehe :D




Tak kenal maka tak cinta kan, so di majlis tersebut George turut berkesempatan merasa makanan tempatan popular yang diundi oleh orang ramai melalui laman web. Ada 3 jenis makanan yang mendapat undian tertinggi iaitu, Nasi kerabu, Assam Laksa dan Oyster Omelette (Penang Style).

Aku tahu George memang tak tahan makan pedas (tengok kat tv), so dia tak tahu rasa nasi kerabu tu macam mana hehe. Makan nasi ok, tapi bila dia makan sambal tu terus muka dia merah! haha. Pecah ketawa semua orang tengok! 



Kemudian dia try makan Oyster Omelette. Aku pun tak tau apa rasanya makanan ni, tapi dia kata sedap hehe. Mungkin tak sepedas nasi kerabu tadi kot haha :D




Last but not least, dia try makan assam laksa pulak. Lagi sekali George terkena! haha. Habis merah balik muka dia, pastu tak tahan teguk air mineral pulak haha.




Kemudian, George dan partner dia, Alex menunjukkan demonstrasi masakan LIVE di hadapan penonton. Sorry ape dia masak aku dah lupa la pasal duk fokus kat Alex je! wakakakakaka :p 

Ishhh dak aihhh.... aku gurau ja! :D








Akhir sekali, semua jemputan dapat peluang bergambar bersama George sebagai cenderahati.

Aku juga tidak ketinggalan berselfie bersama George tapi cameraman yang amik gambar kami pasal penganjur tak bagi guna handphone atau camera sendiri untuk amik gambar .... haihh.



Gelap gulita muka aku pasal lighting tak berapa cun la huhu. Masa ni baru lepas turun dari pentas berselfie ngan George. Pastu orang ramai pulak kat belakang aku, tapi hentam saja la labuuuu! hahaha.

Adehh .. sakit tulang belakang aku berdiri lama ngat! 




Mak budak yang kepenatan, kesakitan tulang belakang, kehausan dan ke-blur-an sambil menunggu suami datang hahaha :D


5 comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.