Assalamualaikum!
Tergerak pulak kaki ni menerjah AmCorp Mall hari ni. Mentang-mentang semalam dah gaji, harini berani la nak jejak kaki di sana kan huhu. Kali ni aku lunch kat Restoran Kapitan kat Ground Level, AmCorp. Kak Tun la dok canang kata mee kari kat sini sedap, so harini jom ikut Kak Tun makan sana ye!
Inilah restorannya .. Restoran Kapitan terletak di Ground Level. Ni first time aku makan kat sini, memandangkan Kak Tun kata mee kari sini memang recommended so why not aku cuba kan hehe.
My luncheon for today. Mee kari dan air sirap bandung. Mee kari harganya RM7.00 dan air sirap bandung ni RM2.00. Harga mee kari agak berbaloi juga memandangkan mangkuknya besar dan meenya banyak. Cuma mee kari ni takda telur rebus dan kerang. Sebaliknya digantikan dengan ayam. Aku pulak suka makan mee kari yang ada telur rebus ... baru syiokkkk! hehe.
Air sirap bandung tu macam biasa je la tapi kalau ditambah cincau jadi bandung cincau ... lagi kaw kaw ngam ho! haha.
Boleh tahan sedap jugak mee kari ni. Puas makan semangkuk dan kalau nak pedas lagi boleh tambah cili padi yang diaorg sediakan. Not bad ....
Ada nampak kak long senyum? Tu muka kak long yang kekenyangan haha!
Kak long bagi 4 dari 5 bintang!! ^^
Lepas makan, aku ke kedai buku POPULAR di tingkat 2. Hajat di hati nak mencari alQuran untuk kakak tapi yang berkenan tu harganya tak mampu milik lagi so kita postpone dulu.
Ibu beli dengan pembalut hadiah sekali pasal nak surprise kat anak-anak ibu. Best pulak main tukar-tukar hadiah ni yek hehe.
Nampak sedap mee kari tu. ^^
ReplyDeletewaa lama dh xmakan mee kari..
ReplyDelete#nuffnangclick #visit me on shukranzahari.blogspot.com #Happy blogging
surprise....???
ReplyDeletehihi...anak-anak dah layan blog ibunye ni....dah tau ibunye nak hadiahkan apa...
..ke..blog ni ditulis selepas hadiah ni diberi??
apa-apa hal pun, hadiah yang kecil pun, jika dari ibunya, pasti akan dihargai.
dulu mak saya hadiahkan pensel sebatang masa darjah 1, bila hilang dicuri, rasa macam nak menangis lak....sampai sekarang pun teringat-ingat lagi.
mom's present is the best. kan...???
#blogspot : rawatankanser2013
Sedap tu..
ReplyDeleteSedap pula tgk menu tu..
ReplyDelete