Breaking

Wednesday, January 14, 2015

Adakah Normal Mempunyai Anak Yang Banyak/Suka Bercakap?


Assalamualaikum!


Aku juga teringin lama dah nak tanya soalan ni hehe. Dalam family, kakak adalah orang yang paling banyak bercakap a.k.a talkative. 

Kakak akan bercakap tentang apa saja yang dia nampak atau jumpa ... everything anything! Setiap kali ada ruang dan peluang dia akan keluarkan soalan-soalan yang boleh mencabar akal dan minda kita untuk menjawabnya haha.

Ibu dah banyak kali terkena ngan kakak masa mula-mula dia start bertanya dulu. Macam mana dia lahir, macam mana adik lahir, kenapa dia keluar kat perut adik keluar kat bawah, kenapa rambut dia tak lurus macam adik blablablabla ... 




So those parents yang anak masih kecil belum pandai bercakap atau bertanya .... get ready! Sebab korang juga akan kena 'terjah' dengan soalan-soalan macam ni satu hari nanti hehe. If tak jawab she will keep asking. If jawab tipu we will feel guilty sebab menipu anak. If jawab yang benar she will ask another question! 

It was quite challenging for me though ... tapi positifnya ia bagus untuk komunikasi dan perhubungan antara parents dan anak :)




So, normal ke kalau anak kita banyak bercakap? 

Menurut pakar, kanak-kanak yang aktif/banyak bercakap mempunyai tahap keyakinan yang tinggi serta kualiti yang baik. Apa yang berlaku di sekeliling mereka akan mencetuskan rasa ingin tahu yang tinggi dalam diri lalu mereka akan terdorong untuk mengetahui sesuatu perkara.

That's why kakak sentiasa ada soalan tentang apa saja! Kalau dia dah puas bertanya tentang benda disekelilingnya, dia akan tanya pulak pasal numbers! 

15 kali 3 berapa bu? ... Dan dia akan amik handphone aku .. bukak aplikasi kalkulator dan tekan nombor sambil tunggu jawapan dari aku hehehe.

Mempunyai anak yang aktif merupakan idaman setiap ibubapa, tetapi untuk menghandle anak yang suka/banyak bercakap adalah satu perkara lain ..! Truly speaking, bagi aku ia amat mencabar sebab aku jenis yang mesti ada silence hour! Means I'm not a talkative person ...lol. 

So jika korang berada dalam situasi yang sama macam aku dan rasa sukar atau tak tahu macam nak handle anak-anak yang banyak/suka bercakap, ada beberapa tips mudah di SINI yang boleh kita praktikkan.


Tips bagaimana nak handle anak yang talkative : 


  • Perkara pertama yang perlu kita faham ialah jangan sesekali menghalang percakapan anak dengan kita. Ini adalah kerana mereka sedang menunjukkan minat untuk bercakap dan berkongsi perasaan dengan kita. Kita akan perasan bila kita sibuk melakukan sesuatu, mereka akan datang pada kita dan bertanyakan atau bercakap tentang sesuatu. 

  • Apabila berhadapan dengan anak yang talkative, adalah penting untuk kita mendengar setiap apa yang mereka katakan dan berikan idea atau respon soalan mereka. Dengan cara ini, kita akan dapat membantu mereka untuk memahami mana yang betul dan mana yang salah.

  • Ibubapa perlu faham bahawa anak-anak akan mengambil masa untuk memahami bila masa untuk diam dan bila masa yang sesuai untuk bercakap. Justeru, kita perlu banyak bersabar.

  • Jika kita mahu mereka belajar bagaimana untuk senyap, bawalah mereka ke perpustakaan berhampiran selama satu jam dan minta mereka untuk senyap ketika di dalam perpustakaan. 

  • Kita juga boleh wujudkan silence hour di rumah, dimana kita boleh ajarkan mereka untuk diam selama 15 minit dan sedikit-sedikit panjangkan masa tersebut. Namun, pastikan kita mendengar anak-anak apabila mereka bercakap

  • Anak-anak yang talkative sentiasa bertenaga, sekiranya kita pandai menyalurkan tenaga itu dengan cara yang betul ini akan membantu mereka untuk belajar sesuatu yang baru. Mintalah anak untuk melakukan seni seperti melukis, mewarna dan buat kolaj yang pastinya akan menjadi satu hobi baru yang menarik!

  • Sekiranya anak anda berumur 3-4 tahun, pada peringkat inilah kita boleh kembangkan kemahiran membaca mereka. Telah terbukti bahawa kanak-kanak yang talkative suka bercerita dan mereka cerita mereka sendiri. Ini menunjukkan mereka suka membaca sesuatu yang baru. Justeru, ibubapa boleh membantu anak-anak mengembangkan hobi membaca.

So there you go! simple tips untuk bagaimana kita nak handle anak-anak yang suka/bercakap. Kesemua poin di atas sangat benar especially poin nombor 1,2,5,6 & 7.

Poin nombor 3 aku tak try lagi, tapi kakak memang nak sangat masuk perpustakaan negara tu hehe. Poin nombor 4 dah try dan setakat ni belum lagi berjaya hahaha. Silence hour kat rumah tu hanya berkesan kat ibu & ayah je ... kakak & adik memang akan keep on talking! :p

Melayan anak bercakap memang boleh menjadi sukar sebab ia memerlukan kita mendengar mereka sepanjang masa. Dan, kerap terjadi mereka akan mencelah semasa kita bercakap. So, main point ialah kita as parents kena BANYAK BERSABAR bila berhadapan dengan mereka. Jika kita menghalang mereka dari bercakap sesuatu, ada kemungkinan akan wujud jurang antara kita dan anak-anak kita. 

Surely, we don't want that right ..! ;)


8 comments:

  1. rasa normal je tu hanim,emm...tak taulah nanti awfiyah macm mana...kot sama suka bercakap..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la tu kak kalau awfiyah suka bercakap, cuma kita ni kena banyak mendengar dan tahu camna nak respon :)

      Delete
  2. Sukar juga erkk nak tangani Ank yg byk ckp n brtnya ni,lya pun ada Ank saudara yg mcm ni,mindanya kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. sukar kalau kita tak tahu caranya. Once dah tahu, insyaAllah boleh handle hehe. Memang betul Lya ... budak suka bercakap ni kuat ingatan. Benda dah lama pun dia boleh ingat balik! hehe

      Delete
  3. anak sedara acik banyak sngat cakao.. kadang penat nak jawab pertayaan dia yang pelbagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tau takpe ... hanya yang mengalaminya saja yang memahami :D

      Delete
  4. Akiff pun jenis byk cakap... sebelum tido mcm2 dia tanya... kite suruh tido die sebok tanya itu ini... pintu dah kunci belum... lampu dah tutup blum... ekon dah tutup blum... kenapa kena g school... grrr... tapi layankan jer...

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.