Assalamualaikum!
2014 ... memang sarat dengan cabaran! Walaupun banyak cabaran, tapi banyak juga kenangan indah dan manis aku dalam tahun ni. Terutamanya rezeki berblogging yang tak pernah aku sangka aku akan dapat. Peluang melawat tempat-tempat yang aku tak pernah pergi sebelum ni, peluang menang hadiah dan yang best peluang untuk berkenalan dan berkawan dengan rakan-rakan bloggers yang berlainan background!
Berblogging bukan setakat untuk diri aku sendiri je. Aku nak anak-anak dan family dapat menikmati benefit dan kongsi kegembiraan ini bersama mereka. Alhamdulillah sepanjang tahun ni, rezeki anak-anak memang murah.
Untuk tahun 2015 memang aku ada beberapa perancangan yang ingin aku selesaikan. Jadi tak jadi itu belakang cerita haha. Yang penting aku list down dulu .... tapi harap-harap jadi lah yo!
1. Memiliki rumah sendiri
Ini impian setiap orang betul tak. Ini antara impian terbesar aku .... tak perlu rumah besar, just rumah sederhana yang boleh jadi tempat kami sekeluarga berteduh. Kadang-kadang kalau aku balik kampung lalu kat tepi jalan tu, terdetik di hati kalau dapat rumah camni pun seribu rahmat kan ... hehe. Aku dah merasa duk rumah pangsa 17 tingkat dan apartment 4 tingkat. Kalau ada rezeki aku nak merasa duk umah teres sebiji pulak. Amboiiii demand kemain ko ye Nim ... wakakaka!
2. Besarkan bilik kat umah Atok
Aku ni pesen kalau balik kampung suka tido kat ruang tamu. Kalau balik umah mak mentua pun 'berterabur' kami tido kat ruang tamu depan tu. Masuk bilik hanya untuk letak beg, salin baju, solat dan rehat kejap. Time anak-anak masih kecil bolehla ... ni anak-anak dah besar. Kakak pun dah tau malu ... takmo pakai baju depan ayahnya. Lagipun tak molek la tengok anak dara tido kat ruang tamu kan kan kan.
3. Majukan blog
2014 menjadi tahun pertama aku untuk lebih serius dalam dunia blogging. Tahun depan aku ingin lebih aktif dan pergi lebih jauh lagi dari ni. Alhamdulillah rezeki berblogging pada tahun ini sangat memberangsangkan walaupun pada blogger picisan seperti aku. Sokongan dari rakan-rakan tidak akan kulupa juga. Segala ruang dan peluang yang diberi selama ni... terima kasih aku ucapkan.
4. Beli kamera sendiri
Setakat ni 'kamera' aku yang paling canggih pun hanyalah iPad yang aku menang awal tahun ni. Kalau tak, aku hanya guna Moto G aku tu je tuk tangkap gambar. Kalau gi mana-mana aku akan bawa iPad hikmat aku tu ... at least guna yang tu gambar cantik sikit hehe. Tapi kadang-kadang leceh jugak nak bawak iPad besar tu ke hulu ke hilir huhu. So, hopefully dapat beli sebiji DSLR pun jadik leeeeee ...
5. Buatkan bilik belajar untuk kakak dan adik
Dalam rumah tu ada bilik kecil, cadang nak jadikan bilik tu bilik belajar kakak dan adik. Kesian diaorg buat keje sekolah atas meja lipat yang kartun-kartun tu huhu. Itulah meja belajar ... itulah meja makan diaorg huhu. Walaupun ada meja makan tapi diaorg selesa makan kat meja kecil tu. Sampaikan plastik tepi meja tu dah tercabut cabut dibuatnya. Belikan diaorg meja belajar siap ngan lampu meja ... letak dalam bilik kecil tu. Hurmm ..
6. Tukar Kereta
Takyah kira tahun la .... bulan lepas ngan bulan ni je dah banyak kali kete kebal aku buat perangai hehehe. Tu yang aku citer... yang aku tak citer? hahaha. Dah 10 tahun punnnn .... memang banyakla nak kena repair sana sini ye dak. Tapi kalau ada peluang aku nak tukar ke MPV. Lama dah kami aim ke MPV tapi bajet tak mengizinkan plus masa tu nak setelkan dulu hutang kete kebal ni. Bila dah setel kete, anak pulak nak sekolah so memang kena save bajet di situ.
7. Tukar washing machine
Yang ada sekarang ni cuma 9kg ... tak berapa compatible dengan keperluan aku. 4 orang punye baju dalam umah ni memang nak kena basuh at least 2 hari sekali huhu. Teringat waching machine Toshiba 13kg aku masa kat Kuantan dulu. Memang tahan lasak dan besaarrrrr punya haha. Tapi bila pindah KL habis aku jualkan kat orang. Sekarang dah terindu rindu balik hehe.
8. Bawa family gi melancong
Anak-anak aku kaki 'berjalan' memang tak reti duk diam. Jadi tahun 2015 aku harap dimurahkan rezeki dan diberikan kesempatan untuk bawa mereka melancong walaupun hanya dalam negara.
Ada lagi sebenarnya tapi ... biarlah rahsia hehe. Jadi atau tak itu belakang cerita ... perlahan-lahan kita kasi kayuh insyaAllah.
Ty pun nak buat camni.. in draft .. atleast ada gak kan kenangan walaupun hectic sepanjang 2014 ni.
ReplyDeletebukan sekadar kenangan ... tapi kita usahakan agar dapat direalisasikan hehe.
Deleteazam taun 2014 wawa dpt dh.. azam nak kurus haha.. azam tahun 2015 tengah pikir kan lagi nie hahaha
ReplyDeletewahhh! ini sudah bagus wawa hehe. So azam tahun depan ialah nak maintain kurus :D
DeleteMoga tercpai azam 2015
ReplyDeleteAaminnn ... terima kasih sis :)
Delete