Breaking

Tuesday, February 24, 2015

Pameran Dinosaur | Dinoscovery @ Avenue K


Assalamualaikum!




Satu lagi tempat yang lama sangat dah aku teringin nak bawak anak-anak pergi tapi tak sampai-sampai lagi. Menang kontesnya bulan 12 tahun lepas, dekat-dekat nak hujung bulan baru boleh jejak kaki di sini hehe. Disebabkan pameran Dinosaur ni sampai 28hb Februari ni je, aku gigihkan jugakla balik KL Sabtu malam lepas. Kalau tak, sampai ke Ahad aku masih di Melaka! hehe.




Memula planning nak naik LRT je turun kat KLCC. Last-last naik kete jugak akhirnya sebab lepas tu nak singgah umah abang aku di Gombak. Sampai-sampai je kat tingkat L4, kami terpegun tengok separuh badan Dinosaur kat depan Cafeteria ni hehe.

Adik lari menyorok belakang ayahnya bila tengok betapa besornye kaki dinosaur haha. Aku suruh pegang kaki pun takuttt! Ni kakak pun dok takut-takut nak posing depan 'telur' dinosaur hehe. 




Tengok-tengok takda orang lagi kat kaunter tiket, kami main dulu benda alah ni hehe.




Memula Mira tanya naper kepala Dinosaur tak nampak, aku jawab sebab dia tinggi sangat kepala dia duk tingkat atas sekali hehehe. Sekali bila ekor Dinosaur tu goyang kiri kanan, Mira jerit "ibuuu ... tengok ekor dia gerakkkk!" Pastu dia lari menyorok belakang ayah dia sambil terjerit-jerit hahaha. 



Tengok budak-budak ni peluk aku pun dah boleh agak dah kan .... masing-masing takuttt nak masuk! Dengar pulak 'suara' Dinosaur dok 'mengaum' dalam tu ... lagi la diaorg kuat 'melekat' belakang aku haha.




Sebelum masuk, kami diberikan jaket ala-ala pengkaji sejarah gituuu sebab ada game sikit tuk kanak-kanak. Semua dinosaur dalam pameran ni seolah-olah 'hidup' tau siap dengan bunyi dan pergerakan! Sebab tu la Mira dok melekat kat belakang aku atau ayahnya bila ekor dinosaur tu bergerak kiri kanan. Tambah bila dinosaur tu buat bunyi ... lagi kuat dia melekat! hahaha. 

Tapi jangan takut la ... ini dinosaur tak makan orang punya. Sebab pameran Dinosaur oleh Dinoscovery ni adalah animatronik, iaitu boleh bergerak dan mengeluarkan bunyi. Tapi opkos la, dinosaur tu bergerak setempat je ... kalau betul-betul 'berjalan' mau haru orang terpekik dalam tu kang hahaha.





Aku pun pelik jugak tengok dua beranak ni dok tenung dekat-dekat kat Triceratops. Rupa-rupanya diaorg dok tengok mata Triceratops tu mengelip-ngelip hahaha! Real giler mata dia boleh berkelip! hehe.

Sepatutnya kat dalam ni budak-budak ni kena selesaikan Dino Map Quest, tapi last-last ibu ngan ayahnya yang main. Anak-anak berlari sana sini tengok Dinosaur pastu ralit tengok orang lain huhu.





Haaa tercapai jugak hajat kakak nak buat wall climbing! Pergi Kids Festival orang ramai ... pergi Kidzania tak cukup tinggi. Ni ibu bawa kat Dinoscovery, takyah nak ukur tinggi bagai, kakak boleh naik dengan senang hati.

Memula dia tak berani ... takut katanya. Aku suruh jugak dia buat, sebab inilah ruang dan peluangnya dia nak mencuba. Aku tau dia memang nak sangat buat wall climbing ni ... akhirnya nak juga dia mencuba.




Dalam takut-takutnya tu ... sampai jugak dia ke atas! Syabas bete! Ibu tau kakak boleh buat sendiri. Bila aku tanya dia nak naik lagi tak .. ohh cukupla tu bu! haha.





Kat sini pun ko boleh lumba lari ngan Dinosaur! Antara manusia ngan Theropod sapa lagi laju lari? Nak try test boleh datang sini hehe. Aku ngan Mira try racing ngan Theropod ni tapi kalau dua-dua! hehe.






Tergelak aku nengok mimik muka tak puas hati Mira kena naik T-Rex haha. Nak lari kemana dik ... ko kene naik jugak belakang T-Rex tu. Pas tu kakak dia naik belakang baru dia rasa lega sikit hehe.



Antara aktiviti yang kami buat ... yang atas ni menembak. Sorang diberi 8 biji 'peluru' suh tembak bulat-bulat kat atas gambar depan tu. Adik menembak lagi terer dari kakak hehe.




Yang ni find a fossil, Amik berus ngan baldi ... sapu-sapu kat pasir tu sampai jumpa tulang dinosaur.




Yang ni paling kakak dan adik suka main! Bola tu dikumpulnya banyak-banyak dalam baldi pastu masukkan dalam volcano kat bawahnya. 

Bola tu pulak nanti akan melantun keluar dari atasnya macam percikan volcano gituuu hehe. Kakak dan adik akan stenbai ngan baldi masing-masing sambut bola yang melantun keluar. Bergelak masing-masing sambil tadah baldi hehe.






Yeaaa! habis dah semua tempat yang dirancang sudah pun kami lawati. Baru lega cheq nooo hehe. Kalau tak, selagi tak pergi memang termimpi-mimpi la bila nak sampai sini. Seronok bila nengok anak-anak happy ... walaupun penat tak hilang lagi tapi berbaloi rasa :)


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.