Assalamualaikum!
*Sticky post untuk 24 jam*
*Scroll bawah untuk baca entri terbaru*
Membesarkan dua orang anak perempuan mungkin kedengaran mudah, tapi tidak bagi aku! Antara cabaran terbesar yang perlu aku hadapi adalah apabila anak-anak sudah mula cerewet dan memilih makanan. Tambah bila mereka tahu dalam makanan tu ada sayur atau bawang, pasti akan ditolak awal-awal!
Ibubapa mana yang tidak mahu anaknya sihat. Sihat bukan sekadar sihat tubuh badan tapi juga sihat dari segi perkembangan mental atau dari istilah saintifiknya perkembangan kognitif.
Apa itu perkembangan kognitif?
- Perkembangan kognitif - kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, meamhami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain.
- Teori perkembangan kognitif dipelopori oleh Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Pemikiran kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Ini bermakna, ia adalah satu proses memperkembangkan daya fikir dan membina pengetahuan kanak-kanak.
- Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan,. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Piaget juga telah mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu iaitu :
- Kematangan biologi
- Interaksi individu dengan persekitaran
- Pengalaman sosial dan,
- Keseimbangan.
- Menurut prof. Madya Dr. Rohani Bin Abdullah (2003) melalui buku beliau yang bertajuk "Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah", kognitif merujuk kepada intelek atau pemikiran individu.
Seperti mana kita memahami akan kepentingan perkembangan mental seiring dengan tumbesaran anak-anak, maka adalah penting untuk kita mengetahui juga tentang peranan pemakanan yang betul agar nutrisi sihat dapat diserap oleh anak-anak kita.
Contoh nutrien yang menyokong perkembangan mental si manja |
Secara ringkasnya, setiap peringkat umur mempunyai keperluan nutrien yang berbeza. Sebab itu corak pemakanan anak-anak perlu dititikberatkan supaya nutrien yang diserap dapat dimanfaatkan untuk perkembangan otak yang sihat dan pintar.
Nak tahu banyak lagi tentang kepentingan nutrisi dan kelebihannya untuk anak-anak kita? Jom luaskan lagi ilmu kesihatan si manja dengan menyertai Bengkel Dutch Lady Tahap Kebijaksanaan Si Manja yang akan menemui anda di lokasi dan masa berikut :
Tajuk : Tahap Kebijaksanaan Si Manja. Kebaikan Nutrisi untuk perkembangan Bijak Si Manja
Tarikh : 24 Januari 2015 (Sabtu)
Masa : 10.30am (Pendaftaran bermula dari 9.30am)
Tempat : Auditorium, Connexion@Nexus, Bangsar South
Bukan saja anda dapat input berguna dari panel pakar jemputan khas, tapi juga anda berpeluang bertemu dengan Mia Sara, duta rasmi Dutch Lady di bengkel nanti! Wowwwww ... tak sabar nak jumpa Mia ni :)
Aku diberitahu bahawa tempat adalah TERHAD! So, cepat-cepatlah daftar untuk bengkel bersama Dutch Lady sebab kalau tak join tersangatla rugi ..!
Pada yang belum mendaftar, yuran pendaftaran adalah sebanyak RM30 untuk sebuah keluarga/pasangan. Dan, setiap keluarga akan diberikan satu kit Bengkel Dutch Lady Tahap Kebijaksanaan Si Manja yang bernilai RM50!!
Untuk pendaftaran,
Hubungi talian bebas tol
1800-22-1233
ATAU
Emel
mail@bridgespr.com.my
Bayaran boleh dibuat samada melalui tunai atau perbankan melalui talian (online) :
Bank : Maybank
Nama : Bridges PR &Events Sdn Bhd
Nombor Akaun : 5144-4012-1112
Jangan lupa untuk mendaftar sekarang dan mulakan langkah anak anda dengan sihat! Jumpa anda di sana ye! ^^
Menarik ni Kak. Untuk Baby 8 bulan ade ke?
ReplyDeleteAkak, Jom la join GA Papaglamz..
RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ
Boleh juga kalau berminat :)
Delete