Assalamualaikum!
Dah 2 minggu dia asyik tanya soalan yang sama. Nak dibantah tak sampai hati ... nak diikut hari-hari sekolah, mana sempat nak pergi sana. Tapi semalam kan cuti, so dengan niat tulus ikhlas seorang ibu tidak mahu menghampakan permintaan si anak ... maka, kami tiga beranak pun berangkat la ke Perpustakaan Negara!
Tiga beranak je .... ayahnya dah selamat mendarat di Kuantan untuk jangkamasa yang agak lama. Takpe .. kami dah biasa ditinggalkan demi tugas hehe. Tinggal girl power je la hehe. So, pagi semalam lepas brekpes dan hantar ayahnya ke opis, kami patah balik ke Perpustakaan Negara.
Dengan wajah keterujaan seorang anak yang nak tahu bagaimana rupanya perpustakaan negara, kami pun selamat sampai depan pagar perpustakaan ...
Pusing kat belakang tengok semua pagar bertutup ... rupa-rupanya semalam Public Holiday la!! *tepukdahi*
Bukan salah anak-anak ... tapi salah ibu. Lupa memanjang ibu kebelakangan ni ... lupa yang kita ni duduk di KL bukan Selangor haha. Kecewa si sulung tu ... teringin benor dia nak masuk dalam Perpustakaan Negara. Nak baca dan pinjam buku katanya ... hurmm i'm so sorry sayang.
Tengok kat pagar ada tampal notis ...
"Perkhidmatan PNM akan ditutup kepada orang ramai bersempena dengan hari Wilayah Persekutuan (1 Februari) dan Thaipusam (3 Februari). Perkhidmatan akan dibuka semula kepada orang ramai pada 4 Februari 2015"
Plan A tak menjadi. Bagi menebus kekecewaan mereka, aku bawa mereka ke Taman Tasik Titiwangsa. Alang-alang dah dekat ngan Perpustakaan Negara tu, cuma perlu U-turn balik je.
Pagi-pagi dah meriah ngan budak-budak dan remaja yang melakukan macam-macam aktiviti. Kakak dan adik dah nampak kasut roda ngan basikal ... apa lagi ... inilah masanya kita pau ibuuuuu! hahaha :p
Nak dijadikan cerita, aku sewa satu scooter tuk kakak dan satu basikal dewasa untuk bawak adik. Haih ... tak pasal-pasal ibu kena mengayuh di pagi hari. Habis cair lemak-lemak ibu yang tak seberapa ni! haha. Tapi dah anak nak main ... ikutkan jugak le.
Tak daya aku mengayuh jauh-jauh dengan adik yang duduk di belakang. Berat dah nak cecah 22kg budak ni ... masyaAllah ketat kaki aku nak menghayun basikal tu.
Bayangkan aje la aku mengayuh di depan, adik duduk di belakang haha. Ya ampunnn .... memang main hentam je la kayuh depan orang. Dah la outfit tak sesuai langsung nak berbasikal hehe.
Yang kakak amik scooter. 15 minit main tengok macam dah boring dah. Aku paksa jugak dia main scooter tu sebab dia yang pilih kan. Main la sampai muntah ye nak huhu. Basikal dan scooter sewa RM10 sejam setiap satu. Memang puas main ... boleh keliling satu tasik!
Sebelum balik, pekena eksrem buah penghilang dahaga hehe. Puas bemain dua beradik semalam ... ingatkan balik umah boleh la tido sebab masing-masing penat kan. Sekali ibunya yang tido dulu haha. pancit giler ibu semalam ... sebab mengayuh basikal punya pasal. Lenkali nak try kasut roda la pulak :)
Happeningnya juga kesudahannya.. masa bersama family adalah masa2 yang sangat berharga.. akan dikenang oleh anak2 seumur hidup.. in shaa Allah :))
ReplyDeleterajinnya nak gi library.. huhuhuhu
ReplyDeleteKami bias eke sana lepak-lepak jek..
ReplyDeleteX pe lain Kali blh pigi lgi..nak wat mcm mna kan IBU nya lupa hihi
ReplyDeleteSemalam pergi dh petang... Ramai sungguh org... Last2 pergi pasar malam gombak je la..
ReplyDeleteKelupaan ye Hanim.. tak apa lah dah ganti bawa round2 Tasik Titi Wangsa tu pun mereka gembira akak tengok tu :)
ReplyDeleteheheh seronok melayan anak2 ye kan.
ReplyDeletebestnya, siap bole sewa basikal, scooter bagai..
ReplyDeletesian ibunya penat, anak2 mmg spesis bateri energizer...x reti penat haha