Breaking

Tuesday, January 20, 2015

Rahsia Telur Dadar Jadi Sedap!


Assalamualaikum!

Sabtu lepas demam kakak kembali ..! Khamis sebelumnya dah mc sehari ... haihhh baru bulan Januari dah mc ye kak hehe. Patutnya pagi tu ada sambutan maulidur rasul di sekolahnya, tapi aku tak benarkan dia pergi sebab suhu badan naik. Kesian kakak ... berkobar-kobar dia nak pergi tapi dah ibu tak benarkan atas sebab kesihatan, maka terpaksa turutkan.

Dalam tak sihatnya tu, sempat lagi dia bukak soalan kat ibu ...

Bu ... kakak tak pergi maulidur rasul ni camna kakak nak selawat nanti?

Sayang ... nak selawat tak semestinya kena tunggu maulidur rasul, dan tak semestinya kena buat ramai-ramai  dan tak semestinya di masjid. Dimana-mana pun kakak boleh berselawat ... even kakak tengah baring-baring tengok tv pun masih boleh selawat. Macam yang ibu selalu cakap, luangkan masa 5 minit tuk selawat ke atas Nabi .. itu pun dah cukup kak. Dah ... kakak just rehat, nanti ibu cakap ngan cikgu kenapa kakak tak dapat pergi ..ok

Pastu barulah dia rasa lega sikit.




Time nak masak tuk makan tenghari, aku ke dapur macam biasa. Tanak nasi, rendam suhun dan nak goreng telur dadar. Datang si kecik 'dora' ibu ni dengan muka penuh harapan ...

Buu... adik nak tolong boleh?

Boring lettew .... kakak dah terbaring di depan, takda teman bermain akhirnya ke dapur jugak dia masuk hehehe.

Ape keje nak bagi pada budak yang baru berumur 6 tahun? Nak tolong ibu masak katanya ....

Semangat betul anak dara ni bila ibunya bagi 'green light'. Of course aku tak bagi dia pegang benda tajam, panas, berat dan berkaca! Syarat-syarat itu wajib kakak dan adik patuhi kalau nak tolong ibu. Lagi satu, adik hanya boleh buat kalau ibu bagi kebenaran ... kalau tidak, sila bersabar ye :)




First basic lesson anak di dapur ialah ... goreng telur dadar! hahaha. Yang ni senang dan tak membahayakan betul tak hehe. Lagipun dulu makanan pertama yang Wan ajarkan aku ialah cara goreng telur dadar hehe. So, sekarang menurun ke anak pulak ye .... :)

Aku ajarkan dia cam mana pecahkan telur dengan betul. Bila nampak telur tu jatuh dalam mangkuk ..Wahhhh ... telurrrrr! kemain jakunnya tu walhal bukan tak pernah nampak telur mentah sebelum ni pun hahaha. Ibu tau ... ibu tau .... ini yang dinamakan P.E.N.E.M.U.A.N! agagagagaga :D

Dah habis 3 biji dia pecahkan, dia amik garfu plastik pastu kacau. Mentang-mentanglah ibu cakap tak boleh pegang benda tajam ... haihhh ... berjanggutla nak menunggu telur tu jadi sebati hahaha. 

Takpe dear ... we go slow slow ha.




Inilah rupanya telur dadar yang dikacau oleh chef assistan kita tadi hehe. Kemain seronok dia dapat nolong ibu masak di dapur. Dapat kacau-kacau sikit pun jadikla .... kalau takda benda nak buat boring katanya huhu. 

So tiap kali aku nak goreng telur dadar, aku akan panggil samada kakak atau adik untuk tolong aku di dapur. Tak boleh panggil dua-dua ... kang ada yang berkungfu dengan telur di dapur hahaha.

Ok la ni ... kira anak-anak dara ibu pass goreng telur dadar. At least kakak dan adik dah ada basic lesson di dapur ... 

Basic la sangattt! :p




9 comments:

  1. wokay..anak2 dara sunti jangan lewat masuk dapur belajar tolong ibu memasak.. ; jangan pandai oder jerk ! hurmm..

    ReplyDelete
  2. sedap tu...

    http://jmbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. alamak.. terbayang pulak..rasanya x sabar my baby tolong mak dia kat dapur...tumpang berangan kejappp kak.. hehehe

    ReplyDelete
  4. sama la anak perempuan saya pun asyik request nak tlg kat dapur. dan benda yg saya bagi samada tumbuk bawang putih atau kacau telur hehehe

    ReplyDelete
  5. anak2 mesti suka tu..

    ReplyDelete
  6. rajinnya dia...moga esok besau,lebih rajin tolong ibu,boleh la ibu goyang kaki...

    ReplyDelete
  7. Ok la ni...
    Rahsia nya ~ telur buatan anak dara sunti yg bwh umur dan comel ☺☺☺

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.