Breaking

Wednesday, December 03, 2014

Doa Buat Adik Muhammad Izzsyraq Azraq


Assalamualaikum!




Such a sweet smile isn't he? Siapa sangka di sebalik senyuman kiut adik Muhammad Izz (achik panggil adik Muhammad Izz ye), tersimpan satu kedukaan dan ujian yang mungkin terpaksa ditanggung adik Muhammad Izz seumur hidupnya.

Mungkin ada yang pernah baca kisah adik Muhammad Izz ni, dan dah ramai blogger yang berkongsi cerita dan perjuangan anak kecil ini. Sungguh hati ibu mana tak sedih kalau anak secomel ini diuji dengan penyakit yang sehingga kini tiada ubat atau rawatan khusus bagi memulihkannya.


Apatah lagi penyakit yang ditanggung adik Muhammad Izz termasuk dalam rare cases dalam dunia perubatan moden.




Buat pengetahuan semua, adik Muhammad Izz menghidap penyakit Short Bowel Syndrome beberapa bulan selepas dilahirkan. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang Short Bowel Syndrome, korang boleh terjah SINI.

Walaupun tiada rawatan khusus yang boleh diberikan pada adik Muhammad Izz setakat ini, tetapi anak kecil ini tetap kuat berjuang melawan penyakitnya di samping sokongan dan kasih sayang padu dari keluarga terutama ibu dan ayah adik Muhammad Izz.

Speaking of parents, rupa-rupanya ayah adik Muhammad Izz juga merupakan seorang blogger.  Di www.ekjozbuluh.blogspot.com papa adik Muhammad Izz ada kongsikan suka duka cerita anak kesayangannya ini. 




Sungguh ujian Allah mungkin berat untuk ditanggung oleh keluarga adik Muhammad Izz malah oleh diri adik Izz sendiri. Tetapi, Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu yang terjadi. Achik Anim doakan moga ahli keluarga adik Muhammad Izz terus kuat dan tabah menghadapi ujian dari Allah s.w.t

Buat sahabat-sahabat yang membaca entri ini atau telah mengetahui kisah adik Muhammad Izz, mohon sebarkan sokongan anda samada dalam bentuk bantuan kewangan, doa, kata-kata semangat dan kesedaran awam mengenai penyakit yang sangat jarang ditemui ini.




Seandainya, ada hamba-hamba Allah yang dilapangkan rezekinya harapnya sudilah dapat memberikan bantuan kewangan kepada adik Muhammad Izz bagi meringkan beban yang ditanggung. Sumbangan boleh disalurkan di :


CIMB Bank : 7015995636  (Nor Safarina Eliasod)



Jika ingin melawat adik Muhammad Izz di hopsital bolehlah pergi ke Wad KK4 Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur. 

Segala perkembangan adik Muhammad Izz boleh diikuti di fanpage PRAY for Izzsyraq Azraq - Short Bowel Syndrome  dan di blog papa Izz ekjozbuluh.blogspot.com


*Gambar dan info diambil dari FB Fanpage Izzshraq Azraq - Short Bowel Syndrome


4 comments:

  1. tengok muka comel ni buat rasa sedih aje
    sape sangka teruk penderitaan dia
    moga ada sinar untuk dia dan keluarga

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar... Terima kasih acik anim kerana sharing kisah mengenai adik Izz. Saya sekeluarga amat terhutang budi. Kami hanya mampu mendoakan kesejahteraan acik anim sekeluarga.

    TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  3. Alahai comelnya...semoga adik ni bertambah sihat hendaknya...moga kedua2 ibu bapa terus tabah hadapi dugaan besar ni...

    ReplyDelete
  4. Moga allah lindungi dia...dan diberikan kesembuhan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.