Breaking

Monday, January 26, 2015

Rotan Anak


Assalamualaikum!


Citer pasal rotan .... sapa yang tak pernah kena rotan? Kebanyakkan dari kita pernah dirotan, dihanger atau ditali pinggangkan masa kecik dulu betul tak? Bukan aku nak kata, bila kena rotan tu dah besar baru jadi orang ...tak. Mungkin pada orang lain dengan cara dia dirotan dulu, sekarang dia jadi lebih baik atau telah berjaya. Mungkin pada orang lain, bila lihat tanda berbirat kesan kena rotan tu, dia jadi insaf dan tak mau melakukan kesilapan yang sama lagi.

Itu dulu punye story .... budak-budak dulu.

Budak-budak sekarang ....? Makin kita 'keras' makin diaorg lagi 'mengeras'! Kalau kita cakap sepatah jawabnya berpatah-patah siap dia pulak marah kita balik. Nak rotan? boleh ... tapi apa situasinya yang membolehkan kita merotan?

Di rumah ni pun ada rotan yang ayahnya beli tahun lepas. Masih elok tersangkut lagi di dinding hehe. Ada rotan tak semestinya wajib kita nak guna untuk rotan diaorg. Suruh diaorg tengok rotan tu pun dah ok dah hehe. Faham-faham je la,nama je anak pempuan tapi 'hebat'nya perangai masing-masing mengalahkan 10 orang anak lelaki! Maka, ibu yang lemah semangat ini tidak mampu untuk mengawal keadaan ... dan akhirnya anak-anak dara disuruh tenung itu rotan di dinding hehehe.

Takda sapa yang suka merotan anak sesuka hati. Yang mendera itu bab lain .. dan aku sokong pendera itu dikenakan tindakan. Tapi kebiasaannya mesti ada sebab kenapa rotan itu digunakan. Cer tengok time kita kecik-kecik dulu ... apa sebab abah rotan? sebab kita panjat pokok .... mandi sungai .... main tak ingat maghrib ... blablablabla.

Dah bila tiba depan pintu, abah dah pegang rotan haha. Esok nak buat lagi tak?? takkkk .... or at least dalam seminggu tu tak pergi dah la hehehe.


gambar hiasan


Syarat Merotan Anak Menurut Sunnah

Pandangan berikut ialah semata-mata panduan daripada sudut fiqh. Perbincangan mengenai memukul anak ini perlu dilakukan menyeluruh, termasuk bagaimana pengasihnya nabi ke atas kanak-kanak, dan juga elemen psikologi yang lain.

1. Merotan atau memukul dibenarkan taktala anak mula berumur 10 tahun
Sabda nabi:
مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع، واضربوهم عليها وهم أبناء عشر
(Ajar anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun)
(Riwayat Abu Daud)

2. Tidak melebihi 3 kali bagi hukuman rotan biasa, atau 10 kali bagi hukuman qisas.
لا يجلد فوق عشر جلدات الا في حد من حدود
Hadith Abu Hurairah, Sabda Nabi: 
Tidak boleh merotan melebihi 10 kali melainkan pada hukum hudud 
(Hadith Bukhari)

Menurut Umar Abdul Aziz: Guru-guru tidak boleh merotan melebihi 3 kali, kerana ianya boleh menimbulkan fobia dan kebimbangan kepada kanak-kanak.

Menurut al-Dohak: Apa-apa sahaja pukulan atau rotan yang melebihi 3 kali, maka ianya adalah qisas.

3. Rotan itu tidaklah terlalu keras, tidak pula terlalu lembut atau basah/lembab, sehinggalah boleh meninggalkan bekas dan kerosakan yang teruk pada kulit.

عن زيد بن أسلم : أن رجلا أعترف بنفسه بالزنى على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم فدعا رسول الله صلى الله عليه وسلم بسوط فأتي بسوط مكسور فقال : (فوق ذلك) فأتي بسوط جديد لم تقطع ثمرته فقال : (بين هذين) فأتي بسوط قد لان وركب به فأمر به فجلد
Diriwayatkan oleh Zaid bin Aslam katanya, seorang lelaki telah mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW maka Rasulullah meminta sebatang tongkat untuk disebat lelaki itu, apabila tongkat yang dikehendaki dikemukakan kepada baginda Rasulullah SAW. didapati tongkat itu pecah-pecah, lalu baginda minta tongkat yang lain, apabila tongkat yang kedua dibawa kepadanya didapati pula tongkat itu daripada dahan kayu yang baru dipotong, Rasulullah SAW menolaknya lagi dan meminta tongkat yang sangat sederhana yang tidak keras, Rasulullah SAW menerimanya dan memerintahkan supaya disebat dengannya. 
(al-Muwatta’)

4. Cara merotan menurut Syeikh al-Faqih Shamsuddin al-Anbani:

i. Memukul di tempat yang berbeza, bukannya pada satu tempat di badan manusia sahaja.
ii. Memanjangkan tempoh rotan pertama dengan yang seterusnya.
iii. Tidak mengangkat tangan sehingga boleh kelihatan ketiaknya.

5. Tempat dibenarkan memukul: semua anggota badan kecuali kemaluan dan muka (tambahan al-Ahnaf: seluruh kepala)

Kata Ali ketika menjatuhkan hukuman had ke atas peminum arak: Sebatlah seluruh anggota badan tetapi elakkan muka dan alat kemaluan.

عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : (إذا ضرب أحدكم فليتق الوجه) رواه أبوداود.
Sabda Nabi: Sekiranya seseorang itu merotan, elakkan wajahnya (Abu Daud)

Sebahagian ulama’ salaf mencadangkan agar dirotak di tapak tangan dan kaki.

6. Berhenti seketika sekiranya yang sedang dirotan menyebut nama Allah.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : قال صلى الله عليه وسلم (إذا ضرب أحدكم خادمه فذكر الله فارفعوا أيديكم) رواه الترميذي
Daripada Abi Sa’id Al-Khudri, Sabda Nabi: Sekiranya kamu merotan (dengan sebab) akan pekerja kamu, kemudian dia menyebut kalimah Allah, maka tangguhkan dahulu. 
(al-Tirmizi)

Daripada Ustaz Dato' Shamsuri Bin Shafie Pengasas/Penasihat Pusat Rawatan Islam At Tobibi EXCO Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia GAPPIMA/Team Trapi Hati Malaysia

Dalam Islam pun ada adab dan tatacara nak merotan. Bukanlah nak kata Islam menerapkan amalan kekerasan dan kegarangan dalam soal mendisplinkan anak tapi, garis panduan yang diberikan pada kita pun ianya tidak sekeras dan seganas yang kita sangka sampai boleh dikategorikan sebagai jenayah terhadap kanak-kanak.

Tak dinafikan ibubapa lebih suka merotan ikut sedap dari ikut Islam. Sebab tu, bila sorang dua buat habis semua terkena. Islam dah bagi garis panduan tinggal lagi kita nak ikut atau tidak. 

Sekarang kita pilih ... nak ikut Islam atau nak ikut orang?


3 comments:

  1. Betul.. Sunnah rotan sbnrnya...

    ReplyDelete
  2. hurm... bila fikir2 balik, kita nie mmg dah akhir zaman... lepas nie kalaulah ibu bapa lagsung dah takleh nk rotan anak, siap boleh masuk penjara bagai.. mesti budak2 yg degil n nakal2 pun bertambah besar kepala.. rotan utk mendidik sy rasa masih sesuai, rotan yg mendera tu yg patut kena tindakan penjara..

    ReplyDelete
  3. aida memang bantah le if dewan luluskan undang2 mengarut ni.
    sgt against agama kita. sunnah tu!!!
    aida sendiri anak sulung da 10 tahun.
    kena apply la konsep gantung rotan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.