Breaking

Wednesday, November 19, 2014

Kami Di Legoland - Part 1


Assalamualaikum!

Tak sampai seminggu aku tinggalkan Legoland, tapi bahang keseronokkannya masih terasa hingga ke hari ini. Kakak dan adik duk repeat soalan yang sama hari-hari bila kami nak gi sana balik. Katanya satu malam duk situ tak puas la ..... hohoho. 

Mungkin inilah yang dikatakan rezeki anak-anak ... dah lama kakak dan adik 'mengidam' nak pergi sini tapi masa tu belum ada ruang dan peluang lagi. Alhamdulillah .... dapat juga mereka merasai pengalaman bermalam di sana. 



Misi kami ialah untuk sampai ke Legoland dengan selamat hehe. Since kami naik bas, perjalanan ke sana akan jadi lebih panjang dan lama. Kakak dan adik dah besar tak perlu risau sangat kalau bawa mereka gi jenjalan naik bas.

Lagipun, Mira duk bising nak naik bas dua tingkat ... ha ni ibu bawa naik bas tapi satu tingkat la hehe.




Haaa ni muka pasrah kena tinggal bas haha. Bukan bas nak ke Legoland, tapi bas nak ke LRT Dato' Keramat huhu. Terpaksa tunggu bas lain pastu.




Lebih kurang jam 5 petang kami selamat sampai di LEGOLAND Malaysia Resort. Benda pertama yang kakak dan adik 'terkam' ialah patung lego kat pintu masuk hotel ni hehe. 




Masuk hotel ke reception untuk ambil kunci bilik. Sementara tu di lobi hotel ...












Dah nama pun Legoland kan, haruslah dekonya ada lego juga hehe. Memang cantik dan mempesonakan mata memandang! Masuk-masuk je kiri kanan ada mainan lego. Sambil kita berurusan di kaunter reception, budak-budak boleh main pasang pasang lego kat sini.

Kanak-kanak bukan saja boleh main lego kat lobi depan ni, tapi ada lagi satu seksyen kat belakang depan cafe yang disediakan untuk mereka main. Tak lupa juga ada kedai menjual barang mainan lego. Kakak dan adik ajak masuk dalam, tengokkan harganya .... gulp! Jom naik bilik lagi bagus..! hehe.




Anak dara eksaited naik kapal lego hehe.




Kami dapat bilik di tingkat 3 dan tema bilik kami Kingdom. Sebelum tu aku memang dah survey dah bilik-bilik ni kat website dia. Memang cantik dan penuh dengan dunia fantasi kanak-kanak!




Jom buka pintu! Jeng jeng jeng .....








Wowwweeee! selamat datang ke bilik 302 bertemakan Kingdom hehe. Ada 2 jenis katil dalam bilik ni, satu King size satu lagi double-decker macam kat atas ni. Kakak dan adik of course la aku suruh tido kat katil double-decker ni. 

Malam tu takda isu rebut merebut sapa tido sebelah ibu sebab ibu dan ayah dah ada katil sendiri hehehe. Anak-anak sila tido di sini ye.






Kat tempat budak-budak ni tido pun ada konsol tv hokkey! Memang seronok sakan la diaorg melayan kartun petang dan malam tu. 

Jom masuk bilik air jom!




Ada dua sinki dalam bilik air ni, dan yang atas ni sinki untuk kanak-kanak actually. Sesuai dengan ketinggian normal kanak-kanak hehe. 





Lain-lain deko menarik dalam bilik ...













Dalam bilik ni pun ada disediakan mainan lego tuk kanak-kanak. Kakak dan adik tak tunggu lama .... terus teraburkan ke lantai dan pasang! hehe.




Saat kami jejak kaki di hotel ni, aku dah jatuh cinta. Tambah suka ngan customer servis dia yang mesra dan pantas. Aku telefon room service dan minta sejadah serta iron board dan seterika, 5 minit pastu dia sampai depan pintu hehe.

Petang tu memang kami lepak sepuasnya dalam bilik ... tak larat nak turun bawah sebab penat duk dalam bas hehe. Kakak dan adik sambung main lego pastu tengok tv pastu turun naik katil double-decker tu pastu main lego balik pastu panjat balik katil pastu turun balik ... haihhh .... janji ko bahagia nak!


11 comments:

  1. cantikla deko bilik dia...siap ada lego ek dalam bilik...memang puas hati macam ni kan...

    ReplyDelete
  2. ni yg dpt sponsor tu kan kak?? Wah seronok la :-)

    ReplyDelete
  3. Cantiknya..tiba2 teruja nak pergi..hihihi

    ReplyDelete
  4. tu laaa.. macam dunia kartun pulak tengok lego2 ni.. ^_^

    ReplyDelete
  5. Pergi luar je... X pnh msuk...tggu 10 tahun...

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum hanim....mesti seronok n rasa nak datang lagikn...:)

    ReplyDelete
  7. Sangat mengujakan. Seronoknya anim n anak2.

    ReplyDelete
  8. Serius teruja tgk semua gambar anim share nie.. legoland mmg best kot! Ish lagi la tak sabar nk bwk emir pi sana..=D

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.