Assalamualaikum!
Sebagai ibubapa yang berkerjaya, kami tidak punyai masa yang banyak bersama anak-anak. Pagi masing-masing di sekolah dan di pejabat, petang baru berjumpa dan malam hanya ada masa yang sikit untuk berkumpul sekeluarga sebelum tidur.
Sebab itu, sedaya upaya kami akan luangkan masa bersama kakak dan adik supaya mereka tak rasa 'kosong' atau kurang kasih sayang kami. Kadang-kadang, kalau ada rezeki lebih kami turutkan kemahuan mereka yang tertangguh dulu.
Macam semalam, kakak dan adik berhajat nak gi kedai yang 'fofular' tu semalam. Tahu kedai apa tu??? Yesszaaaaa! kalau korang dah tahu jawapannya memang korang pandai. Dah banyak kali aku mention dalam blog ni! hehe.
Ikutkan ibu dia ni, memang takmo dah belikan botol air baru. Asyik hiiiiilanggggg memanjang! Tertinggal la ... terlupa la .... terjatuh la ... terosak la ...! Sampaikan akhirnya aku bagi diaorg botol air mineral plastik tu je bawak gi sekolah. Beli mahal-mahal pastu tertinggal ... bila cari balik dah tak jumpa! Haihh ....
Tapi Pak Jelan cakap biarla .... biarkan diaorg beli, baru seronok nak gi sekolah. Mood ape laki aku ni? Mood malam jemaat ka? haha :p
Selepas berbelas-belas botol air, nah ayah belikan juga botol air princess tuk kakak dan adik. Harap kali ni botol air ni boleh 'melekat' lama dari yang lepas-lepas yo!
Pastu kami ke Aeon AU2 Keramat. Situ memang tempat lepaking kami sekeluarga kalau ada masa terluang. Situ jugaklah tempat yang kakak dan adik suka pi sebab ada .....
Depa cukup suka main benda ni! Mai dah loghat utagha aku hehe. Pleaseee Pleasee ibu ... nak main sekejap je bu ... mau aku tak cair?? hahaha. Diaorg cerdik ... dia tak minta kat ayah dia, dia mintak kat kita. Pandai ang pa noooo!
Tapi, semalam ayah dia memang lembut hati betoi! Ayah gak la yang sponsor main benda ni hahaha. Kemain masing-masing senyum lebaq dapat main 2 round.
Melalui tips-tips yang aku baca dari karangan Dr. Hj Hushim dalam bukunya, Anakku Sayang ada beberapa tips atau kaedah untuk memastikan kita (ibubapa) dapat meluangkan masa bersama anak-anak dari masa ke semasa :
- Biasakan diri dan anak-anak untuk membuat aktiviti bersama terutamanya makan dan solat berjemaah. Ini akan mengeratkan sillaturrahim dan kasih sayang
- Sekiranya perlu, adakan perbincangan untuk memilih waktu dan aktiviti yang sesuai untuk dijalankan bersama seperti bersenam pada waktu petang, memasak bersama pada hujung minggu dan lain-lain
- Sekiranya anak-anak masih kecil, ibubapa perlu memilih aktiviti yang sesuai dengan tahap kematangan anak-anak
- Pastikan waktu yang telah diperuntukkan untuk aktiviti tersebut digunakan sepenuhnya. Sebolehnya jangan ubah perancangan yang telah dibuat
- Libatkan semua ahlikeluarga. Sekali sekala adakan aktiviti melibatkan sanak saudara seperti di musim cuti sekolah
- Rancanglah percutian keluarga sekurang-kurangnya dua kali setahun agar semua ahli keluarga dapat bersatu di samping menikmati percutian terutama di musim cuti sekolah mengikut kemampuan keluarga.
Apa yang membahagiakan seorang anak kecil adalah ketika dia bersama ibu dan ayahnya. Dan, saat itu kita akan melihat senyuman paling indah dari wajah mereka... :)
idaman Ash tu anim nak naik mender alah tu...adehhh....
ReplyDeletenak main mende tu gak.. tapi boleh tak eh :P
ReplyDeletecomel nya anak2.
ReplyDeleteAlhamdulillah...seronok la mereka dapat botol air baru :)
ReplyDeleteHappynya kakak dan adik dpt main bendalah tu hihihi
ReplyDeleteTips Melancong Secara Berhemah
ReplyDeletejanji ibubapa kena jugak spend masa sikit...bagus tindakan akak :)
ReplyDelete