Assalamualaikum!
Budak baikkkkk .... bila dicakapkan elok-elok memanglah kebiasaannya payah nak ikut. Bila dimarah tahu pulak sentap. Bila ditegur jangan berlari jangan berlari ... telinga tu tak berapa nak dengar sebab seronok sangat berlari, bila dah jatuh terjelepuk atas batu tar ...haaaaaa baru nak sedor diri!
Inilah yang dinamakan keseronokan melampau yang membawa padah! Haaa .. terlampau seronok sangat ... berlari tak ingat yang awak tu pakai skirt Frozen je, akhirnya yang berlubang lutut awak sendiri.
Kejadian pagi Sabtu lepas ... ayahnya turun ke kereta tengok-tengok anak dah menangis dengan lutut berdarah. Yang adik cakap kakak tolak dia jatuh .... yang kakak buat muka inesen. Mujur la ibu masih di atas rumah lagi .. kalau ibu yang tengok ni dulu, memang ibu tambahkan lagi 'perisa' bagi sedap lagi.
Pujuk pujuk sambil cakap 'nanti ibu tambah lagi', lagi tinggi pitching dia menangis hehe.
Dah tu ... nak marah benda dah jadi. Dah diberi peringatan sebelum kuar umah, tapi bila dah jumpa tanah gini la jadinya huhu. Bila dah sakit dah tengok darah meleleh kuar, baru nak cari ibu. Mujur dalam kereta stenbai dah minyak gamat ... bersihkan luka ngan air, sapu-sapu minyak sambil pujuk dia.
Hampir separuh jalan la aku membebel kat dia. Mula la dia cakap taknak gi sekolah Isnin nanti, tak larat nak jalan, tak boleh pakai suar panjang blablablabla. Sorry dik ... ngan ibu takda alasan untuk tidak pergi ke sekolah kecuali sakit teruk. Lutut je berdarah ... tapi boleh jalan lagi kan. Kang sat gi kat tempat event tu mesti adik boleh lupa sakit adik ni.
Tak percaya? tungguuuuu .....
Sampai kat tempat event nampak ada kolam cantik comei kat situ, ingatkan nak suruh la diaorg bergambo di situ ...tak sampai 5 minit berdiri adik dah pegang lutut pastu terhenjot-henjot berjalan cari tempat duduk hehe.
Dah ... sapa suh berlari. Kakak pulak take over job ibu membebel sapa suh pakai skirt tak tutup aurat .. tengok cam kakak pakai suar jeans panjang tutup aurat. Kalau jatuh pun suar je yang koyak tapi lutut sihat lagi. Paling teruk pun kena marah ngan ibu je sebab koyakkan suar jeans bundle ((hahaha)).
((bebel lagi kak bebel lagi kat adik tu. Biar dia faham sikit)) hehe.
Macam ibu cakap tadi, adik kalau dah nampak mainan memang sakitnya akan hilang otomatik! Tak da nangis takda merengek takda komplen lutut tak selesa. Dia bantai main kat situ, bergelak ketawa berlari sana sini macam takda rupa orang baru jatuh hehe.
Mujur jugak la .... kalau tak ibu pun tak senang nak buat job dan ayah tak senang nak makan hehe.
Dan, semalam walaupun dalam sakit-sakit masih sudi nak tolong ibu bersihkan peti sejuk. Nak pulak menolong tu walaupun kita dah membebel kat dia sebelum tu hehe. Ayat cliche dia, boring kalau takda benda nak buat hehe. Hurmm ... mana tak 'cantik' lutut ko dik ... memang tak reti duk diam! hehe.
hahaha comel la..
ReplyDeletehi..hi..puh kiri puh kanan, budak baik memang begitu...
ReplyDelete