Breaking

Monday, January 05, 2015

Malu Tapi Mahu ....


Assalamualaikum!

Petang semalam bawa dua beradik ni gi main kat taman permainan. Dari rumah berkobar-kobar nak main ... siap ajak ibu jogging lagi! Tapi bila sampai sana ... hurmm masing-masing melekat kat ibu hehe. Rupanya diaorg malu ... tengok budak-budak lain main kat situ. Malu nak bercampur kekdahnya ....

Gi la main kat sana ... ibu tunggu sini.

Taknak ... ramai orang. Jom la ... ibu ikut sekali ...

Ish ... ibu duduk sini je la. Kakak dan adik gi main kat sana. Kawan ramai tu ... mana tau kakak dan adik dapat kawan baru arini.

Dua-dua tak berganjak ... dok melekat lagi kat sebelah aku hehe. Terpaksa la aku bangun dan iring diaorg ke tempat tu. Barulah diaorg nak panjat tangga gelungsur huhu. Yang kakak nak main gayut-gayut ... tetiba disapa dua orang budak kat situ. 




Haaaa kan betul ...! sekejapan je kakak dah dapat kawan baru. 'Melekat' terus dia ngan kawan dia tu huhu.

Hajat di hati tu memang nak berkawan ... tapi tak tau nak mula dari mana. Tu yang jadi pemalu tu. Tapi kalau gi mana-mana pun, kakak memang senang dapat kawan baru. Biasanya kawan tu yang tegur dia dulu ... dia senyum tak kuar bunyi hehe.




Berlainan ngan adik ... adik memang pemalu kuasa dua! Orang nak kawan ngan dia pun dia malu ....! Sanggup dia tak main selagi dia tengok ada budak lain main kat situ haha. Adoiii .... 

Nak kata dia tak biasa berkawan ...di sekolah dia dah biasa bergaul ngan rakan sekelas. Tapi kalau ngan budak baru kenal ... memang dia susah nak mulakan melainkan dia betul-betul kenal dan ingat budak tu.

Ikut perangai ibu la ni kot ... ibu dari dulu sampai sekarang pemalu orangnya. Ehh ..... hahaha! :P


3 comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.