Breaking

Saturday, December 20, 2014

Pertama Kali Rasa Pisang Goreng Cheese!


Assalamualaikum!


Aku agak skeptikal bila first time dengar 'Pisang Goreng Cheese' ni. Boleh ke makan pisang goreng ngan cheese? Tak sakit perut ke? hahaha. 

Tapi bila aku berpeluang makan buat pertama kalinya 2 minggu lepas .... aku dah jatuh cinta! Mere pyar ....! haha.




Dua minggu lepas, first time aku beli pisang goreng cheese kat Pasar Malam Taman Maluri. Actually, banyak pilihan gerai pisang goreng cheese kat situ. Seksi kan pisang goreng cheese kat atas ni? Memang thorbaikkkkkk pisang goreng cheese yang aku beli ni ... sampai ke hari ni aku dok ngidam lagi hehehe.

Balik Melaka aritu ada gak aku try pisang goreng cheese kat depan Petronas menghala ke Tehel. Tapi tak menepati citarasa langsung! Pisang gorengnya dah sejuk ... pastu cheese pun tak cair. Pisang pun tak sedap baq ang ... aku rasa pemilihan jenis pisang juga menentukan kesedapan pisang goreng cheese tu. 




Petang tadi Pak Jelan bagitau ada gerai pisang goreng cheese kat Jalan Taman Maluri, dekat ngan tapak pasar malam. Aku yang dah kepingin merindu sangat ngan pisang goreng cheese terus ajak gi sana. Gerai ni terletak depan Dewan Komuniti kat Taman Maluri.

Kelmarin Pak Jelan cakap berbaris orang membeli ... so aku nak try sendiri hari ni.




Seksi hoh! haha. Berkilat-kilat mata nengoknya....yang ni strawberi flavor. Harga cuma RM6 dia buat 2 layer pisang ni. Memang puas makan baq ang! Lagi satu dia guna pisang abu ... memang kena ngan tekak! Pisang lain takleh gi la ...




Yang ni flavor biasa cuma RM5. Cheese pun dah cayak time ni ... memang menangkap kalbu masuk dalam tekak hahaha. 

Bagi aku la .... pisang abu paling sesuai antara semua jenis pisang. Saiz dia pun dah ngam dan rasanya memang sedap. Berbanding pisang goreng cheese yang aku beli kat Melaka aritu, dia guna pisang berangan dan pisang embun kalau tak silap. 

Tak sabar nak tunggu Rabu depan ... pisang goreng cheese mu tunggu aku datang! :p


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.