Assalamualaikum!
*Sticky post untuk 24 jam*
*Scroll bawah untuk baca entri baru*
*Sticky post untuk 24 jam*
*Scroll bawah untuk baca entri baru*
Perkara penting dalam membesarkan anak-anak adalah menjaga dan memastikan mereka sihat dan ceria.
Sebagai ibubapa kita tentunya inginkan yang terbaik buat anak-anak kita. Sejak dari dalam kandungan sehinggalah mereka dilahirkan, setiap aspek kehidupan mereka menjadi keutamaan kita. sebagai ibu kepada dua orang anak yang sedang meningkat dewasa, aku juga tidak mahu mereka terlepas dari mendapat nutrisi yang secukupnya dari pemakanan seharian.
Nutrisi pemakanan sangat penting kepada tumbesaran fizikal dan mental anak-anak kita. Bayangkan jika anak-anak kita kurang nutrisi, sudah tentu ia akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan mereka. Bila anak-anak tak sihat, kita pun rasa tak bersemangat nak melakukan kerja lain betul tak.
Sedikit fakta mengenai NUTRISI :
- Menurut SEANUTS atau Southeast Asian Nutrition Surveys, nutrisi memberi impak terhadap kepintaran atau IQ kanak-kanak
- Ketika mental kanak-kanak berkembang secara berperingkat, adalah penting untuk ibubapa mengawasi pencapaian perkembangan minda serta membantu mereka membesar dengan lebih baik dan lebih bijak dengan menyediakan khasiat pemakanan yang sesuai pada setiap peringkat.
Penyediaan nutrisi pemakanan amat penting pada setiap peringkat umur. Terutama untuk anak-anak yang sedang membesar dan aktif. Bila tubuh sihat dan aktif, ini bermakna mereka telah mendapat kebaikan dari nutrisi pemakanan yang kita sediakan.
Untuk lebih memahami kepentingan dan manfaat nutrisi pemakanan anak-anak kita, Dutch Lady akan mengadakan bengkel yang penuh informasi serta menyeronokkan di mana pakar akan berkongsi maklumat dan pemahaman tentang perkembangan mental si manja.
Ibubapa yang mempunyai anak berumur 1 hingga 6 tahun berpeluang mempelajari cara untuk mengoptimumkan perkembangan mental si manja dengan gaya pemakanan yang sesuai. Dan semua ini akan dikongsikan oleh 3 orang panel pakar dalam bidang Psikologi, Pemakanan dan Pediatrik.
Dr. Alvin Ng
Dr. Yong Junina Fadzil
Prof. Dr. Poh Bee Koon
Bagaimana nak sertai bengkel bersama Dutch Lady?
Tajuk : Tahap Kebijaksanaan Si Manja. Kebaikan Nutrisi Perkembangan Bijak Si Manja
Tarikh : 24 Januari 2015, Sabtu
Masa : 10.30 a.m (Pendaftaran bermula dari 9.30 a.m)
Tempat : Auditorium, Connexion@Nexus, Bangsar South
Yuran pendaftaran sebanyak RM30 untuk sebuah keluarga/pasangan. Setiap keluarga yang menyertai akan menerima SATU kit Bengkel Tahap Kebijaksanaan Dutch Lady yang bernilai RM50!
Ibubapa yang berminat boleh mula mendaftar sekarang. Untuk pendaftaran,
Sila hubungi talian bebas tol : 1800-22-1233
Emel : mail@bridgespr.com.my
Bayaran boleh dibuat ke akaun bank penganjur bengkel melalui tunai atau perbankan dalam talian :
Bank : Maybank
Nama : Bridges PR & Events Sdn Bhd
Nombor Akaun : 5144-4012-1112
Anda dan simanja juga turut berpeluang mempelajari teknik untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran melalui latihan Speedsmart. Nak tahu apa itu Speedsmart? Kenalah mendaftar sekarang juga! ^^
Jom sama-sama kita sertai bengkel Dutch Lady dan ambil ilmu sebanyak yang mungkin demi perkembangan mental yang baik untuk anak-anak kita. Semestinya nutrisi untuk perkembangan bijak si manja.
Yeayyyyyy!!!anim pun join.. boleh jumpa nanti.. =D
ReplyDeletejumpa di sana dear ..! ^^
Deletetq abg khai :)
ReplyDeletemenarik...
ReplyDeletewah.. menarik sangat artikelnya , .. jangan lupe kunjungi blog ana di gooess.blogspot.com and download ebook islam terbaru...
ReplyDeleteanak saya minum susu dutch lady gak. sbb paling senang nak beli.. kiosk2 kecik pun ada je jual. hihihihifollow la blog saya
ReplyDelete