Assalamualaikum!
Setiap pasangan tidak terlepas dari konflik dalam rumahtangga, lebih-lebih lagi bila mempunyai anak-anak yang sedang meningkat dewasa. Bagi aku, perkara yang paling diperlukan oleh kami sebagai ibu bapa adalah sokongan terhadap satu sama lain.
Perjalanan membesarkan anak-anak tidak selalunya berjalan lancar. Lebih-lebih lagi kami mempunyai dua orang anak perempuan yang comel tapi aktif tak kira masa dan tempat! haha. Maka, segala tenaga dan kesabaran perlu ada dalam diri kami untuk mengimbangi komunikasi dan hubungan dengan anak-anak juga antara kami suami isteri.
motif blur muka insan di belakang sebab tu gambar bos!
(ekekekeke)
Aku tak nafikan dalam proses membesarkan anak-anak, menentukan mana baik dan buruk dan menetapkan peraturan yang betul untuk anak-anak, kadang-kadang kami suami isteri mempunyai pandangan yang berbeza untuk sesuatu isu. Dan disebabkan itu, timbullah konflik antara kami suami isteri.
Tapi bak kata arwah P.Ramlee .... 'sedangkan lidah lagi tergigit ....'
Sebab itu sebagai ibubapa, kita harus bergerak sebagai satu pasukan! Masing-masing perlu support antara satu sama lain. Kalau salah betulkan, kalau bengkok luruskan agar anak-anak melihat contoh hanya yang terbaik dari ibubapa mereka.
Kenangan di Flora Festival, Putrajaya |
Tips Menyokong Antara Satu Sama Lain Sebagai Ibu Bapa Cemerlang :
- Elakkan berselisih faham dengan pasangan tentang cara mendidik anak. Elakkan juga pertelingkahan di depan anak-anak. Sekiranya terdapat perselisihan faham bincanglah berdua secara rasional dan bertolak ansur.
- Jangan menyalahkan pasangan anda sekiranya anak anda melakukan kesalahan. Ingat! Tanggungjawab membesarkan anak memerlukan kerja berpasukan yang mantap dan bukan tugas ibu atau ayah seorang sahaja.
- Sentiasalah menyokong pasangan anda sekiranya dia cuba mendisplinkan anak anda. Jangan memperkecilkan tindakannya atau menyebelahi anak sekiranya jelas sikap anak tidak berdisplin. Dikhuatiri anak akan merasakannya tindakannya betul dan bakal mengulangi kesilapan.
- Berikan kata-kata pujian dan galakan kepada pasangan anda kerana usahanya mendidik anak-anak dengan baik. Jangan kritik pasangan anda sekirangya dia tersilap. Tugas anda ialah membantu dia memperbaiki cara mendidik anak anda.
- Berikan sokongan dan kasih sayang anda yang tidak berbelah bagi agar pasangan anda akan lebih bersemangat menghadapi cabaran.
Dalam mendidik, mengasuh dan mendisplinkan anak-anak yang sedang meningkat dewasa memang banyak cabarannya. Aku sendiri sedang melalui proses-proses tersebut bersama Pak Jelan, dan memang kami akui ia bukan semudah yang disangka!
Jadi kita tak seharusnya mengambil mudah setiap apa yang berlaku dalam keluarga. Jangan melepaskan tanggungjawab pada salah seorang sahaja, tapi sama-samalah berganding tenaga dan menyokong antara satu sama lain.
InsyaAllah niat yang ikhlas akan dipermudahkan Allah s.w.t jua akhinya.
sumber tips : buku anakku sayang
Terima kasih untuk peringatan... Thumbs up!
ReplyDeletebagus tips nye..salam perkenalan dari hpmurah2u
ReplyDeleteTerima Kasih atas tips yang bermanfaat untuk semua pasangan ini :)
ReplyDeleteBetul tu.. Sama2 susah dan senang..
ReplyDeleteSama-sama kita amalkan...insya Allah bahagia dunia akhirat :)
ReplyDeleteTq sisi for sharing tips. Mmg bagus
ReplyDeleteKomunikasi sgt penting :-). Perbincangan bersama untuk capai kata sepakat. Tq sis perkongsian menarik.
ReplyDelete