Assalamualaikum!
Amboi amboiii tajuk kontroversi sangat ni! haha. Ini bukan nak citer kisah peribadi i minta dipeluk suami ye. Tak baik citer begitu ... tak sesuaiiiiii! Sekali sekala kita 'tukar angin' la citer pasal hubungan suami isteri kan hehe.
Dalam family, pelukan adalah sesuatu yang perlu ada dan wajib dibuat. Siapa yang paling kerap korang peluk? anak? ibu? ayah? suami? isteri?
Pelukan adalah satu cara kita menzahirkan rasa kasih dan sayang pada orang yang kita peluk tu. Kalau yang suami isteri masih belum ada anak, maka pasangan kitalah orang yang kita kena peluk setiap hari. Kalau ada anak-anak, peluklah anak-anak, suami dan isteri sekali.
Peluk ada macam- macam jenis cara. Ada suka peluk pasangan dari belakang. Ada suka peluk anak bila anak berlari ke arah dia. Macam-macam cara ....
gambar hiasan |
Dari apa yang aku baca di SINI, ada 5 jenis pelukan siap dengan maknanya sekali! Wow .... aku tak tau pulak lain peluk lain maknanye hehe.
1. Merangkul Seluruh Tubuh Anda
Biasanya pelukan ini terjadi ketika ada ketegangan ataupun masalah pada anda berdua. Pelukan ini bermakna untuk menenangkan anda. Pelukan ini juga bererti pasangan anda ingin meminta maaf.
2. Memeluk Sambil Meletakan Kepalanya Di Bahu Anda
Pelukan ini dilakukan suami ketika memerlukan anda. Ada beberapa perkara ini menyebabkan pelukan ini terjadi seperti rindu, penat dan sebagainya. Jika suami anda meninggalkan ciuman dibahu anda, ia bermakna dia tidak mahu kehilangan anda.
3. Merangkul Dari Belakang
Pelukan dari belakang menandakan adanya rasa bahagia, rasa ingin melindungi, rasa cinta dan kemesraan.
4. Merangkul Dari Tepi
Pelukan ini sangat friendly, dilakukan atas sebab support atau sokongan yang tidak keterlaluan kemesraannya.
5. Memeluk Dari Pinggang
Pelukan ini menunjukan perpaduan antara cinta dan ghairah. Boleh jadi suami ingin melakukan hubungan intim dengan anda. Boleh jadi juga ianya satu foreplay. Pelukan ini juga boleh menjadi pelukan harian yang mampu memberikan anda semangat kepada anda.
Yang mana satu korang? Tak perlu jawab di sini ... jawab dalam hati sudah hehe. Aku? Ishh mana leh gitau .... shhhhh.
So mulakan hari ni untuk memeluk pasangan korang. Kalau dia tetiba cakap kita buang tebiat nak peluk dia ke, ignorekan aje dan teruskan peluk dia hehe. Memang begitulah penerimaannya masa mula-mula kan sebab kita tak biasa peluk dia sebelum ni. Tak kisah sapa peluk sapa dulu ... jangan ego! Masing-masing kena rebut peluang nak dapat pahala dan rahmat dari Allah, jadi jangan kedekut kederat!
Tak biasa dipeluk? atau tak selesa dipeluk pasangan? Ish ... janganlah begitu. Kalau gitulah kekdahnya korang ada masalah dalam hubungan emosi dengan pasangan. Kena start belajar peluk pasangan dan peluk tak semestinya berakhir dengan hubungan kelamin. Jadi jangan takut nak peluk pasangan korang. Bukan orang lain pun kan :)
Hehehe. Yang no 5 tu.
ReplyDeletehaipp .... jawab dalam hati je hehe :D
DeleteErkkk~
ReplyDeletealamak.
entry untuk yang dah kahwin. =P
sy tak kahwin lagi. Kbai
Larikkkk
Yang tak kahwin lagi pun takpa boleh baca ... nanti amalkan sesudah kahwin ye :)
DeleteBaru tau ade maksud jenis peluk2 ni..hehe
ReplyDeletesama kita sis hehe .... ada makna di sebalik pelukan tu :)
Deletegood sharing..:)
ReplyDeletealhamdulillah :)
DeleteAkak xde laki...sapa nak peluk akak ni...
ReplyDeletebuat masa ni peluk anak dulu kak hehe :D
Deletejawab dalam hati... hihihi
ReplyDeletebaguih hehe :D
Deleteaummmmmm nak kena save ni bagi mr d baca hahahhahahah....
ReplyDeletePerut pon ada maksud kan.heheheh seronok nau kene peluk cmgini hehehe
ReplyDeleteHehehe peluk jgn tak peluk ..Peluk erat2 tau ...
ReplyDeletemari kita selalu peluk pasangan :) dpt pahala tau!!!
ReplyDeletenice sharing...
Hehe... Mampu tersenyum je baca entry ni...
ReplyDelete