Assalamualaikum!
Keadaan banjir di Pantai Timur semakin teruk. Hubungan letrik terputus dan ramai yang tidak dapat berhubung dengan ahli keluarga dan saudara mara di kampung. Gambar-gambar rumah dan kawasan ditenggelami air kini 'membanjiri' laman facebook.
Allahurobbi ....
Jalan masuk ke kawasan yang ditimpa banjir sudah tidak dapat dimasuki. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala kesulitan mangsa-mangsa yang terlibat dan bantuan dapat disalurkan dengan segera.
Hati mana tak risau .... yang penting keselamatan mangsa-mangsa yang diutamakan. Ya Allah ... aku hanya mampu berdoa ketika ini agar mereka semua diindungi dari malapetaka.
Untuk maklumat, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan lebat PERINGKAT MERAH (peringkat serius) terkini di laman websitenya.
Turut dikeluarkan ialah amaran angin kencang dan laut bergelora PERINGKAT KETIGA.
Korang boleh check lagi di SINI.
Ini ialah imej satelit terkini yang diambil pada jam 0032 UTC atau 8.32 pagi tadi. Kalau korang dapat lihat, tompokan awan merah melitupi sebahagian besar negeri-negeri di Pantai Timur dan Utara serta bahagian tengahnya.
Dan warna merah dan biru itu ialah indikasi atau penunjuk yang menunjukkan intensiti atau kelebatan hujan di kawasan tersebut.
Kehadiran fenomena 'New Moon', yakni bulan berada dekat dengan bumi menyebabkan air pasang lebih tinggi dari biasa.
Semoga semua mangsa yang terlibat dapat bertahan sehingga bantuan sampai. Teruskan berdoa untuk keselamatan mereka.
Ya allah, moga dipermudahkan segala urusan.. Cepat2 lah surut
ReplyDeleteMinta di jauh kan perkara buruk yang berlaku.. Aamiin
ReplyDeletepray for them...
ReplyDeleteKita sama-samalah doakan..kalau baca update-update kat fb memang sedih sangat,
ReplyDeleteIbu RizqRaifa
Sedih tgk update sana sini..hanya mampu berdoa utk mereka yg terlibat..semoga semuanya selamat..
ReplyDeleteMoga mereka dilindungi Allah..
ReplyDelete