Breaking

Friday, October 24, 2014

Maal hijrah 1436


Assalamualaikum!


Satu Muharam detik permulaan 
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban .... harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu .. mari semua kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman ...
Untuk sepanjang zaman.



Setahun sekali baru dapat dengar dan nyanyi lagi tu. Pagi tadi dengar lagi kat Sinar FM.

Bu ... ibu tau ke lagu ni?

Tau ... ibu nyanyi lagu ni dari zaman ibu sekolah rendah lagi kak

Hijrah tu ape bu?

Hurm ... hijrah tu maksudnya berpindah. Kita pindah dari satu tempat ke satu tempat yang baru. Contohnya, kita pernah duduk kuantan kan? kemudian kita pindah ke KL. Maknanya kita berhijrah ke KL

Penceritaan secara metafora untuk memahamkan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun huhu.

Kakak angguk ..

Lagu yang kakak dengar ni ialah lagu Maal Hijrah sempena peristiwa perpindahan yang berlaku di zaman Nabi dulu. Kan Nabi s.a.w pun pernah pindah dari Mekah ke Madinah kan? So, dalam lagu ni ada cerita dia.

Ooohhhh .... kakak bersuara

Dalam Islam pun ada sambutan Tahun Baru juga. Kita panggil Maal Hijrah. Kalendar yang kakak belajar di sekolah tu kalendar orang Greek. Orang Islam pun ada kalendar dan bulan sendiri juga, contoh Muharam, Ramadan, Rejab, Syaaban blablablabla.

Kakak angguk lagi ... 

Hijrah tu maksudnya pindah kan. Jadi, kita sambut Maal Hijrah esok bermaksud kita akan pindah ke satu tahun yang baru dalam kalendar Islam. So, esok adalah tahun baru bagi umat Islam. Faham?

Faham ..

Fuh! soalannya 4 patah perkataan je, tapi jawapan ibu bagi ... haaaa! hahaha. Takpela sayang, asalkan kakak faham apa itu Maal Hijrah. Nak citer style orang dewasa, konfirm kakak tanya soalan berantai kat ibu pasai kompleks sangat kan! hehe :D

Ni ibu bagi penerangan simple kat kakak supaya kakak dapat gambaran sikit-sikit apa itu Maal Hijrah.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1436  buat anak-anak ibu tersayang, Pak Jelan, family, serta semua muslimin dan muslimat. Semoga dosa kita diampunkan Allah s.w.t dan semoga niat kita untuk menambah amal ibadah di tahun baru ini mendapat pahala di sisiNya.

Aaminn...


8 comments:

  1. Nasib anaknya faham. hehe. ibu mithali ni. ehhhe

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. , banyak benda/perkara kita kena hijrah. Budak pon boleh faham ni kan pula orang dewasa.... pon ada yg tak faham lagi.

    ReplyDelete
  3. salam maal hijrah sis...

    ReplyDelete
  4. salam maal hijrah sis..

    ReplyDelete
  5. salam maal hijrah....

    jemput bw entry baru xberapa nk baru kita
    http://myaleo.blogspot.com/2014/09/maryamjameela-bt-juleofauzl.html

    ReplyDelete
  6. Wah... Seronok betul dan x sbr nk jadi cikgu utk ank sendiri...

    ReplyDelete
  7. Salam Maal Hijrah buat Anim sekeluarga. Semoga bersama kita semua beroleh kehidupan hijrah yg diberkati... aamiin.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.