Breaking

Thursday, January 29, 2015

2 Tempat Paling Kerap Dikunjungi Di Sekolah!

Assalamualaikum!

Anak-anak dah masuk alam persekolahan, ibubapa adalah insan paling gumbira dan paling teruja. Bagi anak-anak yang sekolah menengah, mungkin 'gejala' ini tidak begitu kronik untuk dibincangkan tapi bila melibatkan anak-anak di sekolah rendah (melalui pengalaman sendiri) rasanya, ini boleh ditambah dalam senarai 'benda yang boleh buat ibu pening'! hehe.

Bila kakak melangkah ke sekolah rendah, dia sangat teruja dengan banyak perkara! Sekolah yang dulunya (tadika) kecil dan hanya ada beberapa bilik, tapi sekarang di sekolah rendah, dia boleh turun naik tangga 'memanjangkan' kaki meneroka bilik darjah, bilik guru, kantin even toilet! haha. Tak heran ... sebab ibunya pun dulu macam tu. I guess korang pun sama gak kan ... siap cikgu ada buat tour untuk murid darjah 1 dulu.

Bookshop!

So, from days to days ... weeks to weeks ...aku dapat melihatkan perubahan ketara pada diri kakak! Dia sudah mula bawa balik 'fancy' stuff from school! Duit belanja yang diberi habis diguna tapi bila ditanya beli makanan apa, dia cakap tak makan pun! Whatt??? So kakak beli apa? Dan dia bawak keluar 'fancy' stuff dari dalam pencil case dia ...!


gambar hiasan

Yang di atas ni contoh je. Yang dibelinya lagi cantik .. bentuk ladybird lagi! haha. Ada hari dia bawa balik pemadam bentuk bear dan truck kecil ..... haihh grrrrrr. Barulah aku mengerti perasaan mak bila mak membebel aku bazir duit beli pemadam fancy macam ni hehehe. Rupanya anak mengikut! haha. 

Yeah ... bookshop atau koperasi sekolah adalah 'heaven' bagi pelajar-pelajar sekolah haha. Time rehat, bookshop adalah tempat paling laris selepas kantin. Instead of pergi beli makanan, kakak akan 'menapak' kat bookshop tu dan 'cuci mata' sepuasnya sebelum memilih untuk beli apa. Tak puas bookshop kat sekolah rendah, dia akan sambung kat bookshop sekolah agama pulak. Ini bukan aku yang reka cerita tau ... ini testimoni dari anak dara aku sendiri hahaha. Dia boleh berani cerita kat ibu dia apa dia buat dan beli di bookshop sekolah hahaha. Haihh ... anak oh anak.

Aku faham perasaan kakak .. dia begitu terpesona dengan kecantikan getah pemadam tu. Kita pun dulu begitu jugak ye dak hehe. Pas beli satu .. beli lagi .. dan lagi ... dan lagi. Dalam pencil box aku tu penuh pemadam je ..! hehe.

Peti Ais Krim!

Di rumah bolehla kita control cakap makan nasi dulu baru boleh makan aiskrim. Di sekolah, sapa nak control? Even kita dah pesan awal-awal dalam kete pagi tu pun belum tentu dia boleh ingat hehe. Kakak dan adik memang aku hadkan timing diaorg makan aiskrim sebab aku taknak diaorg bangun pagi batuk kungkungkung dan hidung meleleh. 

Tapi, nama pun dah budak kan. Ada masa diaorg nak 'release' tension barangkali, dengan homework yang menimbun dan kepenatan seharian di sekolah. Bila terlihat ais krim kegemaran 'memanggil-manggil' dari dalam peti sejuk tu ... maka teringin jugak la nak makan hehe. 

Tapi bila dah masuk darjah 2 ni, kakak dah semakin kurang belanjakan duit di bookshop. Kalau ada pun, dia gi beli buku sekolah atau pensel atau sharpener. Tidaklah se'rancak' dulu hehe. Alkisah pagi tadi kami tiga beranak lambat ke sekolah/opis gara-gara kakak tertinggal barang di rumah. Geram tak leh nak kata la kat anak dara tu ... membebel aku sepanjang jalan. Sampai depan pagar sekolah, hulur terus RM10 kat dia dengan amaran keras petang nanti ibu nak tengok ada belen RM5! Aku nak tengok ke mana dia nak tujukan duit tu ... habis atau berbaki? huhu.



7 comments:

  1. yg bab bookshop tu setuju sgt.. hampir setiap minggu yaya kunjungi bookshop.. hoho.. kalau aiskrim tak pernah ..

    ReplyDelete
  2. Ena dulu pula asyik beli pensel batang yang ada corak bunga2 tu.. geram sebab cantik.. hari hari beli kat koop sekolah.. ekekekw

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah ina .. pensel ngan pemadam. Dua benda ni akak suka beli time sekolah dulu haha. Skrg anak mengikut ... adeh :D

      Delete
  3. rasanya kita dulu pun lebih kurang sama mcm tue jugak kot anim..sanggup ikat perut semata2 nak beli benda yang kita suka.. tak makan pn tak pe.. dah kenyang bila benda yg kita nk tue dapat..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kita serupaaaaaa ....! sanggup tak makan kan farah. Tapi bila anak buat kita plak rasa tak seronok hehe :D

      Delete
  4. Hehe... Nk marah xleh kan.. Sebbab mmg menurun..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.