Breaking

Monday, October 27, 2014

Menangi Perodua MyVi & Vespa Dengan Lux Fabulous Contest!

Assalammualaikum!


Baru-baru ini bertempat di Bora Asmara, Lux telah mengadakan majlis pelancaran kontes Lux Fabulous yang menawarkan hadiah lumayan kepada pemenang antaranya iaitu sebuah Perodua Myvi atau satu dari lima Vespa untuk dimenangi!

Ohsem kan hadiahnya!

Lux telah menjadi ikon produk kecantikan yang popular sejak aku kecil lagi. Dan, sehingga kini jenama Lux masih gah dan menjadi teman setia kepada majoriti penggunanya di Malaysia. Tambahan pula Nur Fazura ialah Duta rasmi Lux, pastinya meletop-letops gituuu! hehe.




Di majlis pelancaran tersebut, Dutanya, Nur Fazura memperkenalkan kontes Lux Fabulous, yang telah bermula pada 1 Oktober sehingga 30 November 2014. Caranya mudah saja! Semua peserta perlu mengundi gaun mana yang paling fabulous dan menarik untuk Fazura. Penyertaan yang sepadan dengan undian terakhir paling tepat dan yang paling unik serta kreatif akan berpeluang memenangi hadiah Grand Prize iaitu Perodua Myvi!

Wowwweeeee! ^^




Turut memberikan ucapan di majlis tersebut, Siti Suhaila Abd. Hamid, Pengurus Jenama, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd berkata, 

“Kami mahu setiap orang menikmati pengalaman mandian yang hebat dan indah menerusi rangkaian Koleksi Klasik Lux Yang Baru Dengan Wangian Eksklusif, yang diadun dengan nota haruman bunga-bungaan yang indah dan SilkEssence™ yang melembutkan. Di samping itu, kami juga mahu menggalakkan para pengguna kami untuk mencuba rangkaian sabun klasik dan mandian badan yang diperbaharui menerusi peraduan ini. Mereka boleh memilih sama ada untuk menyertainya menerusi halaman Lux Facebook kami atau menggunakan borang penyertaan yang boleh didapati di kedai terpilih berhampiran.”




Turut hadir di majlis pelancaran kontes Lux Fabulous ialah wakil media dan para bloggers, Fazura turut berkata, “Saya sememangnya peminat haruman menawan Lux dan seronok menikmati pengalaman mandian dengannya. Ia juga memberikan saya keyakinan yang membantu saya untuk menggayakan gaun menawan yang anda saksikan menerusi peraduan Lux Fabulous ini.”




So, tunggu ape lagi guys! Kontes Lux Fabulous telah pun bermula dan korang boleh start mengundi gaun mana yang paling menarik untuk Fazura dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik ni!  

Perghhh .... menarik bukan!^^




Koleksi Klasik Lux Yang Baru Dengan Wangian Eksklusif telah dilancarkan pada awal tahun ini dan kini boleh didapati di semua rangkaian kedai utama. Lux 950ml berharga RM17.90 dan 220ml berharga  RM6.00 manakala pek isian semula 600ml berharga RM8.90.

Untuk maklumat lanjut, korang layari halaman Lux Facebook www.facebook.com/LuxMalaysia.


Mengenai Lux

Lux telah mengeluarkan produk kecantikan sejak 1925, apabila ia melancarkan sabun kecantikan pertama di dunia untuk pasaran besar-besaran, ”made like the costliest French soap” ("diperbuat seperti sabun Perancis yang paling mahal"). Sejak itu, ia dikaitkan dengan lebih daripada 400 pelakon paling glamor di dunia, daripada Elizabeth Taylor dan Marilyn Monroe sehinggalah Aishwarya Rai dan Shu Qi, untuk menjadikannya sabun paling laris di dunia, yang menggembirakan wanita di lebih100 negara setiap hari.

Di Malaysia, duta jenama Lux termasuklah bintang seperti Amy Mastura, Sheila Majid, Fauziah Latiff, Erra Fazira dan paling terkini, Nur Fazura.

Lux percaya bahawa kecantikan bukanlah semata-mata melibatkan kerja keras tetapi ia juga mengenai kenikmatan – perasaan hebat yang dihasilkan dari saat anda melangkah ke bilik mandian, sehinggalah keseronokan apabila menjadi perhatian. Kami berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam aspek kecantikan yang mampu dimiliki setiap wanita di dunia – dengan menyediakan nikmat yang luar biasa menerusi pengalaman mandian dan penjagaan diri serta mencetuskan inspirasi kepadanya untuk berasa menawan dan yakin dengan kulitnya sendiri setiap hari! Rangkaian penjagaan kulit kami membelai, yang digabungkan dengan haruman menawan dihasilkan oleh pakar haruman terbaik di dunia, akan membangkitkan deria rasa dan membuatkan anda tidak ternilai dan sungguh berharga setiap hari.

6 comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.